Thursday, May 15, 2014

my desire

tak nampak kaitan gambar dengan title -_-"

aku selalu berdepan dengan keadaan yang mana dua insan yang tak sependapat dalam apa apa jua keadaan. dan ini sangat menyakitkan kepala, espesiali bila nak tenangkan dua dua insan yang tengah marak membara. paling geram bila takde ribut taufan meskipun angin menerjang ataupun ombak badai, tiba tiba sekali dengan kita yang innocent kena marah. amboi, raja mana yang bagi kau green light babitkan aku sekali? -==-"

kadang kadang tu bukan gaduh sebab 'cara negara Malaysia berdepan dengan krisis ekonomi' yang mana seorang pembangkang, seorang lagi kerajaan ke ape, tapi sebab 'aku suka warna ni, jadi semua orang kena suka warna ni jugak, faham?!'. kalau setakat baca ni pun dah geleng kepala sekali, agak agak aku yang dengar ape yang dibalahkan nak geleng kepala berapa kali?

jadi, aku malas oke nak dengar or gaduh sekaki or api apikan or ape sahaja yang berkenaan, so aku just nak bagi advices even aku sedar sebenarnya aku taklayak pun nak bagi dengan aku sendiri pun tak berapa berfungsi dengan baik. ayat macam aku ni mesin kenapa?? kena pandai faham lah. walaupun aku sendiri tak faham. haha. keje nak merapu je =="

oke. so, those people yang selalu bergaduh atas benda yang simple like 'chicken pie lagi sedap dari lamb pie oke!' sampai bukak gelanggang gusti, here some special words yang aku tak penah mention kat sape sape. untung lahh kau baca :p

you know what, eversince kita lahir ke dunia selepas 9 bulan dalam rahim ibu, Allah dah tetapkan segalanya tentang kita. and apparently, everyone have different colours. jadi, no wonder kalau kau nampak bunga taik ayam tu cantik, tapi A kata bunga tu macam taik ayam dan B cakap bunga tu, err, taksehebat bunga ros, because everyone have their own styles, opinions and feelings.

sebab tu orang cakap cantik tu subjektif. kalau kau kata orang Bangla tak hensem, ade je yang kata hensem oke. siap kawen dapat 5 orang anak lagi. satu, memang jodoh dia. dua, dah citarasa dia memang macam tu. kau bagi syarahan lima hari lima malam pun belum tentu dia ubah fikiran.

setakat nak gaduh pasal anda tak punya sefahaman, susah lah. nak senang, tubuhkan group 'geng suka purple' - 'geng suka lamb pie' - 'geng suka pakai baju kurung' - 'geng kuat tido berdengkur' then you will find everyone who have similarities like you. easy oke.

tahu tak, variousity in colours ni penting tau. bila adanya orang yang berbeza pandangan dan idea, akan lahirnya banyak cara penyelesaian masalah. so bertolak ansurlah. takkan setakat 'dia tak suka naik kereta kancil, tapi saya suka' pun nak sumpah dia sampai tujuh keturunan. be rasional oke. bila anda gaduh over small matter, orang lain tau jadi mangsa.

dan jadi mangsa bukanlah sesuatu yang menyeronokkan --" kawan aku cakap, "kalau semua nak rambut kerinting, habistu siapa yang nak rambut lurus?". means kat sini, biarlah dia suka ape, kita suka ape. jenoh lah kalau pegi kedai makan, order nasi goreng thai je semua. biarlah ikut citarasa masing masing kan.

bila setiap orang sukakan benda dan ade pendapat yang berbeza, banyak pilihan dalam hidup ni kan? kalau semua orang suka warna biru, habis satu dunia tak kira rumah ke baju ke kereta ke semua biru. eeee~ biarlah warna warni, baru lawa :D

jadi, selepas diteliti dengan mata hati dan fikiran, ade hikmahnya kenapa Allah jadikan setiap manusia itu berlainan dan berbeza. pastinya untuk saling melengkapi antara satu sama lain. dan sudah semestinya, manusia itu sebaik baik kejadian. kalau nak jadi khalifah, kena terima seadanya macam mana seseorang tu. kena akur lah bahawa tak semua orang macam kita, oke.

sekian sahaja nasihat macam budak budak dari aku.
kalau terkena batang hidung sendiri atau rasa macam aku perli ke, memang itu niat di hati. eh bukan, semoga ambil pedoman agar tak ulangi di kemudian hari. hehe.

aku pun macam tu jugak sebenarnya. suka gaduh over small matter. kadang kadang bukan ape pun, saje nak cari gaduh. espesiali kalau adik aku. lagi suka :D

our old world

i'm so sorry pakcik for using your picture in this entry :D

i can't stop realizing how our world is old,
war, starving people, opression,
it is getting more common nowadays,
at first, it may be shocking,
but later, no one even care,
and no one even look.

i can't stop worrying how our world is old,
with our youth love causing trouble,
with our society hating each other,
with the governments start to take instead of giving,
with the people love the money,
and satisfying their greed.

i can't stop thinking how our world is old,
where the folks holding grudge towards the other,
where the politicans are fight with one another,
where the innocent children are getting the blame,
for their parent's contemptible sins.
where the animals know what is love,
compare to the human themselves.

our people are suffering from all sort of ail,
our youths are bumping into destructions,
our society are chasing the name and wealth,
resulting the others getting opressed,
leading to the devastation of our own world,
what a sick, unhappy, foul and sorrowful life we had.

the unease and sad feeling for them, i sowed,
praying for a wonderful and peachy change,
they will carry out some day,
but, it is nothing if those who are wide awake,
don't fight, struggle and help,
to give and hand them the remedy,
to make them realise and well aware.

before our old world meet its end,
let do some changes,
let us spread the words,
before opportunity become unfortunate,
hold our breath and tighten our swords,
fight for the freedom that we long.

even the world won't turn young,
but still, we can save them who live,
rather than living in dark,
we must lead them to the light,
cause who knows,
there will be tomorrow or not,
that's why we have to make it NOW.

**taktahu lah nak panggil ape ni. kalau nak panggil poem, bapak panjangnye.
senang senang, panggil, 'apabila aku merapu' :D
thank you.

Sunday, May 11, 2014

what are you talking about?


dulu, aku banyak gila bengg sangat cita cita kes setiap tahun cita cita aku akan berubah. you name it, semua ada. ehem, semua yang berfaedah dan inshaAllah diberkati je yang aku pernah bermimpi nak jadi oke -_- and one of my ambition is, aku nak jadi penterjemah bahasa or tourist guide.

its kind of interesting tau sebab kita boleh berkomunikasi dengan pelancong asing dengan menggunakan bahasa asing. disamping boleh berjalan merata riti menjelajah dunia kan. haaaaaa~ so, dari kecik aku pun berusaha lah sedaya upaya improve kan English dengan Arabic aku yang sampai sekarang pun masih di tahap ciput cikai je lagi. jangan kata English dengan Arabic, bahasa melayu pun tunggang langgang.

tapi kalau nak tanya "how are you? what is your name?" atau "keifik? shuu ismik?" tuh memang jaguh lah kan. muahaha. oke dah, mengarot ==" lepas tu, aku bermimpi nak belajar bahasa Perancis, German, Spanish, Greek, Korea, Jepun, India, Mandarin and semua bahasa yang wujud kat dunia. tapi yang paling aku rasa nak belajar ialah bahasa Rusia.

ahak. sumpah mengada ==" memang ramai cakap, belajar lah Arabic or English sampai jaguh dulu. at least, for those language, aku ada jugak basic kan. but when we are talking about Russian, ape yang kita tau pasal bahasa dia? at least bahasa lain ade jugak di eja dengan ABC. kalau tengok sendiri bahasa Rusia, ape yang kita faham?? nothing oke ==" German dengan Perancis dan yang seangkatan dengannya pun same.

 я люблю шоколад.

haa? ni aku cakap ape ni?? cari gune Cik Gugel ye. hihi. tengok lah huruf dia, ape yang kau tau? terror baca dok? oke jangan bincang soal terror baca lagi, kita cakap pasal, boleh baca tak? mehehehe.

that's why aku nak sangat belajar bahasa bahasa ni, at least, kalau orang mengata kita, boleh tau dia cakap ape kan. satgi dia cakap 'awak gemok' pastu senyum kat kita, yang kita ingat dia cakap 'awak cantik' so kita pun jawab 'oh, thank you'. yeay, seronok sangat --"

teringat masa nak balik dari butterworth ke alor setar lepas mukhayyam dengan adik adik ribena, kitorang melepek beramai ramai sementara tunggu bas sampai. kebetulan ada dua orang budak cina, seorang tinggi dan mungkin abang, seorang pendek dan pakai spek macam nerd dan mungkin adik.

diorang main bola dekat tempat kitorang melepek tu. dan si tinggi tu lah yang monopoli bola tu, buli si pendek takmau kasi bola. si pendek tu jerit jerit lah dalam bahasa cina dekat si tinggi. dan, si tinggi pun balas balik sambil gelak gelak. pastu sorang pakcik cina pun jerit macam marah dekat budak budak tu. kitorang tengok jelah even tak paham ape ape. 

tapi, ade seorang adik ribena, dulu dia sekolah dekat SK(J)C so dia tolong translate ape yang budak budak tu cakap. si pendek tu cakap "bagi lah. nak bola, nak bola. takmau kawan". si tinggi balas "kalau boleh, ambiklah. pendeklah kau ni ! haha". pakcik cina tu pulak sebenarnya marah si abang "jangan lah buli budak tu dah!". 

lebih kurang lah. ni base on adik ribena tu translate. kalau adik ribena tuh kelentong, maksudnya aku pun kelentong jugaklah. hehe. adik aku pun cakap, "macam comel je orang cakap cina pastu kita faham." haha. sumpah memang buruk lah aku gelak lepas adik aku cakap macamtu.

adik aku jugak pernah cerita tau, ustaz bahasa arab dia cakap, "yang hampa ni belajar bahasa arab fusahah sampai tunggang terbalik, padahal nanti hampa pi belah belah sana, bukan guna pun. hampa cakap bahasa arab 'ammi (bahasa arab pasar) cek!". lepas ustaz cakap camtu, ramai lah protes. "takkan kot?!".

so ustaz tu cakap, "kalau hampa pi pasar, cakap kat ammu dekat situ, "ya 'ammu, urid hadzha, wa hadza" sama macam hampa cakap "wahai pakcik, saya mahu itu dan itu". skemanyaaaa. padahal senang je kalau cakap "biddi hai !" - "aku nak ni !". tu baru betol".

adik aku cerita dengan gaya sekali memang lawak lah kan. tapi kalau tulis ni memang takleh nak rasa kelawakan dia. mungkin anda nak kata 'ape ustaz ni, takbagi motivasi langsung kat budak budak ni.' tapi, sebagai insan jakun yang pernah ke negara arab, itulah hakikatnyaa yang takboleh kita selindung bawah selimut busuk.

dulu aku selalu ingat yang semua orang boleh cakap English tau, so aku pun kalau nak cakap dengan orang, ikut suka hati bedal je cakap English, padahal orang tu bukan faham pun.

masa kat airport Riyadh, memang susah lah kau nak cari kedai makan yang kau boleh order, pastu duduk makan macam dekat KFC ke or medan selera. restoran fast food pun takde oke. yang ade, dunkin donut. sape nak makan donut tengah malam oii. kedai yang ada makanan berat pun aku rasa dah pupus masa aku transit kat situ. jangan kata Riyadh, airport Jordan pun lebih kurang.

so, aku pun tanya lah makcik arab yang ada kat situ. achewwah. "Excuse me, do you know any right place to buy food??". rasa macam, wahh, boleh komunikasi dengan orang :D pastu makcik tu cakap "aku tak faham" dalam bahasa arab. aku jadi macam, 'mehh? motip lah aku ni pun.' nak taknak, aku pun terpaksa guna kemahiran bahasa arab aku yang sumpah terangkak rangkak macam baby. sepuluh minit jugak nak habiskan ayat bagi makcik tuh faham. last last, makcik tu jawab, 'kat sana ada jual roti.'

nak tanya punya panjang berjela, jawab sikit je. haha. tapi nasib transit 5 jam je kan. so gagah lagi lah nak tahan perut. hang tau dak roti dia SR 10? :X bapak, aku boleh dapat 3 keping roti macam tu dengan harga yang sama kalau dekat Malaysia oke. demi adik aku yang mengadu kelaparan macam tak makan dua tahun, aku pun beli jugak satu share dua. boleh lah alas perut. aku ni apehal yang melalut serong sangat sangat nii??

oke dah. so, the conclusion is, aku nak sangat belajar bahasa. and even our beloved Nabi Muhammad pun sangat menggalakkan kita mempelajari bahasa asing supaya Islam itu lebih tersebar dengan luas. mungkin one fine day InshaAllah. semoga Allah redha.

konon nak belajar bahasa lah kan, dapat TESL aku tolak mentah mentah pasal abang aku kata, budak yang ambik TESL semua tak betul. ihiks.

Wednesday, May 7, 2014

chicken story

siapa puasa, sila tutup mata. understand?

ini satu cerita. bosan punya cerita :)

pagi pagi, mak pesan suruh goreng ayam untuk abah. mak dah masak main dishes, just kena goreng ayam je. so i just keep that in mind, or else i will forget. dalam pukul 8 pagi, aku pun dengan senang hati dan riang ria pergi dapur.

panaskan kuali dan minyak. nampak minyak macam dah panas, so letak lah ayam. ahak. tengok tengok tak panas sangat lagi. panas tu memang lah panas, cuma tak sesuai lah nak mula goreng lagi. siap siap aku cakap, aku memang fail bab bab menggoreng. haha. nak goreng ikan pun, lepas ikan selamat masuk kuali, aku akan lari 150m kebelakang.

kalau ada orang yang nampak aku lari masa menggoreng tu, taksah kalau dapur tu tak bergema dan bergaung dengan hilai ketawa ala ala pontianak A class -_- 'elehh, macam hebat sangat kau menggoreng, nak gelak kat orang pulak. sat lagi, kau jugak aku goreng kang!' gaya busuk hati punya jawapan aku bagi kat orang tu. tapi mak bagi aku cap 'penakut!'. ambik kau. sedap punya cap aku dapat.

oke, back to the ayam.

aku biar je lah seketul ayam selamat dalam minyak yang 50-50 panas tu. lepas dah minyak tu menyanyi shuu shuu tanda dah panas, tiga ketul lagi aku campak, errr, bukan campak, masukkan. masukkan dalam kuali. dah selamat empat ketul masak, tinggal lagi dua ketul. so, yang ni yang best tau. hahaha.

lepas dua ketul ayam masuk berendam dalam minyak, aku pun pegi kat depan. gi usha usha facebook, konon sekejap. tengah usha usha, Tommy si kucing mengada sedap sedap gi naik atas keyboard laptop. ewahh Tommy. ingat ni dancing pad ke? then aku pun gi kerjakan Tommy. eh eh, aku main ye dengan dia. bukan gi tabuh ke ape.

lepas beberapa ketika, aku bau something yang 'ewaahh, kalau bau rasa terus nak terbang ke syurga -_-'. baru teringat, ayam!! dapur dah berasap gaya 1000 orang merokok kat dapur. berlari marathon aku ke dapur. tengok tengok dalam kuali tu kalau nak panggil ayam pun dah tade rupa ayam kot. hitam belegam. sedih je.

nasib baik empat selamat digoreng dengan cantik. Alhamdulillah. bila dah tengok dapur berasap gitu, abah pun tengok lah ape jadi. aku pun bagitau kisah ayam dekat abah. yang paling rasa nak gelak bergolek golek bila abah cakap, "ni ayam ke batu??"

hahaha. moral of the story, jangan tinggal ayam demi facebook pastu main dengan Tommy. make sure apa pun pekerjaan yang kita buat masa tu betul betul habis sepenuhnya. haishh, kan dah bazir dua ketul ayam. dahlaa sedap. uwaaaa T_T

mak penah pesan, "even bom meletop kat luar rumah, jangan tinggal apa yang kita goreng sendirian kalau tak nak dalam rumah yang nampak  macam kena bom." oke, epik =="

Tuesday, May 6, 2014

I have a cousin ....

sila abaikan orang setengah itu =="


PESANAN dari penaja: pos kali ni, sumpah panjang dan bosan. so, siap siap aku cakap, kalau taknak tertido masa baca, silakan tekan butang X diatas window itu ye. tapi kalau nak baca pun, no problem. risiko bukan di bawah tanggungjawab kami :D terimakasih.

I have a cousin and her name is Wahidah binti Mohd Aris.

"she is an one-in-a-zillion cousin."- Hasanah Abdul Rahman

dari kecik sampai sekarang, aku dengan dia tak pernah berjauhan. masa dekat Klate lagi [read: Kelantan. satgi kau baca Ke-Let pulak, pastu ingat dekat London ke German ke. mana tau kan ], aku memang dah rapat sangat dengan dia. main main dan berlari lari dan bersembang muhong macam kanak kanak comel bersama.

dia duduk dekat Kedah. tapi sekali kalau dia visit Klate and datang rumah, aktiviti pertama yang kitorang buat ialah sumbatkan longkang dengan pasir. yelah, masa dulu tengok mak abah tanam bunga dalam pasu, and then kitorang nak tiru lah kan. dah tade pasu, longkang yang berbentuk U pun boleh. comelkan kitorang dulu? muahaha.

and then, masa aku akhir tahun darjah dua, kitorang satu family pindah ke LoqStaq [read: Alor Setar, Kedah]. kalau nak lari dari exam, silakan berpindah randah. sebabnya, aku tak ambil exam akhir tahun oke. dekat sekolah lama, exam tak start lagi, tapi dekat sekolah baru, exam dah habis. kan selamat dari exam? :D

kesan dari berpindah tu, lagi lah rapat sangat. her family is the one and only family belah abah yang ade dekat Kedah. so, every sebulan sekali mesti jumpa dia. kadang kadang, dia menetap di rumah aku. kadang kadang, aku menetap di rumah dia. memang masing masing saling mencalas bantal busuk :D

start dari form 1, dia duduk dekat rumah aku sebab rumah aku 200m je dari sekolah. dekat je oke sekolah aku. naik basikal 1 minit pun dah sampai. kes kena lintas jalan bagai, dari 1 minit jadi 5 minit. tapi, walaupun rumah-sekolah dekat, mak abah still hantar ambik pagi petang. nak buat cane, takut kulit putih bertukar jadi hitam. [read: sunburn] haha. rumah dia dekat jitra. so dalam 30 minit gituu dari jitra ke sekolah.

sampai form 3 kitorang duduk sekali, walaupun masa form 3 tu aku dah pindah jitra jugak. tapi memandangkan compare rumah aku dengan rumah dia, jarak rumah-sekolah lagi dekat dari rumah aku, so dia stay rumah aku la. haha. detail tak cerita aku nii? :D so, segala rahsia, segala masalah, segala suka duka penat letih, nak taknak kena bersama lah. aku jahat sikit masa form 1 sampai form 3. suka buli dia. suka buat jahat kat dia.

bila sampai sekolah, kitorang tak tegur sangat sebab kelas lain. just akan jumpa bila nak balik sebab nak tunggu mak kitorang akan melepak di tempat yang sama kitorang duduk hari hari sambil gosip "ape jadi dalam kelas harini". tapi bila ingat balik, aku rasa masa kat sekolah tu, jarang lah aku buat baik dekat dia. my dear cousin, i'm sorry T_T

lepas PMR, bila dah buat keputusan nak pindah, aku pun sedih la. satu, nak tinggalkan sekolah dan kawan kawan aku yang takberapa nak betol. dua, aku kena duduk asrama. tiga, aku dah takboleh melepak dan menggedik dengan sepupu aku. so, aku cerita kat dia pasal aku kena pindah, dan dia pun babai babai aku gaya halau. haha.

adelah sekali masa chat dengan dia, dia tanya aku, "anah, awak bawak ape ea nak masuk sekolah tu?". aku pun jawab lah "bawak diri sendiri, bawak baju, bawak baldi, bawak sabun, bawak duit". pelik jugak kenapa tanya gaya macam dia nak tolong belikan semua stuff tu kan. tapi masa tu malas fikir, pasal sedih kena masuk asrama.

pastu, bila hari pendaftaran, mana terkejut pun tengok dia ada kat situ. alasan dia "idah nak hantar anah masuk sekolah". oke, punyalah sweet. lepas habis segala taklimat maklumat tu, masa nak daftar, dia beratur sekali sambil pegang borang daftar daftar tu. lepas fikir fikir, baru aku dapat grab. ceyh! tak senonoh punya cousin. kau cakap jelah kau masuk sekolah tu jugak, ini mengaku kata nak hantar aku konon. buat penat aku terharu je -_-

jadinya, kami pun sekolah lah di situ lagi dan duduk di asrama yang dorm sekali dan dalam kelas yang sama. yang pasti, untuk 3 tahun kami berpenat lelah dekat sekolah tu. conclusion is, six years we had been together facing everything together. rahsia dia dan aku, sedih dia dan aku, gembira dia dan aku, semuanya dalam poket dia dan aku.

kalau nak tahu rahsia aku, bolehlah culik dia :D
dan sekarang, dah tiba masa untuk bawak haluan masing masing. isk isk isk. dia dah pun masuk universiti mengejar impian. uwaaa. semoga berjaya dunia akhirat, idah. sayang idah muchuk muchuk.

sedih oke, sedih. oh yes, kitorang memang cakap "anah-awak, idah-awak". memang ramai yang cakap "guna hang-aku takboleh ke?". sukahati lah kan. asalkan kitorang comel sentiasa. ahahaha. 6 years kot kitorang membesar dari ambang remaja sampailah ambang dewasa.

all this long, aku belajar untuk menghargai orang yang sentiasa berada di sisi. bayangkan, when they're gone, only the memories remain. dan memori yang bermain takmungkin sama dengan dia yang berada depan mata dan saat bersama mencipta memori.

dah rindu dia sangat sangat T_T

dia sebelum masuk U asyik mention 'nak kawen' je. so, kalau berkenan or ade abang or adik or sedara or kawan yang sesuai, silalah hubungi saya di talian 013@%#$&*! telefon tau. hihi

Sunday, May 4, 2014

courage #2


my awesome friend give me this sayings lepas aku having a bad time.

whatever life gives you,
even it hurts you,
just be strong,
and act as if you are okey.

strong walls may shake,
but they never fall down.

deep kan? thanks to my dear buddy, nurulhuda :D

the university

standard lah lepas SPM, merata riti cari universiti mana nak masuk atau mula mencari hala tuju.

dan sebagai salah seorang dari ribuan bekas calon SPM 2013, aku pun melalui benda benda ni semua. and you know what, sangatlah tension bagi orang yang taknampak lagi apa yang dia nak dalam hidup dia, macam aku nihh haa. a lot of advices from people arounds, but not every single advice suit me well tau.

so memang rasa hari hari nak stress, serabut seserabut akar pokok, tension setension tension nya -_-

i got a few offers. taktau lah nak kata amazing ke dak. ahak. but so far, Alhamdulillah lah kan dapat, sebabnya, tak semua orang dapat macam yang kita dapat. however, mostly semuanya diploma. yeah, diploma. adelah satu ijazah dan satu matrik dan satu Malaysia *erkk tetibe.

aku nak cerita pasal program ijazah tu. yeay! program tu sangat interesting but under IPTS and it is a twinning program 2+2. macam awesome je kan. buat yang taktahu program twinning tu ape, program ni 2 tahun dekat Malaysia dan 2 tahun luar negara. sebab tu 2+2, bukan dia guna istilah ni sebab nak bagi nampak macho ke ape. dalam kes ni, aku dapat Malaysia+Yarmouk. kos? nih yang seronok nak cerita. Ekonomi dan Perbankan Islam. wohoo~

mak abah menggalakkan aku untuk pilih program ni la. untuk budak yang dulu science stream, dan tetibe duduk tak duduk nak masuk aliran ekonomi, ini pelik oke. walaupun mak cakap ramai yang buat sebab dah penat belajar ape tu 'bahan kimia' dan 'bagaimana fenomena ni terjadi ikut fizik' pilih jalan 'mari mengira duit bersama ketahui ekonomi kita', and mostly successful dengan warna terbang tinggi ke awan [read:flying colours].

the problem is, aku tak minat ekonomi. donno why. maybe sebab mak abah dulu dua dua science stream. ape kaitannya dengan aku? mestilah berkaitan. aku anak mak abah. haha. tapi seriyes lah. memang aku rasa seram yang pelik bila memikirkan yang aku akan belajar ekonomi. grrr~ takot tak boleh bawak. dahla dapat pinjaman kan. kalau tak study betol betol, rosak nanti.

dan sedikit susah bagi aku nak belajar ape yang kita tak minat. sebab susah nak cari motivation. ehhe, boleh faham tak perasaan tu?

lepas istikharah dan bincang, secara taklangsung memang aku takterima tawaran tu. eventhough i feel bad for my parents, but what can i do? mak cakap "mak taknak lah awak pegi sebab mak suruh, tapi awak tak mampu. this is your choice and your life. mak boleh nasihat dengan tolong sikit sikit je. mak hidup pun taklama." sedih oke, sedih!!

and for my abah, i know he loves me so much, and he does care for me and everything. just bear with it and be strong lah kan. ape yang aku tau, mak abah nak aku duduk dalam suasana yang elok. maybe pada mata pandangan diorang, aku still tak kuat nak hadapi arus yang mana berbeza dari apa yang aku lalui masa sekolah dulu.

apapun, nothing I ever wanted except for HIM to bless everything I will do and everything I did. semoga Allah redha.
amiin, inshaAllah.

mak paling semangat bila aku nak masuk U.
mak semangat beli baju, buku dan segala benda, macam mak yang nak masuk U.
padahal aku yang sebenarnya bakal masuk U, otak menerawang merata, fikir apa nak buat nanti.
parah =="

Saturday, May 3, 2014

whatever


you are a good friend. I know.
you are an awesome listener. I realize.
you are a wise advisor. I appreciate.
you are very caring. I'm touched.

but you know, the difference and distance between us, day after day, my heart sings the melancholy rhymes. without any good reasons, I'm getting afraid of the days went on. sometimes, when this heart feels the pain, your presence is what I'm hoping for and seeking for your understanding.

but I have to accept. all I can do is pray for you. praying for Him to give you every happiness in this dunya and after life. praying for you to be successful in your life. praying for Him to bless every single good thing you did. my hope is for you to be the great person and help to cure our distressed ummah well.

arghh. tak reti bermadah.
senang cerita aku sedih :( merepek ape taktau =="

Thursday, May 1, 2014

think good


berbaik sangka is a habit yang tak semua orang boleh buat. kadang kadang, bila kita cuba nak bersangka baik, ade je kan suara suara yang membisikkan dan meragukan sangkaan kita yang dah dibaikkan. kadang kadang, bila dah bersangka baik, ade je kejadian yang memaksa untuk buruk sangka.

susah memang susah. tapi bak kata mak yang selalu bagi dorongan, 'kalau nakkan syurga, memang kena bersusah payah. kalau nak masuk neraka, goyang kaki pun dah boleh masuk'. yup. syurga itu dikelilingi dengan kesusahan. ape ingat nak benda best best boleh dapat dengan bersenang lenang? nak rumah besar pun kena kerja siang malam sampai hidung dah tak larat berdarah tau.

apa perasaan anda kalau ade orang yang bersangka buruk dekat anda?? macam diorang tengok anda sebagai seorang yang suka mencuri padahal gula gula seposen pun takpernah diseludup masuk poket. sedih kan? so do orang lain yang kita selalu buruk sangkakan macam macam dekat diorang.

kalau anda dulu seorang yang macam ni:
"eh, kau tau si A tu cakap nak kawin awal kot!"
"eh?? seriyes? dia tu memang gedik nak mampos~ memang patut lah kawin awal! kau tau kan yang dia tu.. *gosip gosip*..."

berubahlah jadi macam ni:
"eh, si A tu cakap nak kawin awal kot!"
"eh yeke? baguslah kawin awal. boleh cegah maksiat :D"

see the difference? budak darjah satu pun boleh menilai mana yang lebih baik. aha. dulu masa form 2 atau form 3 camtu, aku selalu jugak dengar cerita pasal orang, so kadang kadang tu adelah masuk cerita pasal kawan abang aku kan. malas nak fikir lebih lebih, aku tanyalah abang aku terus. ehe, jawapan abang aku masa tu sangat epik. "aku taknak makan daging." lepas jawab camtu terus dia blah.

berkerut dahi aku oke dapat jawapan camtu. jenoh berfikir, sepuluh minit camtu baru senyum sebab baru faham maksud dia. malu sendiri. rasa macam takmau menghadap muka abang aku. kiki. satulah, kalau kawan kawan anda tengah cerita cerita pasal orang lain, pastikan dengan penuh lemah lembut ye pesan "takbaik lah cakap pasal orang. kesian kat orang tu. hahaha".

ataupun cakap lah apepun asalkan tak mengguriskan hati orang yang bercakap. kita berpesan biar dengan hikmah. ni tak, dengan nada yang takboleh blah nye cakap, "haa mengumpat mengumpat! macam kau bagus sangat. sedap makan daging manusia??!". kalau aku jadi orang yang bercerita pun rasa nak lempang tau orang cakap camtu.

and the most important thing, bersangka baik dengan Allah. mak aku selalu pesan, "no matter what, bersangka baik pada Dia". masyarakat sekarang, kalau jadi ape ape je, selalu salahkan takdir. aku suka kata kata ni, "because He knows what is good for you".

fikir kejap jom.
anda nak sangat sangat iPhone 5S. pastu, anda pun mulalah simpan duit nak beli iPhone. tapi, bila dah sampai hari anda nak beli, adelah halangan yang menghalang. ouh well, anda tak mengalah. cuba lagi dan lagi. still takboleh beli. anda tahu, kalau Allah dah takdirkan untuk anda macam tu, macam tu lah jadinya. tak kira apa jua yang kita buat. kalau dah ditakdirkan bukan milik kita, memang takkan jadi milik kita.

tapi tak bermakna Dia benci. hakikatnya Dia sayang. walaupun anda sengsara takdapat ikut kehendak anda, tapi Dia takmahu anda lebih sengsara kalau anda ikut kehendak anda. faham kan? macam tulah cara nak bersangka baik dengan Allah. Dia sediakan yang lebih baik untuk anda.

sebab Allah lebih memahami dan mengetahui segala baik dan buruk untuk hamba hambanya. Allahu Rabbi :'D

peringatan untuk diri sendiri TT_TT