Monday, June 16, 2014
who should i give my love to?
bertemu lagi :D ouh penatnya.
dah lama tak bukak blog. jangankan blog, Mukabuku dengan Pencicit pun tersadai jer. entah, bukan busy sangat pun. tapi takde masa nak ternganga depan komputer. haha.
bila dah lama tak bukak Efbi, sekali bukak memang berlambak lah news feed dengan macamacam hal. tapi, yang buat aku tertarik bila ada yang wish dedi masing masing dengan father's day. dekat instagram pun sama. so, aku pun macam errr, taktau nak buat apa. tekan like jerr ^^
but to make things more clear, adakah masa hari bapa je kita luahkan rasa terimakasih dan sayang kepada ayah? so do masa hari ibu. aku bukan nak bahaskan pasal hari ibu atau hari bapa yang ramai orang cakap takboleh sambut sebab ade kaitan dengan Kristian gituu or something.
akceli, setiap hari ialah parent's day. then, for those yang selalu bagi ayat bunga bunga tak kiralah bunga taik ayam ke bunga ros ke masa hari ibu or bapa, selalulah bagi ayat ayat bunga tuh setiap hari. sebabnya, kalau nak tunggu setiap tahun untuk satu hari ibu dan satu hari bapa, adakah kita jamin yang masa tu kita ada lagi ataupun parents kita ada lagi??
bukan aku nak cakap 'takyah lah susah susah sambut hari ibu or bapa tu', tapi kenapa mesti sekali dalam setahun je nak luahkan kasih sayang kepada mak ayah masing masing? sedangkan dalam masa tu, mak ayah kita dah banyak bersusah payah untuk kesenangan anak anak diorang. and untuk semua kesusahan tuh, setahun sekali je kita tunjukkan penghargaan kita? adil kah namanya itu??
seriously, masa hari ibu dan bapa tu, even kita bagi hadiah sebesar gunung Everest pun, belum lagi dapat balas jasa mak ayah yang dah banyak bersusah payah.
that's why, tak kiralah betapa penatnya kita, selalulah senyum kat diorang. tengok wajah mak ayah kita pun dapat pahala, apatah lagi kalau senyum kat diorang. selalulah ringankan beban diorang, selalulah senangkan hati diorang. even benda simple, tapi dengan jaga hati mak ayah ni, inshaAllah kita dapat redha mak ayah.
untuk mereka yang 'anak mak', ingat! syurga bawah tapak kaki ibu. so, hormat lah ibu ye. tapi takbermaksud kena pinggirkan ayah sendiri. kalau nak tau, jasa seorang ayah tu, kalau dibentangkan dalam kertas kajang, gamakya tak cukup kot satu plastik yang ade 250 helai tu. hoho. so hormatilah kedua duanya. inshaAllah masuk syurga.
"Dan Tuhanmu (Allah) telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan "ah!" dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik." [17:23]
okelah. cukuplah sampai situ. do take note, and note for myself too. hihi.
sayang mak abah. rindu mak abah. serious nii TT_TT
Monday, June 9, 2014
laii laii laii
finally, i got the feeling to update this crappy blog of mine. after a long time. Alhamdulillah.
kesian blog nih haa. dah macam tak bertuan dah. tersadai je. sedar tak sedar, nak hampir sebulan dah aku di bumi matrik penang nihh. tapi aku takmau lah cerita life aku kat sini. seriyes konfem panjang berlebar lebar.
cukuplah aku cakap yang semakin aku duduk sini, semakin terbakar kulit aku. nasib lah dah kena hari hari lalu bawah cahaya terik sang mentari. tapi so far, Alhamdulillah still survive. harapnya aku terus tabah dan kuat atas jalan ni. dan semoga tak berpaling dari Allah yang Esa.
tipulah kalau cakap tak rindu mak abah dengan family aku. warghh. home sweet home tak sama dengan hostel sweet hostel. tetibe datang sini nak gedik gedik rindu tommy. kucing kat sini semua agresif. bahana exposed to sunlight sangat kot. ape kaitan? haha. tapi kesian lah kucing kucing tu. terjelir jelir lidah kes dahaga. panas kot kat sini.
datang sini, aku bersyukur sangat. aku keluar dan nampak dan kenal pelbagai jenis kelompok manusia. dan sebab tu lah, aku bersyukur sangat, hidayah yang Allah bagi kat aku ni, taksemua orang sama merasa. keluarga yang ade fikrah islami, tak semua orang ada. masyaAllah.
tak kisah lah kekayaan yang berlimpah ruah sekalipun dalam genggaman, tapi kalau semua tuh kita tak panjatkan kesyukuran kepada Allah, tak bernilai ape pun.
oke dahlah. ni pun curi masa lapang je nak update. inshaAllah, aku update lagi dengan isu yang lagi best mungkin. hahaha, bajet jerr~
kbai. blok asrama aku hujung sekali, bilik aku atas sekali dan hujung sekali. can u imagine that?? dan jarak tak membuatkan aku makin kurus, tapi membuatkan aku lagi nak makan sebab tenaga dah banyak guna naik turun tangga. heh, gemok je =="
Subscribe to:
Posts (Atom)

