Sunday, November 16, 2014
no joke
again. back again.
aku ambik masa sikit nak update belog bucuk bucuk. kepala ni rasa dah benjol ke atas sebab banyak sangat baca fakta . sekarang ni tengah exam. wahh. dua paper dah lepas, Alhamdulillah. tapi, aku taktau lah result yang nak keluar ni macamana. stress jawab dua paper yang dah lepas tu. masa tengah jawab tu pun, air mata ni sikit lagi nak keluar membasahi pipi. achewwah haha over reacting betol. menyampah je rasa.
esok ni paper pengajian am. apa yang kita belajar dalam tu? semua pasal negara Malaysia yang tercinta. perlembagaan, pentadbiran, kehakiman dan semuanya lah. best je. cuma fakta yang complicated sikit nak faham. as long as kita rasa interesting nak baca, in shaa Allah takde masalah kot. hahaha. cuma masalah dia, malas nak baca.
okey, tujuan aku harini bukan nak cerita pasal pengajian am. only that, i want to share my experience yang dah berjaya menduduki stpm for the first time. hahaha ayat nak bagi orang muntah.
stpm is really no joke. bukan macam spm yang boleh lagi kita study last last minute. semua dah KBAT je sekarang. kita yang berfikir aras biasa biasa ni memang kong king kong lah nak jawab kan. 50-50 je. huhu sedih.
and untuk exam aku yang besok ni, mak aku dah bawak balik sebundle latihan pengajian am yang kawan mak tolong bagi suruh jawab. mak tanya, 'dah buat belum soalan tu??'. aku jawab 'belom lagi sebab baru baca teori. bab bab praktikal nak buat malam ni hehe'. and mak cakap, 'kalau ada antara soalan tu yang masuk exam, pastu awak tak sempat buat, awak nak buat ape?'.
aku pun dengan macho-nya jawab "I'll cry a river mak. haha anah akan menangis air mata penyesalan sebab tak buat latihan, mak'. and my mom just buat muka sambil cakap "tau pun, lain kali sejam nak exam baru sibuk baca buku and buat latihan okey," sedih oo kena perli macam tu. rasa macam hati ni kena tembak je. Dushh boom! haha.
okey. dah maghrib. so i have to say byebye. nanti lepas exam nak update banyak banyak. haha bajet merdeka dah pulak kan. padahal baru habis penggal satu. itu pun belum tau kena repeat ke tak, tapi say no laa to repeat paper. naudzubillah.
goodbye. jom angkat takbir.
untuk exam hari isnin ni punya kalut baca, tapi untuk exam hari selasa nanti ni takbaca pulak. haha ngok tak ngok nye aku ni.
Subscribe to:
Posts (Atom)
