wohooo~ seronok kan tengok ada entry baru lepas dah lama
bukak asyik hambar je. ramai yang meroyan suruh aku update belog, ada yang
menangis, ada yang sampai stress suruh aku update haha oke aku gurau je. manade
sampai camtu pun. sumpah aku malas tambah tak sempat. nak kata busy takde lah
busy yang amat sangat pun. biasa-biasa je. so kesimpulannya, lebih kepada malas
nak update. malas tu macam-macam. malas bukak laptop, malas nak taip, malas nak
mengarang dan segala macam malas yang tak patut dicontohi. okey uols?
so this time aku nak cerita pasal S.T.R.A.N.G.E.R. stail kan? panjang pulak tuuu hihi.
alang alang tengah rajin ni, biarkan je panjang panjang. idea mencurah woii. selamat
membaca.
maka tersebut lah sebuah kisah~
satu hari dalam bulan ramadhan, aku balik rumah dari
sekolah. dah la driving about setengah jam dekat jalan yang ramai pemandu
pemandu yang drive merapu meraban, tengah puasa pulak. to make it worst, cuaca
haritu a little bit panas dari biasa. nak hujan mungkin. kesimpulannya nak
cakap balik dari sekolah dalam keadaan penat. tu je. punyalah kemain describe
pepanjang hihi. then, masuk rumah nampak mak dekat ruang tamu. letak beg dalam
bilik pastu keluar lepak dengan mak. aku kalau dah masuk bilik alamatnya memang
seharian lah tak jumpa mak. memang pengsan tu dah takde istilah sedar semula.
to make it safe, baik aku duduk dengan mak dulu. nak pengsan pengsan, kejap
lagi. apepun better berbasa basi, sembang sembang, cerita cerita dan gelak
gelak dengan mak dulu.
tengah sembang sembang tu mak pun bagitau, “awak, hari
selasa sebelum raya nanti ada dua orang kampuchea datang rumah. diorang akan
duduk dan tinggal sini dalam 3 minggu camtu”. okey, siapa yang tak terkejut dengar
mak cakap camtu. jantung ni bagaikan terhenti berdegup seketika. acewahh hahaha
.“kenapa diorang datang, mak?”. bunyi macam samseng je soalan yang ditanya atau
lebih tepat lagi, bunyi macam tak rela kohkohkoh. mak pun jawab “diorang datang
nak kerja. orang susah. budak budak kolej, kesian nak belajar tade duit. bila
cuti sem ni, diorang nak kerja, cari duit bayar yuran kolej.” sayu pulak hati.
pertanyaan yang pertama dah terjawab. sekarang persoalan
yang kedua pulak. “diorang duduk bilik mana, mak?”. good question kan? mestilah
soalan tu wajib di tanya. dan jawapan yang aku dapat pun boleh tahan good nya.
“sorang duduk dalam bilik awak, sorang duduk dalam bilik abang awak sebab yang datang
ni sorang lelaki, sorang perempuan”. okey bilik aku. masa tu perasaan aku
berbelah bagi.
**selingan sikit. sebenarnya semua adik beradik aku ni hidup
asobiah sikit sebab semua ada bilik sendiri. tiga dah kawen kena ade bilik
sendiri la. takkan nak share pulak. even dah kawen, semua nak jadi anak manja
duduk dengan mak abah lagi. pastu selebihnya yang bujang. sebab tu aku ni dah
berapa tahun duduk bilik sengsorang. yelah, dah bujang duduk sorang lah kan
hahaha. oh ya, and kira kira setahun yang lepas, kakak aku hire sorang bibik
and bilik abang aku yang bujang tu kena jadi bilik bibik. besides abang aku kat
mesir, bilik pun tak berpenghuni. so bila abang aku balik cuti sem ni, bilik
adik aku kena bagi dekat dia sebab adik aku pun duduk asrama. jarang ada dekat
rumah. kalau bagi bilik aku memang bukak gelanggang silat lah. takmau aku
keluar, dah la dengan buku lagi, baju lagi. lagi pulak aku ni boleh kata
penghuni tetap rumah mak abah sebab kalau datang je rumah ni muka aku In shaa Allah wajib ada. faham tak? tak faham sudah. tak penting pun untuk dihadam.
hee~
di pendekkan cerita, bilik orang bujang ada dua sahaja. so
nak tak nak, memang kena terima diorang masuk bilik aku jugak. kalau tak, nak
duduk mana lagi kan? mak pun brainwash lah aku suruh aku letakkan diri aku
dalam situasi diorang, suruh terima. hati siapa yang tak berat? aku tak sekuat
dan sehebat golongan Ansar yang sangat berbesar hati terima golongan Muhajirin
masa penghijrahan zaman Rasulullah saw dulu. mungkin ni satu pentarbiyahan dari Allah untuk aku supaya aku belajar dan hayati sikap golongan ansar yang hebat tu.
biar sebati dalam jiwa. ibarat ayam kalau kena perap dengan rempah, sampai ke
tulang tulang boleh rasa rempah. haa cenggitu.
lagipun aku dah ada pengalaman gelap yang aku rasa nak je
aku tanam dalam tanah sampai ke kerak bumi atau lempar jauh jauh sampai dasar
laut. pengalaman gelap yang berkaitan orang luar datang kerja dekat rumah mak
abah. ada yang malas, ada yang buat kerja tapi macam tak buat kerja, ada yang
suka menjawab, ada yang kekurangan hasam dan macam macam. sampaikan rasa hati
ni dah tak larat nak pendam rasa sakit hati. hanya mampu bersabar dan buat buat
tak nampak atau pekakkan telinga. itu dalam rumah sendiri orang buat perangai.
taktau lah tempat mana lagi yang selamat dari orang macam ni.
esoknya, aku pegi sekolah meluahkan perasaan aku dekat kawan
baik aku yang duduk sebelah aku yang suka cakap banyak tu haha. tau tak,
jawapan dia untuk pujuk hati aku sangat deep.
dia kata:
“hang nak pegi sambung belajar oversea kan nanti? bayangkan
nanti kalau hang takmau susahkan parents hang, pastu hang nak cari duit. yelah
oversea punya kos sara hidup belum tentu kita mampu tanggung. pastu ada orang
yang sanggup ambik hang kerja kat rumah dia. tempat tinggal, makan minum
majikan hang yang tanggung. mesti hang bersyukur sangat kan? bila hang dah pegi
sana, anak-anak majikan hang tu tak suka hang. orang orang kat situ tak terima
hang. apa yang hang rasa? mesti hang sedih kan? camtu jugak kalau depa. hang
kena berkorban sikit. sikit ja, tak banyak pun. mana tau nanti orang akan
mudahkan hang sama macam hang mudahkan depa. sabar”.
tipu lah kalau kata kata dia langsung tak menyentapkan. it
brings my feet back to the ground. and Alhamdulillah, as the time passed,
diorang pun datang. MashaAllah diorang sangat baik. sangat bagus dan rajin.
sopan santun pulak tu. aku pulak yang jadi malu sebab fikir macam macam and
belum apa apa lagi dah ada fikiran tak elok pasal diorang. jahatnya aku. Astaghfirullahal’aziim.
the moral of the story, berbesar hatilah dan jangan takut
buat pengorbanan untuk orang lain. sebab bila kau korbankan sesuatu untuk
kebahagiaan orang tu sendiri, takde apa lagi yang kau rasa melainkan rasa
bahagia jugak. In shaa Allah aku sedang usaha, kau bila pulak? hehe samseng
terrr.
anyway, selamat hari raya aidilfitri :) andai aku ada buat
kau terasa atau terseksa dengan penulisan kanak kanak aku ni sama ada secara
langsung atau secara tak langsung, aku mintak maaf banyak banyak okey. maaf
zahir dan batin. ampunkanlah aku yeeee [nangis air mata bercucuran]
