Monday, January 27, 2014

insomnia.


dulu dulu, aku selalu dengar orang kata, "wehh! aku takleh tido lahhh. insomnia."
aku pun macam "oh yeke? kesian kat kau." padahal aku bukan tau pun maksud insomnia tu. ye ye je aku ni pun. koman.
tapi sekarang, aku dah tak sekoman tuh la. maju sikit. tau dah maksud insomnia. muahahahahha. why am i getting proud over small matter? pfftt. tak rock langsung.

insomnia, atau sifir mudahnya, takboleh tido malam. it's kind of decease lah jugak. orang orang yang ada masalah dalaman macam masalah jiwa or trauma ni selalu la insomnia. Alhamdulillah lah aku selamat lagi setakat ni. tapi in future, na'uzubillah. aku takmau laaaaa. mahu lebam mata aku kalau tak tido. kalah mamat mamat sakai yang suka bergaduh kat luar nun.

tapi, yang paling tak boleh blah sekali, yang paling aku rasa macam nak pijak pijak je manusia manusia ni, bila aku tanya 'what's make you feel so troubled until you can't even fall asleep at night?', dan aku dapat jawapan yang lebih kurang-tak banyak-sama rata camni, 'kalau aku pejam mata, aku nampak bayangan ex gelfren/boifren aku lahh'. ewahhh, jawapan camni memang gaya mintak aku campak dalam gunung berapi. takpun lempar dalam sekawan kambing gurun biar ditanduk tanduknya.

tu bukan insomnia, tu gedik, mengada, senget. menyampah aku. rasa nak tumbuk tumbuk je biar reti sikit beza antara fantasi dengan realiti. kalau takboleh tido sebab pernah nampak orang terjun bangunan ke, pastu kepala dia pecah depan mata, kalau pejam mata nampak lagi bayangan tu, lain cerita lah kan.

kalau setakat nampak bayangan ex gelfren/boifren tu pun dah takboleh tido, konon 'my heart hurts so much' lah sangat, seandainya nampak orang terjun bangunan, jadi apa pulak? mati terus mungkin?? just wondering, even orang yang dah kahwin and kematian/ ditinggalkan suami or isteri pun, tadelah sampai insomnia. kalau ada pun, kes insomnianya tak seteruk kes insomnia yang ni.

aku malas nak kupas lebih lebih pasal ni. aku tak kisah lah nak insomnia ke hape kan, tapi gi kecoh habis dalam fb, twitter kata insomnia sebab tu je, aku rasa macam memalukan laaaa. aku yang tolong rasa malu. eeeeeee. tak malu ke? macam emo je kan, tapi aku malu tau! geram oo. macam nak ganyang sampai lumat.

aku tertanya tanya lah kan, baru break or ada masalah dengan boifren/gelfren pun dah insomnia. tapi kalau kita tahu yang Allah murka kat kita, adakah kita akan insomnia? macam tak je. tido lagi sedap, lagi lena sampai berdengkur dengkur meleleh leleh air liur basi setangki, ade lah kan?

eh, tak eh? baguslah.
teruskan mujahadah untuk menjadi hambaNya yang beriman dan bertaqwa.

have a nice day.
pen off.

Wednesday, January 15, 2014

bad time movie.


sometimes on malam sabtu, aku dengan adik aku mesti tengok movie. kakak aku pun join sekaki, setangan, sebadan dengan kitorang. bak kata abang ipar aku, midnight friday's movie. wahahaha, bad fluence :D

segala jenis movie  bergenre adventure, love, sad, horror, ridiculous, animation and religious semua dah tengok. tetibe, macam mimpi laa nak tengok cite thriller pulak.

akceli, dah lama nak tengok satu cite Korea ni, eversince dari Malaysia lagi. tapi masa dekat Malaysia, cite tu baru keluar je dekat Korea. bukan nak tengok sebab minat Korea ke hape kan, because in the end, that will be the minor reason of all yang membuatkan cite ni interesting. kekekeke. yang membuatkan aku teringin sangat nak tengok, sebab trailer dia macam gempak je. instead of heroin dia yang comel :3 muahaha.

satu malam, aku loading la cite ni guna internet dari henfon aku. kalau nak guna yang rumah, takut habis quota pulak. 2 jam menunggu. bila dah sampai masa nak tengok, adik aku suruh buat fullscreen. almaklumlah, takboleh nak tengok cerita kecik kecik ni. takde feeling, kononnya. bila dah buat fullscreen, tiba tiba, yang dah di loading tadi semua hilang macam tu je.

perasaan nak nangis tuh memang kalah gunung everest kot. rasa macam nak ketuk kepala adik aku dengan laptop yang pandai pandai suruh buat fullscreen tu. dengan sabar, achewwah, aku pun loading lah lagi sekali, tapi sampai sekerat jalan je sebab ape yang dah di loading tu, terhenti tengah jalan.

aku pun check quota internet henfon aku, tetengok tinggal 600 lebih MB je lagi dari 1800MB. rasa macam lifeless sebab membazir gitu je. last last, niat dibatalkan.

but, dengan sebab yang panjang berjela yang membuatkan aku malas nak cite, last last, tengok jugak.
cerita dia best la. style thriller gitu. ",v
kalau tak caya, gi lah tengok. muahahaha.

lagha betol. saat manusia lain sedang menangis rumah diorang kena bom, memangku tubuh mak ayah diorang yang tak bangun bangun, aku seronok seronok tengok movie sambil peluk bantal, minum jus.
menyedihkan ==" lagi, sanggup tunggu 2 jam sebab nak tengok movie. kalau lah nak baca Kalamullah, bukan sampai 2 jam, tak sampai setengah jam pun dah tumbang. shame on you. repent!

merepeknya buat entri pasal ni. dah la. nak pegi menyorok bawah bantal.

have a nice day.
pen off.

Friday, January 10, 2014

health is wealth

first time jumpa cuddly toys rabun :D

the key to everything, health!!

kalau kesihatan boleh dibeli dengan duit, memang sume tak kisah dah dekat lamborghini ataupun ferrari. hah!

bila sakit, sume benda tak jadi. penat, taklarat, sakit, longlai, lembik.
nak makan pun luah balik. nak jalan pun rasanya kura kura laju lagi.

pernah sekali tu, kepala aku sakit yang amat, rasa berat dan berdenyut. dah laa SPM nak dekat masa tu. menangis kat asrama tahan sakit sambil bergolek golek. memang segala jenis kerja tak jadi kecuali aktiviti bukak kilang air liur basi. tapi seronok, sebab rasa Allah sayang aku :D hehe

anyway, aku malas nak menaip panjang panjang. rasa cam nak termuntah pulak tengok hasil menaip tangan sendiri ^^

anda anda anda semua, take good care of your health.
sebab nikmat kesihatan ni, bukan turun bercucuran dari langit. Allah bagi khas untuk kita tau. supaya kita guna nikmat yang Dia kasi pada jalan yang Dia redhai.
yang penting, jangan lupa bersyukur~

have a nice day.
pen off.

Wednesday, January 8, 2014

money, money, money!

ngap ngap. mmm, dap dap.

suatu hari yang cerah dan sejuk, aku pergi test hembus hembus udara dekat luar rumah. betapa excited nya bila kepulan wap keluar. kekekeke. menyampah je baca. akceli masa tu nak pegi kedai, beli barang dapur dengan makanan merapu yang boleh di ngap sambil goyang kaki dekat ruang tamu.

lepas dah lengkap semua keperluan asasi dan yang paling tak asasi dalam bakul, haa, ape lagi? konfem laa pegi bayar. takkan nak lari balik rumah dengan bakul kedai pulak.
ecehh, ammu kaunter pun senyum je bagi salam sambil tarik segala barangan yang tunggang langgang bersepah bersepai atas kaunter nak di scan. beep, beep, beep bunyi.
last last tunjuk total.

19.75JD
ea murahnyaaaaaaaaaaaa! asal bayar sikit sangat? 19JD je??

murah kata mu? aku tekup mulut dengan sapu tangan celup klorofom baru kau tau.
kalau convert ke ringgit malaysia, kau tau berapa semua sekali? hampir 90 ringgit tau. jenuh menggigit kuku. nasib ada duit. kalau tak, buat peace je lah dekat ammu tu. silap silap, aku kene keja susun tin 5hari 5malam kat kedai tu.

sebab nilai dia kecik, that's why nampak cam murah. padahal, mak oiii! nilai sebenar membuatkan kita ternganga lebih luas dari mulut buaya.

teringat bila aku teringin nak beli coklat spread, harga dia dalam 2.85JD gitu. first first aku nampak macam 'woah! murah lagi dari Malaysia dudeeeee~' sebab kalau kat Malaysia harga dia dalam 11 ringgit cenggitu. taktahu kot dah naik harga kan sekarang. wahahahaa.
tapi sebenarnya, harga dia lagi mahal dari Malaysia. kalau di convertkan, harga dia dekat dekat 13 ringgit. wadehek! takjadi nak beli sebab ada lagi yang lebih aula untuk dibeli. aula tu ^^

menangis aku. tak dapat coklat spread. eh dak! aku merapu je. tak usah di percaya :D

duit. walaupun duit bukan segala galanya, tapi dunia sekarang memerlukan duit untuk segala galanya. heh! padahal kertas je pun. susah nak percaya kertas yang lagi kecik dari mittens and booties for baby tu sangat bernilai. ohh! kenapa begini? sedihnya.

konklusinya, walaupun nilai dia kecik, tak bererti dia langsung tak berharga. macam kita pandang singgit la, 'olohh, singgit je pun. boleh dapat gula gula sepuluh biji je lah!'. but its better than nothing kan? dekat luar sana, ada orang sepuluh sen pun susah nak dapat. hiperbola sangatkah?
tapi betullah! bersyukurlah.

start menabung, berjimat cermat, dan berbelanja bila perlu je.
jangan sampai beg duit keluar lalat baru nak terhegeh hegeh sumbat duit syiling dalam tabung.
peringatan untuk diri sendiri yang keluarkan duit sederas air terjun ni =="

have a nice day.
pen off.

Monday, January 6, 2014

knowledge is like chocolate chips

ea sedap. suddenly feels hungry~

beberapa hari ni, sebab kelas aku dah start, aku pun quite busy berjalan kaki kesana kesini kedepan kebelakang. masa untuk aku ternganga depan blog pun dah takde. henpon pun terdampar je atas katil sampai taktahu hidup ke mati. masa untuk main game saje yang wajib ade. hehe. relieving stress dengan cara tidak sihat. nasiblah~

basically, bila kelas dah start, that's mean aku kembali bergelar seorang pelajar. yeay, after a month menyanjung amalan menanam anggur di dalam rumah yang tak memberi manfaat kepada diri sendiri mahupun ummah. nak jadi supplier oksigen lagilah jauh api kalau nak memanggang. huh!

penat memang penat. kadang kadang, walaupun dah tido 7 jam, still rasa macam tak cukup tido. kekekeke~ terok beno. well, bila orang yang terlalu senang mula hidup susah, kena gigit semut pun dah rasa macam nak sakit jiwa. eh, bukan aku la!

setiap hari, kalau kira jarak perjalanan yang aku kena pegi balik pegi balik boleh jugak sampai 3KM. kalau kat Malaysia ni, memang slim seslim lidi satay dah. tapi ini Jordan, berjalan 100 batu pun belum tentu kau berpeluh. dekat bumi ini, kalau siapa nak mengembangkan usaha menternak dan memulihara lemak, boleh lah tinggal di Jordan. takperlu lama lama. 3 bulan pun dah cukup menjadikan anda pengusaha berjaya. yea!
oke, melalut terbang entah ke mana.

kelas aku best sangat kot. best gila. infiniti ni.
espeseli kelas bahasa aku. woahhh~ bukan nak berlagak kan, tapi memang best pun. hihi. lecturer dia baik. eh, bukan aku saje gedik gedik guna 'lecturer' bajet macam dah masuk U, tapi memang panggil lecturer pun. kalau nak panggil cikgu, silakan ke tadika. harap maklum.

belajar bahasa kat sini sangat enjoy dan sempoi. rasa untung pulak sebab dah belajar sikit bahasa arab kat malaysia. hey, dimana saja anda berada, walaupun di Pluto mahupun tandas, ilmu yang anda dah, sedang atau akan belajar tetap berguna oke. thats why kena rajin dan jadi orang berilmu. ni tak, malas dan kuat buat tahi mata berbakul bakul yang sikit pun takleh makan. hambek kau!

pokok ranting kayu daun dan akar umbinya, aku tak menyesal datang dan tinggal sini untuk belajar. sebabnya, sikit pun takrugi. malaikat tebarkan sayap lagi untuk orang yang menuntut ilmu. so, berbanggalah. jangan terhegeh hegeh kerja nak sobbing je~ dah besar panjang kalah anak jiran sebelah yang baru 4 tahun pun menangis macam baby takleh minum susu lagi. aiyaa =="

jadi, walaupun anda terpaksa meredah lautan api, merentas langit nan luas, berlari mendaki gunung untuk menuntut ilmu, just be strong and sabar :D
one day, you will never regret all your pure effort in gaining knowledge because you always need it.
ilmu itu mengangkat darjat manusia oke. bagaikan chocolate chips yang menyedapkan lagi muffin ^^

have a nice day.
pen off.

Wednesday, January 1, 2014

past just past, and present is coming


sinonim sangat, bila dah masuk tahun baru, mesti ramai yang set azam baru.

eh eh, mesti anda pun tidak terkecuali tuuuu~

ahh, taksalah nak tajdid azam. malah memang baik pun.
jangan tajdid je, tapi takde inisiatif nak capai azam tuh. kalau gitu, masalah besar tuh. 
ape ingat dengan berazam saje, segala hasrat dan keinginan serta harapan dicapai begitu saje?? 
ingat hidup ni fairytale ke, awok?

oke, takmau menaip panjang panjang. aku malas :D

cuma aku nak katakan pada anda:
kullu ‘am waantum bikhair.
semoga tahun yang mendatang ni lebih baik dari sebelumnya dan keimanan kita semakin meningkat dari masa ke semasa.
insyaallah.
barakallahufik~

have a nice day.
pen off.