Tuesday, December 31, 2013

be in pain, then you gain!




belajar untuk faham. faham dan faham lagi.

semuanya buat aku termangu sorang sorang. mengenangkan dosa dosa yang aku sedang, akan dan dah buat.

aku nekad! nekad senekad nekadnya, yang aku nak BERUBAH.
bukan setakat 45’, 60’, 90’, 120’ atau 180’.
tapi 360’.

kehidupan macam ni, takpernah bagi aku ketenteraman. takpernah bagi aku ketenangan. takpernah bagi aku kebahagiaan. yang tenteram, tenang dan bahagia hanya nafsu aku, dan bukan jiwa aku.

aku dah penat hidup dalam keluhan resah.

kata dia, “insan yang telah didedahkan dengan kebenaran islam, keindahan islam dan segalanya tentang islam, tapi dia lebih sayangkan selain daripada segala kesempurnaan yang islam anjurkan bagaikan dia yang hampir lemas dan ada yang menghulurkan tangan untuk menolong, tapi dia lebih memilih untuk lemas.”

ouh tersentak! terkaku! terkedu! semua ada.
menghantar fikiran aku untuk bermuhasabah diri.

orang yang buat dosa sedangkan dia tahu apa yang dia buat tu memberatkan poket dosa dia lagi, umpama orang yang sedang berjalan dan ikut arah yang salah walaupun dia tau dia ikut jalan yang salah dan hanya jumpa jalan mati.

ouh, sentap lagi.
mangalir air mata.

kecewa?? ya! sangat kecewa dengan diri sendiri.~ sebab terlalu senang mengikut telunjuk nafsu. sebab terlalu  mudah kecundang dengan bisikan syaitan.
sedang aku buat kejahatan, sikit pun tak bagi aku kebaikan. yang seronok terlompat lompat macam katak cuma syaitan.

ini azam aku.
aku taknak lagi buat benda yang merosakkan diri aku lagi. yang merosakkan dan menjauhkan lagi hubungan seorang hamba dengan sang pencipta.

astaghfirullahal’aziim.
titik dan noktah kepada mukamad.

have a nice day.
pen off.

Sunday, December 29, 2013

worshipping Him


tahukah anda, ada 3 perkara yang kita sebagai manusia di disqualified dan adalah sangat tidak layak untuk mempertikaikan dan berfikir lebih lebih pasal 3 perkara ni.

#1 Sifat Allah
haa? cena tuu?
Allah mempunyai 20 sifat wajib. contohnya, salah satu sifat Allah daripada 20 sifat tersebut ialah Wujud yang bermaksud Ada.
toingg toingg, pastu kita sebagai manusia yang lemah ini berfikir, "eh, cane Allah boleh wujud eh? takkan Allah tiba tiba ada je?". nih contoh ea. aku tak kata ea.

haaa~ tuan tuan dan puan puan, sebenarnya perkara ini adalah diluar fikiran manusia ye. pemikiran kita pun ade tahapnye. kalau kita cuba fikir pun, memang tak kesampaian. daripada kita fikir "eh, cane tu, cane ni", baik kita fikir tentang diri kita ni yang tak diketahui bakal berakhir dimana dan bila. apakata kita tingkatkan lagi keimanan. haaa, hebat kan idea tu :D

#2 Takdir Allah
aiii? guano pulok hok nii?
kalau yang ni pulak, seandainya anda sedang bermusafir, dengan takdir Allah, kereta anda rosak ditepi jalan yang suram, yang jauh dari bandar.
pastu anda pun, "apehal la takdir aku cenggini? takboleh ke kalau Dia rosakkan kereta aku dekat dekat dengan sumber pendapatan ke cane ke? ni tepi jalan. apehal laaa~" contohnya.

puii~ buruknye perangai kalau cakap gitu =='' mempertikaikan takdir. bila jadi sesuatu kat kita, mesti tak pernah lari dengan perkataan "kalau, kalau, kenapa, kenapa". kenapa ye? suka sangat nak tanya kenapa. suka sangat dok kalau kalau.
perjalanan hidup kita nih mana kita tau. Allah tau mana yang baik dan buruk untuk hambaNya. kadang kadang, Dia bagi kita ujian, bukan sebagai penghinaan, tapi sebagai tanda ingatan Dia kepada kita agar kita ni belajar sesuatu dan mampu kuatkan lagi iman kita. REDHA sahaja.

anggaplah kita ni macam seorang watak dalam sebuah novel yang telah ditetapkan jalan ceritanya. pernah tak masa kita baca novel, tiba tiba watak hero tuh cakap, "ooii penulis, aku taknak storyline cenggini, mohon tukar ye". ade tak? kalau ade, sila bagitau novel ape. teringin nak baca :D

#3 Syari'at Allah
kes ini amat sensitif. apa yang aku kaitkan di sini, takde kaitan dengan mereka yang hidup apatah lagi yang sudah mati ye. jadi sape yang terasa, mohon dipujuk hati agar terus bersabar dan teruskan membaca ye ^^

contohnya: "kenapa Allah suruh orang perempuan pakai tudung?? kenapa Allah perintahkan hudud bagi orang yang buat jenayah?? kenapa Allah suruh kita solat?? kenapa kena ambik wudhu' sebelum solat?? kenapa kena gi haji??". lagi sekali, ini contoh je ye.

itulah namanya syariat. dan apa hak kita sebagai hamba untuk mempertikaikan semua tu? dah nama pun hamba, kalau dah diperintahkan, semestinya wajib dibuat tanpa apa apa sungutan dan rungutan dopp?

katakanlah kalau bos suruh anda siapkan kerja yang bertimbun dan suruh siapkan esok. kalau tak siap, anda akan dipecat, kalau siap, gaji naik. amboiii, mesti anda bertungkus lumus siapkan kerja tuh kan? sampai sanggup taktido malam sebab nak gaji naik dengan takut kena pecat.

tapi, Allah perintahkan solat 5 waktu sehari semalam, dijanjikan syurga sape yang buat dan neraka bagi yang tinggal, tu pun ade yang tinggal dan takbuat. lagi takut bos daripada takut Allah. gi pertikaikan pulak syari'at Dia. tak sedar yang diri nih cuma sekerdil kuman je. eh. bukan anda. orang lain ;)

so, sama sama memperbaiki diri, jiwa dan hati kita.
supaya bebas daripada segala penyakit yang menyakitkan.

aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan ALLAH!

have a nice day.
pen off.

Saturday, December 28, 2013

water, water and water


takpernah terlintas di minda aku nak habiskan masa terluang lepas SPM dekat oversea.
eh eh, nipu je. ade la sekali dua, tapi taksangka pulak jadi kenyataan.
anyway, Alhamdulillah sebab dapat kesempatan ni yang taksemua orang boleh dapat.

just, nama pun dekat oversea. memang 360' absolutely different from Malaysia lah kan.
suasana, budaya, perangai, makanan, bahasa, cara bawak kereta, adab dan sebagainya memang lain.
macam reban ayam dengan reban itik lahh. sama tak??

untuk pengetahuan anda, air kat sini, sangat berklorin!! habis rambut dengan kulit jadi kering.
kalau anda teringin nak rambut sekasar tanah dan cacak macam duri, silalah mandi di Jordan setiap hari. insyaAllah, berkesan. dan anda yang inginkan buah pinggang rosak, bolehlah minum air yang berklorin nih 8 liter satu hari. dalam seminggu lepastu, boleh lah masuk hospital. kalau masak nasi guna air nih, memang tuh kali terakhir makan nasi dah rasanya.

apa motif aku menulis kali ni pun, aku taktau.
maaflah curi masa anda baca entri merepek ni.
aku cuma nak bagitau pasal air yang berklorin tuh je sebab habis kulit aku sekering cili kering ditambah dengan faktor udara yang sejuk sebab musim sejuk sama.
nasib baik ada losyen yang best tu, kalau tak, murahlah aku punya duit hantaran nanti.
muahahahaha. eh tak, aku main je ^^

konklusinya, kandungan klorin dalam air dekat Jordan nih memang sangat tinggi sampaikan dasar baldi pun ade kerak putih putih. bahaya betol. chlorination dia sangat melampau. aduhhh~ =="

sekian melaporkan.

*bersyukurlah masih boleh menikmati air. Allahu rabbi.
komplen pulak -_- astaghfirullahal'azim~

have a nice day.
pen off.

Wednesday, December 25, 2013

the most important facts!


25 Disember.
Christmas.

kecoh dekat MukaBuku dengan Pencicit pasal krismas, either boleh wish or not dekat mereka mereka yang menyambut perayaan ni.
siap gaduh gaduh, gaya macam boleh bukak gelanggang wrestling dah kot =="

sekali lagi, dalam bulatan gembira, kami membincangkan isu ini, yang boleh dikatakan panas jugak.
eh, kira panas lahh sampai boleh mencetuskan api kemarahan sesetangah individu.
ini kes seriyes oke. bukan cerita lawak.
oke, buuuuu :D

sedikit sebanyak tentang sambutan krismas yang aku faham, akceli sambutan ni diadakan untuk menyambut ulangtahun kelahiran Jesus yang dikatakan anak tuhan diorang. katanya, pada 25 Disember lah Jesus dilahirkan. at that day, semua orang akan bersuka ria sebab dikatakan, pada hari ni, all wishes will come true. aichewaahh. perayaan ni, ofkos lah disambut oleh mereka yang beragama Kristian.

so, bulatan gembira kami pun berbincang kemaslahatan yang berkenaan dengan perkara ini, sama ada kita yang Muslim, boleh tak gedik gedik nak gi wish kat diorang "Merry Christmas"?

sebelum tu, sape sebenarnya Jesus nii?
sebenarnya, Jesus ialah Nabi Isa AS.
aii? yeke?? yelah! cuma Jesus tu dalam istilah diorang gitu.

macam buah berangan la. kenapa kita panggil buah berangan, tapi mat saleh panggil chestnut??
takde kaitan eh?? oke salah aku ^^

kenapa dia dikatakan anak Allah oleh mereka yang Kristian? sebab, Nabi Isa dilahirkan daripada rahim seorang 'abidah yang sangat taat beribadah kepada Allah yang bernama Maryam.
semua tahu, kelahiran seorang bayi bermula daripada persenyawaan sperma dan ovum. tapi, Nabi Isa AS dilahirkan takbermula dengan semua tu tetapi dengan kekuasaan Allah yakni Ruhul Qudus. dalam erti kata lain, Nabi Isa AS tiada ayah.
hebatkan?? subhanallah.
sebab tulah, akibat terlalu memikirkan, "tak logiklah kalau bayi lahir takde ayah! mesti ade ayah punye", jadi mereka yang Kristian mengatakan bahawa Nabi Isa AS merupakan anak Allah.
astaghfirullahal'azim.

jadi apa kaitannya dengan takboleh wish kat diorang??
haaaa. ini klimaksnya. jeng jeng~

pertamanya, memang terang benderang tak usah disuluh dengan lampu suluh lagi bahawa Allah yang Maha Esa memang TIADA anak!!! huuh, semangat nii!
nak bukti? dalam surah yang paling senang, even orang yang tak hafal Quran pun boleh baca, iaitu surah Al-Ikhlas ayat 3, Allah berfirman yang bermaksud:
"Dia tidak beranak dan tidak diberanakkan"

haaa, jelaskan tu? takkan tak nampak lagi?
sebab tu kita takboleh menggatal meringankan mulut wish wish dekat diorang.
seolah olah kita memperakui bahawa agama diorang celebrate ulangtahun-kelahiran-Jesus-anak-Tuhan tu adalah benar. bahaya tuu =="

keduanya, jom kaji kisah Maryam ketika nak melahirkan Nabi Isa AS yang diceritakan dalam surah Maryam bermula dari ayat 22.
apabila dah sampai masa untuk Maryam bersalin, sebab terlalu sakit, Maryam bersandar dekat sebatang pokok kurma dan berkata: "kalaulah aku mati sebelum ini, dan dilupakan dan tidak dikenang kenang". lepastu, malaikat Jibril datang, menyampaikan berita gembira daripada Allah kepada Maryam, "janganlah kamu bersedih hati, Allah telah menyediakan sungai yang mengalir dibawah kamu. dan goncangkanlah pohon kurma itu supaya jatuhlah buah buah kurma yang masak. maka makan dan minumlah dan bergembiralah". selepas tu, Nabi Isa AS dilahirkan. -wallahu'alam-

secara logiknya kan, kalau ada pokok kurma yang ada buah kurma yang masak dan segar, semestinya masa tu musim panas atau bunga kan? eh, cuba lah cari kurma yang fresh masa musim sejuk. tengok jumpa ke tak. yang fresh ye! bukan yang dah dikeringkan.
maksudnya, Maryam melahirkan Nabi Isa AS pada selain daripada musim sejuk. -Allahu'alam-
so, kalau kita tengok balik, krismas disambut pada bulan berapa dan masa musim ape??
haaa, tak ke bulan Disember dan masa tu musim sejuk kan?

ohoii, nampak tak tentangan fakta disitu??

sebab tulah, kita takboleh main main wish je. sekali lagi diulang, seolah olah kita memperakui kebenaran agama dan fahaman diorang.
fatwa yang dikeluarkan oleh ulama' ulama' dan mufti jugak menyatakan bahawa HARAM kalau kita nak wish diorang.

kalau nak wish sangat, memang mati lah kalau tak wish dekat diorang, cakap je lah, "selamat selamat". contohlaa =="

kalau diorang nak ucap Selamat Hari Raya kat kita takpe pulak?
ouh yes! memang takpe. sebab agama Islam sememangnya agama yang telus dan benar sedari dulu lagi. agama yang sememangnya datang dari Allah. seolah olah diorang memperakui kebenaran agama kita :D

nampak tak?? betapa indahnya dan osemnya Islam dalam menjaga penganut penganutnya.
haaa, kan best jadi seorang Muslim dan Mu'min :D
jom jadi Muslim dan Mu'min sejati yang cintakan Allah semata mata.
go~~~~

have a nice day.
pen off.

Sunday, December 22, 2013

all my happy feelings are leaving


ouh aku sedih. kenapa aku sedih?? sebab aku sedih laaa~

my new living in Jordan.
a living where i must be apart from my beloved parents.
a living where i am away from my comfort life.
a living where i make my own way in the other country.
a living where my races are the minorities.
a living where the foreign languages take place.
a living where i must make new friends.

obviously, jauh dalam hati, aku sedih dan down.
masa ni, emosi sangat sangat menguasai aku. dan aku pun taktahu cane nak gambarkan perasaan aku.
siang hari teringat orang kat Malaysia, malam hari termimpi orang kat Malaysia.
bak kata org, hatiku tertinggal di Malaysia.
kakakaka. jiwang berkarat karat.

sampai satu hari, aku cakap kat kak mizah
"kak mizah, nak balik! taknak duduk sini :("
"kenapa?? taksuka ke duduk sini?? bosan ke?? cuba lah cakap dengan mak~"
dengar je perkataan 'mak', aku terus jadi lagi sedih. bukan ape, rasa macam jadi beban pulak kat mak aku. mak spends a lot of money, for me to be here, in Jordan.
"taknak lah bagitau mak. orang taktahu nak cakap cane. rase macam takde life, rase cam nak balik je. sedih kot hidup camni" aku nyatakan isi hati aku dekat kak mizah.
kak mizah diam, berfikir mungkin.
"kak mizah rase, mungkin sebab awak takde aktiviti lagi nak buat. sebab tu rase camtu. apakata awak pegi Mu'tah, melawat Huda. sambil tu boleh pegi jalan. cuba tanya Huda"

mase ni, airmata dah bergenang dan aku cuba tahan. fikiran aku, tetibe teringat sahabat aku yang satu tu. without wasting any precious time, aku terus whatsapp Huda.

tanya tanya pasal incoming exam dia. bimbang kalau kehadiran aku ke Mu'tah ganggu dia study pulak nanti. then, aku bagitau dia dalam whatsapp,
"hudaaaaa, aku rasa cam nak balik Malaysia je TT_TT"
honestly, airmata dah menitis dah masa ni.
tup tup, Huda pun call aku. waaa~ lagi nak kuat aku nangis. lepastu, semua perasaan aku cite kat dia dan lepaskan semuanya sambil nangis, macam budak budak nangis sebab tkdapat gula gula =="

then, banyaklah precious words yang Huda bagi aku. aku tau, dia cuba kuatkan aku.
lepastu, aku tenang lahh sikit. cuba bina balik motivasi diri yang kian hancur dimamah perasaan sedih aku.
waktu ni, aku realise yang keluarga dan sahabat sangat memainkan peranan dalam membina kehidupan yang bermakna. thanks to Allah for giving her as my friend :D thanks to Allah for giving me precious sister.

pada malamnya, aku, acah dan kak mizah bersama sama dalam bulatan gembira.
kak mizah pun tanya lah, apa masalah aku sebenarnya. aku pun cerita jelah.
airmata dah kering sebab nangis secara berjemaah dengan huda bucuk bucuk tu.
then lepastu, kak mizah pun bagi kata kata semangat yang sangat osem.
well, sharing is loving and caring bohh.

apa yang aku dapat daripada ni, kita tak mungkin akan bertahan lama kalau takde tiang yang terus menerus menahan dari jatuh ke tanah.
apa tiang tu??

kekuatan.
kekuatan yang datang dari Allah tapi diberi kepada kita melalui banyak cara.
ahhh, setiap manusia ada masa penat dan lelah. dan aku salah seorang.
but to overcome all of it, kita kena terus berjuang dan berjuang berbekalkan segala kekuatan yang Allah bagi.
berjuang memang perlukan pengorbanan.
tak kisah lahh sampai menangis sebanyak air laut sekalipun, jalan perjuangan tetap terbentang, dan kita takde alasan untuk terus berdiam tanpa mengorak langkah.
yang pasti, kita takde sebab untuk berputus asa, sebab kita ada ALLAH.

semoga diriku dan dirimu terus thabat pada jalan ini.
kerana kita hambaNya dan khalifah di bumiNya.

have a nice day.
pen off.

Saturday, December 21, 2013

grateful people never regret


hari ni, aku merapu dan bersiar siar di MukaBuku dan Pencicit.
macam biasa. demam result PMR masih belum reda. dan aku yang tak demam ni, terkena tempiasnya.
jadinya, selsemalah aku.[?]

oleh itu, aku menulis untuk menyuntik sedikit vaksin yang tidak diketahui berkesan atau tidak untuk adik adik aku yang tercinta lagi tersayang yang sedang patah dan hilang hati yang taktahu bila bakal tumbuh dan berganti.[?] untuk kakak kakak dan abang abang yang nak membaca, tiada masalah, sebab boleh kot diambik buat peta. tapi risiko tersesat, tanggung sendiri :p

dah menjadi adat, bila ada peperiksaan, mesti ada yang berjaya dan gagal. itu biasaa~
tapi, dah menjadi lumrah, bila dah gagal semestinya sedih sampai menangis pun bertangki tangki.
mata pun gaya macam baru lepas lawan dengan Bruce Lee. wacchhaaa!! :D

sekali lagi, tahniah buat mereka yang berjaya mendapat stret A atau yang banyak A.
even dah wish dalam post yang lepas =="

buat mereka yang tidak berjaya mendapat stret A,
senyum dulu. buat peace sikit. sikat rambut kemas kemas. goyang kaki sikit. tarik nafas. hembus nafas. buat stretching. okay, bersedia untuk disuntik vaksin ye~ jangan cemas. bertenang je. muahahaha XD

sisters and brothers,
gagal tak bermaksud anda bodoh. dan gagal jugak tak bermaksud anda takmampu. dan gagal jugak tak bermaksud anda gagal sampai bila bila.
cumanya, mungkin usaha anda yang sesuci safi dan semurni shurah tak cukup. lagi satu, kadang kadang, kegagalan yang anda nikmati harini, mungkin ade sesuatu yang Allah nak anda belajar. ataupun, mungkin sebagai satu ujian untuk anda.
mungkin untuk uji, mampukah anda bersangka baik kepada Dia?
mungkin untuk anda belajar, supaya lebih bersabar dan tingkatkan usaha.
siapa dan mana tahu :D

well, aku bukanlah insan yang selayaknya untuk bagi nasihat.
result PMR aku pun biasa biasa je. tadelah tip top pom pom pom macam orang lain.

tapi kalau bercakap berdasarkan pengalaman, mungkin aku boleh cerita sikit.

masa PMR, aku sangat harapkan untuk dapat 9A. ya, macam orang lain, dengan skrip yang sama, aku nak buat mak ayah aku bangga dan bahagia dengan result aku.
kalau sekadar mengharap, bagi motivasi sebanyak gunung ganang dan lautan sekalipun, tanpa usaha tetap jugak takdapat capai harapan dan impian. yes aku mengaku, masa PMR, memang aku main main. aku masih berlari macam budak budak belakang rumah, main bola dengan abang aku, siram pokok bunga, belajar menggunakan MukaBuku dan hidup macam ni berterusan sampai lah sehari sebelum exam.

masa tuh, baru nak kerah segala otot dan sendi untuk meningkatkan penggunaan otak semaksima mungkin dan mula lakukan aktiviti menyelak buku. dan kesannya, masa exam aku tergaru garu macam anak monyet yang gatal.
habis je PMR, uuu~ dalam hati ada taman yang mengharapkan aku dapat 9A.
ehhe, dasar syok sendiri dan hidup dalam angan angan. tapi aku takrasa aku dapat 9A.

dan, result pun keluar.

bukan nak bajet bagus, tapi memang aku cool je. achewwah. sebab, aku tau usaha aku memang sikit. dan bila difikirkan balik, kalau aku dapat 9A dengan usaha aku yang secubit garam ni, perangai last minute aku mesti akan berkekalan hingga hujung nyawa dan mesti aku akan ambil mudah segala benda.

see, ada hikmahnya. untuk adik adik yang aku kasih & sayang dengan infiniti kasih sayang,
jangan sekali kali cuba atau fikir atau nak putus asa! dan jangan nangis nangis atau sedih sedih macam anak hilang mak. kehidupan kita masih panjang dan berliku. tak semestinya dengan lulus PMR, anda dah dijamin dengan masa depan yang cerah dan terang benderang mengalahkan matahari.

terimalah seadanya dan yakin saje, Allah tentukan semua ni utnuk kebaikan diri anda sebagai hambaNya. jangan lupa jugak, banyak serahkan diri kepada Dia.
bila semua sedih camni, kemungkinan untuk mensyirikkan Allah adalah sangat tinggi. jadi perbanyakkan istighfar dan muhasabah diri.

inshaAllah tak rugi.
dan jangan lupa senyum.
malulah besar besar pun nangis lagi.

have a nice day.
pen off.

Thursday, December 19, 2013

날이 올 때, the colours are flying

reminds me of flying colours :3
hari ni, result PMR keluar.
wahh wahh~
taktahu nak ungkap macam mana sebab satu ketika dulu pun, insan ni bukanlah yang terbaik.
tapi ape ape pun, tahniah kepada adik adik aku yang satu sekolah, satu daerah, satu negeri dan jugak satu negara :D

aku sangat bangga dengan adik adik yang satu sekolah dengan aku. ye lah, siang petang pagi malam pegang buku. at last, gempak jugak result :D Alhamdulillah.

kepada adik adikku, tahnniahhhhhhh dengan infiniti tahniah.
maaflah, diri ini tak mampu nak teman korang ambik result :D
tapi insyaAllah, doa ku mengiring anda semuaa ^^

so sekarang, bila dah keluar result PMR, habislah satu wall FB dan twitter penuh dengan "tahniah budak straight A!" "sobsobsob, result aku teruk" "jeleslahh dengan 'dia' tu. dia dapat stret A. aku ni.."
and so on.

ehhe, jangan risau. tiket ke syurga bukan dengan berapa-banyak-A-kau-dapat-dalam-PMR-ataupun-SPM. semuanya, bergantung kepada keimanan.

kadang kadang kita tanya, "asal dia boleh dapat stret A, tapi aku dapat sikit je. padahal kitorang belajar sama sama kuat jugak"
haaa, kadang kadang, bila Allah tak bagi apa yang kita impikan atau mintak, bukan sebab DIA membenci. tapi sebab DIA sayang. boleh jadi DIA sediakan untuk kita sesuatu yang lebih baik dan lebih best lagi. kita taktau.
jadi jangan putus asa lagi.
nak tunjukkan kita boleh berjaya, bukan dengan PMR je. banyak lagi. boleh jadi SPM, dekat U nanti, masa dah kerja ke. who knows.

yang pasti, kejayaan di akhirat kita mesti kejar jugak. jangan terhegeh hegeh kejar dunia je, tapi yang akhirat berciciran.
tapi anda tak terhegeh hegeh kan, anda kan baik :3

jadi, untuk mereka yang bersedih,
senyumlah dan jadilah hambaNya yang pemurah.
di kala anda terluka, senyumlah.
kerana senyuman itu penawar :D

have a nice day.
pen off.

Sunday, December 15, 2013

good words always the best


mari berimaginasi:
pada satu hari yang indah, anda sedang memandu kereta BMW di bandar yang semua penduduk memandu kereta cabuk je. mestilah rasa bangga sikit sebab kereta anda kereta mahal kan? muka pun dah jadi bajet dihiasi dengan spek mata hitam. achewwah, habis kool laa tuh? tiba tiba, bumper kereta mahal anda menjadi pilihan untuk dilanggar oleh pemandu kereta cabuk yang tertekan minyak secara tak sengaja. what??! whose that pokemon yang berani berani melanggar kereta mahal anda?

 agak agak lah kan, apa anda nak buat? sila pilih antara dua:

#1. anda dengan muka bengang keluar menuju ke kereta cabuk kat belakang sambil mulut terkumat kamit mencarut carut dengan tangan kiri bawak penukul dan tangan kanan dikepal. gaya jalan pulak, fuhhh, gangster habis. tingkap kereta cabuk tu diketuk ketuk dengan penukul di tangan kiri sampai pecah berderai. kepala dijenguk ditingkap dan mata anda dijegil kepada pemandu tu.
     "oii, pemandu takguna, mata kat lutut ke hape? taknampak kereta mahal kat depan tuh?? reti bawak kereta tak??! ke lesen dah berkulat? haram jadah!! kau tengok, kau tengok! habis rosak bumper aku!! *%#$+@!!!!"
dush dush dush! anda pun kerjakan balik kereta tu dengan penukul di tangan kiri anda tu. macam Thor XD

#2. anda keluar dengan muka yang tenang dan tengok keadaan kereta anda. lalu anda mendapatkan pemandu tersebut.
"encik, encik oke ke?? ade cedera kat mana mana??" anda bertanya.
"eh, saya oke je. encik pulak?? maaflah, habis kereta encik saya rosakkan.dahlaa kereta mahal," konon laa si pemandu tu jawab macam tu.
"Alhamdulillah saya oke je. encik jangan risaulah pasal kereta saya ni. sikit je ni. takpe, insurans boleh cover. keadaan encik lebih utama :D"
dan begitulah berikutnya~

*maaflah, anda terpaksa berimaginasi benda yang pelik :D

haa, mana satu anda nak pilih?? silalah gunakan kebijaksanaan anda untuk berfikir.

pesan aku.. wahh,  macam orang tua tua pulak :3
apa salahnya kalau kita memilih kata kata dan perwatakan yang lebih lemah lembut?? bukan ke hati kita lagi tenteram? orang lain pun lebih selesa.
mereka yang mampu bertindak sama seperti keadaan #2 ataupun lebih baik, memang aku tabik. bukan aku je, Allah pun sayang.
sebabnya, walaupun mereka ditimpa musibah, diorang lebih memikirkan kepentingan orang lain melebihi kepentingan diri sendiri.

haa, kan comel tu.
so, pilihlah perkataan yang baik dalam berkata kata. sebab apa yang kita sampaikan, melambangkan peribadi kita jugak.
eee, malulahh kalau orang nampak peribadi kita yang tak senonoh tu.

jadilah kita orang yang mengimarahkan muka bumi dengan sifat mahmudah.
dengan itu, untuk membentuk negara yang aman sejahtera, rakyatnya mestilah berakhlak mulia dan berbudi bahasa.
semoga Allah redha.

have a nice day.
pen off.

Saturday, December 14, 2013

beyond you and me


apa katamu tentang jodoh??
kataku??

jodoh itu sentiasa dekat dengan aku. sentiasa bersama dengan aku, tapi sentiasa menunggu masa yang sesuai untuk datang padaku.
sesiapapun, dari awal lahirnya dia ke muka bumi, Allah dah tetapkan jodoh dia.
persoalannya, siapa dia dan dimana dia??

bila kita sukakan seseorang, jauh di sudut hati, mesti kita mengharap supaya dia itu jodoh kita.
saban hari, takde satu waktu pun kita lupa doakan dia, kan??
semakin hari, cinta semakin bersemi, semakin teguh dan semakin utuh.
malah sanggup menunggu sampai ke hujung nyawa. sampai bumi terbelah dua.
bila cinta teruji, sanggup bertahan. demi kebahagiaan dia.

tapi, dia ke orangnya? orang yang kita akan berpimpin tangan sampai syurga?
jodoh~ bila tiba masanya, sampailah kepada kita. kita hanya perlu menanti dan berusaha dan berdoa dan bertawakal.

kalau kita sukakan seseorang tu, doalah macam ni
" ya Allah, seandainya dia itu memang jodohku, satukanlah hati kami ya Allah, agar kami dapat bersama dalam meraih cinta dan syurgaMu ya Allah. tapi seandainya bukan, engkau bantulah hambaMu ini untuk melupakan dia agar perasaanku ini tidak menjadi racun dalam jiwaku sehingga aku lalai kepadaMu, ya Allah."

cubalah dan percayalah. jodoh tu akan datang, cuma taktahu bila. mungkin 2 hari lagi, 3 bulan lagi, 4 tahun lagi. kita taktahu.
tapi jangan pulak bila kita sukakan seseorang tu, "haa, dia jodoh aku nii. aku yakin!".
ape ape pun, istikharah dulu. ni tak, suka dekat orang nak sangat, tapi istikharah malas ;D
kalau seseorang tu memang jodoh kita, bagaikan burung merpati yang dilepaskan, sejauh mana pun dia pergi, dia akan kembali jugak kepada kita.

kataku,
ada jodoh, adalah. kalau takde, mungkin Allah akan gantikan dengan si dia yang lebih baik~

semoga berjaya :)

have a nice day.
pen off.

talks about love


berikut adalah conversation aku dengan seorang sahabat yang baik :D diubahsuai sikit mengikut kesesuaian para pembaca, hii~ obviously, aku yang mulakan dulu.

"bila awak nak kawen? target kawen umur berapa?"
"bila sampai masanya. umur tu, biarlah rahsia. awak pulak?" kata dia.
"bila nak kawen? esok!! yeay! haha, taklah. bila sampai masanya. umur tu, biarlah rahsia :D" sajelah aku melawak.
"==" umur berapa?" dia tanya.
"umur ....." aku jawab.
umur tu, biarlah rahsia. hehe. bukan itu kisahnya kali ni.

kenapa aku masuk pasal kawen pulak nii? dah gatal sangat ke? taklah, aku cuma nak berkongsi hari ni tentang CINTA~ yeay. topik yang hangat dan sensasi, haha. oke, merapu. bila kata pasal cinta, semestinya sinonim dengan perkahwinan. haa~

nama pun manusia, takkan pernah lari dari cinta. bagaikan dah sebati dalam jiwa dopp?
keluarnya Nabi Adam AS dari syurga pun, kerana cintanya kepada Hawa. MasyaAllah~
jadi, manusia tanpa perasaan cinta, bagaikan pokok yang kering dan takde bunga. jelas dan takpayah kene suluh lagi, kehidupan yang bahagia, memerlukan cinta.
persoalannya, cinta kepada siapa??

haaa, jeng jeng~
asalnya, cinta manusia sesama manusia itu taksalah. tapi macamana yang boleh jadi salahnya??
1. apabila cintanya membawa kepada terjadinya perkara haram.
2. apabila cintanya melalaikan daripada kewajipan yang lebih utama.
3. apabila cintanya sesama sejenis.
dan sebagainya~

haa, ada buat salah satu?? ke ada buat tiga tiga?? hehe. taklah, anda kan baik.
bagi aku, untuk mencintai seseorang, biarlah dengan kawalan. kawalan yang macam mana? kawalan dengan iman agar cinta kita tak melampaui batas.
kadang kadang, kita cakap kita cinta dia, tapi hak dia kita tak hormat, ketenteraman dia kita tak jaga, sampaikan dia pun naik bulu dengan kita. kenapa? boleh jadi sebab kita fikir kebahagiaan kita sorang.

sedang kita asyik mencintai manusia, kita lupa ada cinta yang lebih utama yang mengatasi segala galanya. uihhh, ape tu??
cinta kepada Allah. dah namanya cintakan Allah, pastinya kita akan mencintai apa sahaja daripada Allah. ye dopp?

tapi manusia harini, lebih pentingkan cinta kepada manusia semata mata. lebih suka memikirkan kebahagiaan dunia saja daripada memikirkan kebahagiaan dunia dan akhirat. tipulah kalau diorang kata cinta diorang suci. sebab cinta yang suci, datangnya dari Allah semata mata.

bagi anda, semailah cinta agung anda kepada Dia terlebih dahulu sebelum kepada si dia. sebab dengan anda mencintai Dia, anda akan mencintai dia. so, dapatlah anda bercinta sampai ke syurga~ buat diriku yang lalai dan leka ni jugak.

ke arah mengejar cinta yang lebih hakiki, suci dan qudsi. jadi, hanya Allah di hatiku.

have a nice day.
pen off.

only want to remember HIM


dah jadi lumrah, bila kita kecapi kesenangan, Allah kita lupakan.
tapi, bila bertubi tubi ditimpa musibah, baru lah kita mula merangkak untuk mengingati Dia.

ha, bukanlah aku maksudkan semua orang~ aku hanya menulis bagi pihak majoriti.
memang nyata dan sedia maklum, yang mengingati Allah bila senang dan susah hanyalah mereka yang minoriti. mereka tu ialah mereka yang teguh imannya, kuat keyakinannya.

bayangkan:
kita baru je lepas ambik duit dekat bank. waah~ seronok nihh, duit banyak. dalam minda sudah berkira kira ape yang nak dibuat dengan duit yang banyak ni. beli baju GAP, kasut Clark, beg Valentino Rudy, seluar Voir Jeans dan jam Tag Heuer. eh jangan main main, branded semua ni. dekat shopping centre, tetiba poket kita yang bertuah jadi pilihan penyeluk saku, habis duit yang banyak tadi hilang. perasan duit dah hilang pulak mase nak bayar. sengih je laa dekat cashier. dalam hati, "ya Allah, mana pulak duit aku ni pegi, ya Allah. bantulah hambaMu ini, ya Allah~"
eh eh, pandai pulak ye ingat Allah?? dari awal tadi tak ingat pulak ye.

haa~ camtulah manusia kalau nak tau.
tapi, berapa ramai yang sedar??
bayangkan macam mana kita jalani hari hari kita? tak ke kosong?

mungkin sebab tuh kita selalu di uji dengan kesusahan, supaya kita sentiasa ingat untuk mengingati Dia. eyy, itupun ramai yang mengeluh tau~

amalkan, bila kita bangun tido, says Alhamdulillah. kenapa? sebab kita masih lagi menjadi insan bertuah untuk bangun di hari yang baru dengan nikmat yang masih melimpah ruah. hello, ade je yang tido tak bangun dah tau. and ade je yang bangun tido je, mata dah buta. semua tu tak mustahil.
tapi kita yang masih sempurna ni, kenapa berat lidah untuk mengucapkan kalimah syukur??

amalkan, lepas makan, says Alhamdulillah. kenapa? sebab Allah masih lagi bagi kita rezeki yang tak semua orang dapat. biarlah baru lepas makan karipap sebijik pun, cakap jugak Alhamdulillah. sebab taksemua dapat makan karipap macam kita. mereka di kem kem pelarian, belum tentu dah makan. mungkin tengah menggigil kesejukan dengan perut yang lapar dalam khemah.
tapi kita yang dapat nikmat ni, kenapa berat lidah untuk mengucapkan kalimah syukur??

amalkan, setiap kali nak mulakan sesuatu, baca Bismillah. kenapa?? sebab kudrat yang ada pada kita sekarang, bukan milik kita. semua milik Allah. tak mustahil kalau kita tak boleh nak bukak penutup botol air. sebab, setiap yang berlaku, dengan izin Allah. jadi, dengan Bismillah, biarlah ape saje yang kita buat diiringi oleh rahmat Allah dan saluran kekuatan oleh Dia. kita ni cuma manusia yang lemah. Dia tanpa kita, masih lagi berkuasa dan hebat, tapi kita tanpa Dia, bukanlah sesiapa. halus, kecil lagi tak bermaya.

so, jom jadi insan yang sentiasa mengingati Dia. sebab kemuliaan seseorang itu, dinilai berdasarkan ketakwaan dia kepada Allah. baru osemm~

lagi satu, sebelum tido, jangan lupa mengucap dulu. mana tau, ajal kita masa tido.
sebab tu kita kena sentiasa ingat Dia, bukan si dia.
kalau banyak ingat Dia, insyaAllah, kita mati pun dalam keadaan mengingati Dia. baru kool dan tenteram.

buktinya:
"hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang~" [Ar-Ra'd:28]

wallahu a'lam.

have a nice day.
pen off.

Thursday, December 12, 2013

when the snow covering the ground


malam semalam, sebelum tido, huda gemok whatsapp~
katanya, salji dah turun dekat Mu'tah.
masyaAllah :D mana jeles pun.

so, pagi tadi~ bila bangun tido, kak mizah excitedly cakap yang salji turun jugak dekat Irbid. tapi sikit sikit je. tak sebanyak dekat Ajloun.
bukak FB pn ade orang bagitau yang Irbid turun salji :D
waaa~ macam nak keluar je gi tengok even mamai sekalipun.
tapi, selimut lagi best bila sejuk sejuk camni ^^ hehe.

then, lagi sekali pukul 9 lebih, hujan turun dengan salji. tapi sikit je.
masa ni, semua excited keluar rumah tengok salji, sekali dengan Sofiyyah :D
sejuk sangat. menggigil. last last, bila kaki dah cramp, semua lari masuk rumah. ^^
Alhamdulillah, boleh mencipta memori tengok salji bersama family~
sekarang sangat sejuk. 2'C kot. menggeletar terketar ketar. pakai baju dah berlapis lapis, tambah dengan stokin. survival ooo~

indah ciptaan DIA. hebat ciptaan DIA~
sebab tu Allah suruh mengembara untuk melihat tanda kekuasaan DIA yang sangat hebat dan indah, supaya dalam hati kita sentiasa tersemat peringatan untuk terus mentaati DIA, mengingati DIA dan mensyukuri nikmat yang DIA dah limpahkan kepada kita~
tu pun masih ada yang kufur nikmat =='

semoga kita sentiasa tergolong dalam golongan yang sentiasa bersyukur dan mengingatiNya, amiin ^^ insyaAllah.

have a nice day.
pen off.

be careful on judging people


judmental people are very hard to handle. all their judging thoughts, truly burdensome.

kenapa ek manusia ni sikapnya suka menghakimi seseorang?
taktau ke betapa sengsaranya orang orang yang di judge tu~
 sedar atau tidak, diri kita ni pun belum tentu sempurna .
 jadi, apa hak kita nak mempertikaikan atau menghakimi seseorang?

"apa kau ingat dia tu baik sangat?? dia tu dahlah blaa blaaa, pastukan, blaa blaa blaa~"
 common words yang kita selalu dengar .
memang dah pasti dia macam tu?? memang nampak depan mata?
kadang kadang, apa yang kita nampak dengan mata, tak semestinya betol.
sebab tu orang kata, 'pandangan mata selalu menipu'.
mungkin ada yang kita taktahu. manusia pun ada batasan kan??

dimana hilangnya sifat bersangka baik sesama kita??
walapun bersangka baik itu susah, tapi apa salahnya kalau mencuba??
bukannya bil letrik naik melambong pon . bukannya jadi bencana alam pun . bukannya blackout pun rumah .
sekurang kurangnya hati kita tenteram dan tenang . hubungan sesama manusia pun terjamin~

andai tersalah menilai, boleh jadi fitnah .
dan semua tahu yang dosa memfitnah tu lagi dahsyat dari membunuh .

haa, tau pon . lepas ni takyah nak judge judge orang dah .
amalkan bersangka baik . eventhough kita tersalah sangka sekalipun, sekurang kurangnya kita dapat pahala bersangka baik . perkara buruk pun dapat dielakkan and takdelah orang lain jadi mangsa .
InsyaAllah . Allah takkan perintahkan sesuatu perkara tu melainkan perkara tu baik untuk kita .

take note ! towards a better life~ insyaAllah.

have a nice day.
pen off.

when my heart speaks


bagaikan insan yang hidup di musim sejuk,
sedang menantikan musim bunga dengan penuh harapan.

walaupun penantian itu menyeksakan,
aku akan terus menanti,
dirimu :D

selamat berjaya dengan jayanya~
*ni saje merapu je ni :D

have a nice day.
pen off.

a short visit left a valuable lesson

hari hari tu, aku pegi Ajloun dengan Jerash.
first impression aku, takmampu nak digambarkan dengan kata kata.

aku nak cite pasal Ajloun. excited nihh nak cite :D
ade ape dekat Ajloun nih sebenarnya?
ha! Jeng jeng~

dekat Ajloun ade Qal'at Ar-Rabad ataupun Ajloun Castle. wow, istana :D
tapi istana nih bukan sebarangan istana. bukan istana macam tempat raja bersemayam.
tapi, istana nih memainkan peranan sebagai kubu pertahanan. lebih kepada ketenteraan sebab kedudukan dia sangat strategik.
dari atas ni boleh nampak Palestin, Syria dan ade lagi beberapa country, tapi tak ingat XD hehe.
istana nih dibina sebanyak 3 peringkat. jeng~

peringkat pertama,
dibina oleh seorang jeneral tentera yang juga anak saudara kepada Salahuddin Al-Ayyubi bernama Izzuddin Usamah. dari sini, Salahuddin Al-Ayyubi berjaya tawan Kota Jerussalem, Palestin. hebatkan? Subhanallah.

peringkat kedua,
ade tambahan binaan menara oleh Aibak bin Abdullah. sejarah dia cari sendiri :D hehe. tak senonoh~

peringkat ketiga,
istana ni diambil alih oleh Salahuddin Yusuf bin Ayub dan masa ni jugak ada beberapa tambahan menara. Tapi, masa ni tentera Monggol berkuasa dan cuba untuk tawan istana ni. Kekuatan tentera Islam dan istana ni sebagai kubu pertahanan mampu perlahankan tentera Monggol. Selepas tu, tentera pimpinan Saifuddin Qutuz dan Baybars berjaya kalahkan tentera Monggol yang masa tu diketuai Hulagu Khan di Ayn Jalut.

ha, tu je lah kot pasal Ajloun Castle. reka bentuk dia sangat awesome! memang sangat terperinci lah binaan dia. setiap dinding mesti ade celahan. untuk apa celahan tu? untuk memanah~ tak nampak dari luar. uuu, hebat ^^ dekat setiap pintu masuk, dekat atas tu ada satu tempat. untuk tuang minyak atau air panas yang mendidih gelegak gelegak tu atas musuh yang cuba pecah masuk.

haa~ memang strategik and terperinci lahhh. kalau tak caya, datang tengok sendiri.
dekat Ajloun ni jugak memang sejuk. angin dia, uuuii MasyaAllah, mau beku kaki yang melangkah ni :D Alhamdulillah takpegi masa salji, macam ada sorang tu nak buat. hehehehe. kalau tak, jadi ais laa~

kebanyakan struktur istana ni banyak dah rosak sebab gempa bumi~

nampak tak celahan kecik kecik tuh? haa, tu lah tempat memanah tu :D

lain pulak ceritanya dengan Jerash.
Jerash ni, kota tinggalan Rom. memang nampak laa ketamadunan Rom kat situ.
Rom jatuh selepas tentera Islam menang Perang Yarmouk. Ha, kalau tak silap, kerajaan Turki Uthmaniyah berjaya tawan kota ni dan jadikan salah satu kota Islam.

dekat sini, ada teater, kuil, pasar, air terjun dan macam macam lagi. memang cantik lah seni bina dia.
kan tamadun rom ada jugak sumbangan dalam bidang seni bina. eceyy, mentang mentang baru lepas SPM, masuk habis sejarah form4. hiii~

masyarakat Rom ada merata rata tempat. salah satunya dekat Jerash. setiap masyarakat Rom percayakan dewa dan setiap masyarakat ada dewa pilihan masing masing sebagai penjaga. dekat Jerash, diorang pilih dewa Artemis yang diorang percaya sebagai dewa memburu dan kesuburan. so, dalam reka bentuk binaan diorang ada konsep panah dan telur.
macam merapu sikit, tapi semua ni fakta ^^

air terjun dekat pasar dia asalnya bentuk octagon, tapi selepas puak Kristian ambil alih kota ni, ditukarnya bentuk air terjun tu jadi bentuk salib.

nih laa bentuk air terjun tu lepas Kristian ambil alih
memang best sebab dapat tengok tinggalan tamadun diorang. lagi best kalau tengok sendiri :D

ni namanya Hadrian's Gate
konsep panah dan telur dalam seni bina
tempat rakyat berkumpul
central fountain
pentas teater
audiences' seat
Artemis' Temple
sekian melaporkan :D
sejuk kot kat sini. sekarang dah 5'C~
brrr.

have a nice day.
pen off.

Sunday, December 8, 2013

this adventure be sure challenging

right now, aku menulis dari Irbid, Jordan.
hehe. poyo je gitau kat sini.

cuaca sekarang 13'C. sejuk masyaAllah.
tapi boleh endure lagi laa setakat ni. tak beku lagi, Alhamdulillah.
standard laa terketar ketar sikit. even kucig pun reti rasa sejuk tau ;p
nasib baik rumah kak mizah bawah tanah. so taklah sejuk sangat.
kalau keluar, perghhh. kaw kaw laa sejuk.

tadi kitorang keluar gi beli sayur. ehhe :D
best laa. sayur sayur dengan buah buah sume nampak fresh.
and bukan setakat nampak je fresh, memang fresh pon.


gambar dari tepi je ada. tadi keluar takbawak phone sekali :( so no gambar. ni pon cilok gambar dari big brother aku.

geram laa tengok sayur sayur dia ==" rasa macam nak ambik semua bawak balik :D
lepas beli sayur, gi pasaraya jap. beli barang dapur.
cecey. gi bayar, 19.680 JD sume sekali.
first impression~ waaa, murah. tapi lepas back to my senses and berkira kira, sebenarnya nak dekat RM90 tau. HAHA

oke bosan. aku sejuk.

have a nice day,
pen off.

Thursday, December 5, 2013

it's movie time!


biasalah lepas SPM. macam macam gaya celebrate ke'freedom'an.
kitorang pulak, terus gi tengok cite 'Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang!'.
haha. geleng kepala sikit.

roughly, cite ni sangat bagus. sangat sangat.
banyak scene yang berjaya membuat aku pegang tisu ^^ eh, nipu je.

not only that, majoriti cerita zaman sekarang bile kite tengok, membuangkan masa dan duit je.
bukan ada motif or direct mesej yang nak disampaikan pon.
but, this movie is totally different.
bukan sebab ada Ustaz Azhar Idrus :) tapi boleh jadi jugak.

tapi mesej dia. sangat mendalam maksud dia.
aku bukan reti sangat nak cite.
silap hari bulan, jadi takbest pulak.
aku just boleh recommend kan, tengok laa cite ni :)
banyak mesej and moral boleh dapat dari sini.
sangat sesuai untuk orang yang sedang mencari sinar untuk berubah.

selamat berjaya.

have a nice day.
pen off.

Wednesday, December 4, 2013

freedom :)

akhirnya~ baru boleh menghembus nafas lega.
hey, tapi bukan untuk selamanya.
untuk seketika je :)


3 DISEMBER 2013
eyy, bukan tarikh keramat mende.

just this is our NATIONAL DAY from SPM :3
macam poyo je ^^

and after this, taktahu gapo nak dijadikan aktiviti.
silap silap, semakkan bilik pun boleh jadi hobi baru.

bagi aku, ni hanya permulaan untuk aku mulakan kehidupan sebenar.
no more life under parent's shelter.
masa kecik kecik dulu, mak abah pimpin bila lintas jalan,
sekarang bila dah besar, mak abah pesan suruh hati hati je and jangan lupa tengok kiri kanan.
well, that's it.
the sign where our real life is about to begin.

selamat melintas jalan dengan jayanya bagi mereka yang lepasan SPM nunn :)

have a nice day.
pen off.