Tuesday, March 25, 2014

the result

yeay, terjun !

Alhamdulillah.
akhirnya, setelah agak lama aku menyepi. taksangka, balik je malaysia, bertimbun bergunung benda nak kena settle. perghh. kalau balik bulan 6, taktahu lah ape jadi.

so, Alhamdulillah, setelah merentasi satu per tiga dunia, dengan izin Allah, mampu lagi aku menjejakkan kaki di tanah air tercinta. even dah nak dekat sebulan aku kat Malaysia, sukahati lah aku nak gitau pun :p

but, bermula hari pertama aku dekat Malaysia, bermacam macam berita dah aku dengar melibatkan tanah air sendiri. kemarau, hutan terbakar, jerebu ditambah pulak dengan berita MH370. ujian Allah untuk Malaysia. masyaAllah. jelas bahawa kita si hamba yang tak mampu melawan kudrat dan iradat Allah TT_TT

dah dah, jangan sedih sedih, kita masih perlu bergerak ke hadapan. yang masih bernyawa, kita ada perjuangan yang belum sampai ke titik penamatnya. selagi Islam tak kembali ke tempat asalnya, yakni disanjungi dan dijiwai, kita tak layak untuk berehat dan berputus asa, tau! ingat tu.

20 Mac 2014.
p/s: kemungkinan besar anda yang membaca akan rasa menyampah, sebab aku nak cerita pasal result SPM :D jadi, untuk peringatan dan kesihatan anda sendiri agar tak muntah muntah, boleh lah letak minyak angin or sediakan plastik banyak banyak. [ peringatan pun panjang berjela. buang masa je nak baca. nak baca nota kecik ni pun buang masa -_- ]

aku bangun dalam keadaan fikiran aku kosong. 'oke. hari ni Allah masih beri aku peluang untuk menghirup oksigen, Alhamdulillah'. lepastu, keluar bilik, kakak aku kata, 'eh eh, harini result SPM keluar'. eee kakak aku ni, kacau mood tenang orang betol. seriyes, muka aku memang muka orang buat donno, tapi jantung yang berdenyut ni tibe tibe nak berdenyut dengan pakej berdebar pulak.

takpasal pasal, sebab taktahan dengan debaran jantung yang bagi aku tak berapa nak selesa ni, aku pun menjerit lah kat dapur gamak macam orang kena minyak panas, padahal tengah basuh tangan je kat sinki. err, aku jerit untuk aku je dengar. satgi aku jerit dengan suara hyper sonic, satu kampung terbangun.

sampai lah breakfast, aku duduk dengan taktenteram dekat meja. abah aku pun agaknya boleh rasa aura taktenteram dari aku, so abah aku pun mula lah berbicara.

"awak jangan lah risau sangat dengan result awak. because, if u know that u had tried ur best, so why should u feel worried? eventhough result tak gempak sangat pun, takbermakna awak takberjaya. itu semua rezeki dari Allah. ade hikmah kenapa orang tu dapat banyak, orang tu dapat sikit. semua aturan Dia. banyak orang yang takberjaya masa SPM, tapi lepas tu, menara gading pun diorang conquer. bukan kejayaan dunia yang kita nak sekarang, tapi kejayaan akhirat tu. kejayaan yang hakiki di sisi Allah".

oke, rasa nak nangis. seriyes cakap, kalau ikutkan aku, aku tak kisah even result aku takhebat mana. sebab aku percaya kita masih punya harapan. okelah, mungkin kedengaran macam aku ni memandang enteng soal result, tapi yelah, macam ayah aku cakap, ketentuan Ilahi tak dapat kita duga kan?

mentaliti masyarakat zaman sekarang yang suka memandang orang yang dapat straight A's tu semua bijak bijak. dan yang dapat sikit tu, takbijak! sungguh tak adil untuk yang lain. pandang straight A's tuh bagaikan diorang punya harapan yang cerah, akan berjaya sampai bila bila. aku sungguh taksetuju. semua orang berlumba lumba untuk dapat A tu, bukan ilmu yang diorang belajar. sedih betul.

tapi akhirnya, bukan Allah pandang pun result SPM tu untuk masuk syurga. takut je, dalam sibuk mengejar A yang berlambak, tapi pada tu, kita gagal nak mengutip amalan biar sama sama berlambak. tak ke rugi? na'uzubillah.

back to ape yang aku kisah. aku kisahkan perasaan mak dan abah aku. yelah, mak abah semua nak anak anak dia berjaya. walaupun abah cakap, abah tak kisah, tapi aku kisah. pengorbanan yang mak abah buat masa aku struggle nak SPM, takkan penat lelah diorang aku nak bagi dengan result 1B 2C 3D 4E? rasa macam fool sangat je.

sampai je sekolah, semua orang yang aku salam, cakap tangan aku ketar dan sejuk. yes! i'm very nervous. taktahu kenapa. macam gegeh pun ade. even lepas dah tahu result, still nak ketar ketar, sejuk sejuk -_-

result aku? Alhamdulillah. tak banyak pun, tapi takdelah mengecewakan. boleh lah nak bagi mak abah menghela nafas lega :D aku pun lega. tahniah ye semua batch aku dekat sekolah :')

so now, jom berfikir sejenak.
nak ambik result sampai ketar ketar sejuk sejuk sampai beku. how about judgement day nanti? masa semua manusia berkumpul di padang Mahsyar untuk dinilai sama ada syurga atau neraka tempat kita? macam mana keadaan kita haritu ye??

TT_TT Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha illallah, Allahu Akbar.
semoga kita tergolong dalam hamba hambaNya yang soleh.

amiin.

Wednesday, March 5, 2014

cannot

난 상관 없어
gegeh je kan buat caption bahasa korea. jeles lah tuh :p

dalam melalui hari hari sepi, fikiran aku tiba tiba melayar ke lautan memori antara aku dengan mak abah aku. perasaan rindu yang menggunung ku pendam. membiarkan diri terus hanyut dalam arus ombak ingatan yang tak putus putus menerjang. ayat A+ doo.

ingat dulu dulu. kalau dah duduk asrama ni, biasalah kalau 2 minggu sekali mak abah datang jenguk. kalau rajin lagi, seminggu sekali. achewahh, padahal aku yang mintak mak abah datang kan. abaikan sifat gegeh aku. lagipun mak abah aku datang dengan rela. aku takpaksa oke. mak abah cakap, 'biarlah nak datang tengok anak sendiri. kat rumah pun ade mak abah je. tomi [kucing aku] pulak keje merayau'. sedih pulak dengar nye.

tapi tahun lepas, mak abah jarang datang jenguk. masing masing busy, kadang kadang kursus, kadang kadang pegi merantau, outstation, kenduri dan sebagainya. dan aku pulak balik sebulan sekali je. yelah, nak SPM lah katakan. so bila mak abah datang, wajib lebih dari dua jam sebab berlakunya sesi brainwash untuk si anak yang nak SPM tapi malas belajar.

and, aku teringat nasihat mak abah aku, yang membuatkan aku nak tergelak setiap kali aku cakap 'cannot a.k.a takboleh'.

bergelar calon SPM, memang sangat pack jadual harian kitorang. habis sekolah pukul 4.30. lepastu, ade kelas petang start pukul 5 atau 5.30 sampai pukul 7. lepastu, makan malam dan solat maghrib. pukul 8 atau 8.30 ade kelas pulak sampai 10.30 atau 11.

balik tu, kene berebut dengan budak budak nak iron baju. sebab waktu bila lagi yang ada nak iron baju? tapi masalahnye, asrama pulak ade peraturan, lepas pukul 11, iron dan semua lampu wajib ditutup kecuali pelajar PMR dan SPM, dibenarkan guna lampu sampai pukul 12 atau 1.

gila kan? ade jadual macam ni memang makan semua tenaga anda. so harapan 'balik je dari kelas malam, aku nak study' takkan ter-realisasi. yang realisasinya hanyalah pengembaraan untuk ke alam mimpi. memang penat. bila bangun pagi, rutin yang sama berulang. rasa lifeless tau.

bila mak abah datang jenguk, aku pun cerita lah masalah aku kat asrama. aku takboleh study, sebab takde masa. aku takboleh nak concentrate. aku takboleh study sebab mengantuk. aku takboleh study sebab peraturan asrama yang pelik. dan aku takboleh study sebab bla bla bla.

pastu, tau ape abah aku jawab?
"kalau dah semua takboleh, cuba awak korek lubang, masuk dalam tu, lepastu kambus. baru tahu ape sebenarnya 'takboleh'. takboleh makan, takboleh minum, takboleh nampak, takboleh bernafas, takboleh gerak. cuma satu je yang boleh, jumpa malaikat maut."

end. ganas kan abah aku bagi nasihat. yelah. bila ingat balik, semua tu alasan je. kita boleh buat sebenarnya. tapi, sebab suka sangat nak cari alasan bila rasa takmampu nak buat, jadi macam tu lah. semua takboleh sebab, takboleh sebab. memang persekitaran dan keadaan tak mengizinkan, tapi apa guna perkataan 'mencari penyelesaian' tu wujud kalau kita tak guna? betul tak.

so, aku pun usaha jugak nak study walaupun badan almost give up dengan arahan dari otak.
tension oo. sape kata seronok. habis berkedut muka aku. nasib baik ade orang orang yang memberi kekuatan dekat dengan aku, kalau tak, aku akan hapdet belog dari hospital TR je tau.

last words for today, aku nak kongsikan apa yang dikatakan Nabi Ya'akub AS kepada 10 anak lelakinya selepas Bunyamin ditahan dekat Mesir sebab konpirasi yang dibuat oleh Nabi Yusuf AS untuk bersama dengan saudara yang baginda sayang. dengar berita tu, Nabi Ya'akub AS sedih sangat sampai mata baginda bertukar jadi putih atau bahasa mudahnya, buta.

dan, Nabi Ya'akub AS pun suruh anak anak baginda cari Nabi Yusuf AS dengan Bunyamin. ape kata baginda? dinyatakan dalam surah Yusuf:

"(Nabi Yaakub) menjawab: 'sesungguhnya aku hanyalah mengadu kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah, apa yang kamu tidak ketahui. wahai anak anakku! pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. sesungguhnya, tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah melainkan kaum yang kafir." [12:86-87]

mengadu semua kesusahan dan dukacita hanya kepada Allah, dan jangan sekali kali berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah. dapat? ini manual yang Allah dah ajar untuk hamba hambanya apa yang kena buat bila susah, sedih, serabut, tension, despair dan sebagainya.

so, takde istilah takboleh a.k.a cannot dalam hidup.
roger that?

Monday, March 3, 2014

big noise



baru baru ni, aku gi petra. macam nak show off je kan. nyampah je.
bukan aku nak hebah lebih lebih pasal aku gi petra. tapi, aku nak cerita je, apa yang aku dapat kat sana. hey, pengembaraan memberikan kita pengajaran oke. Alhamdulillah, aku dapat kesempatan untuk belajar dari pengajaran :D

kat petra tuh, seriyes cakap taktipu, banyak sangat kuda, unta dengan himar (keldai). lembu je yang takde. sampaikan aroma udara pun sangat 'harum'. kiranya, ade hikmah lah kenapa hidung aku tersumbat hari tu.

dekat petra nih ade tinggalan gunung ganang yang dipahat jadi rumah. tau kan kisah Kaum Tsamud yang diutuskan kepada mereka Nabi Saleh AS untuk diberikan peringatan? macam mana Allah bagi kekuatan dekat diorang untuk pahat gunung ganang jadi rumah? tapi sebab kesombongan diorang sampaikan diorang bunuh unta betina yang merupakan mukjizat Nabi Saleh AS, Allah pun turunkan azab keatas diorang. rumah rumah diorang dihancurkan, tapi ditinggalkan sedikit untuk menjadi peringatan kepada manusia. masyaAllah.

hebat sangat. tengok sendiri lagi terpegun. macam mana batu batu yang keras boleh dibentuk jadi rumah. takboleh nak bayang keadaan masa zaman dulu yang mana tempat tu dulu ada manusia melakukan rutin harian. takboleh nak bayang kat situ ada tamadun.

tengah jalan jalan kat situ, tiba tiba ade seekor himar ni, menjerit jerit. 'hik-hok-hik-hok'. lebih kurang macam tuh lah bunyi nya. mungkin sebab dia marah kat himar seekor lagi kot. entah, aku pun taktahu. kuat sangat bunyinya. sampaikan bergema dekat laluan yang kitorang lalu tu.

semua orang yang lalu kat situ, semua pandang belakang tengok himar tu. femes himar tuh. aku pun jadi macam 'waaaa. suara dia'. kalau ada artis menyanyi kat situ, dengan himar tuh menjerit kat sebelah, orang akan tengok himar tuh lagi rasanya.

lepastu, kakak aku cakap "hmm. betullah, kan Allah dah cakap, seburuk buruk suara ialah suara himar". terpegun aku.

subhanallah. akhirnya, aku boleh dengar secara live suara himar. sebelum ni dengar masa tengok national geographic je. suara dia, nyaring sangat. membuatkan aku teringat pesan Luqmanul Hakim kepada anaknya yang dinyatakan dalam surah Luqman:

"dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata kata), sesungguhnya seburuk buruk suara ialah suara himar (keldai)". [31:19]

see, awal awal lagi Allah dah ingatkan hamba hambanya supaya rendahkan suara bila berkata kata. nih keje nak jerit jerit je. kalau nak tahu betapa taksedapnya suara himar, mungkin kene dengar sendiri. baru tahu, kenapa himar dijadikan perumpamaan dalam al-Quran sendiri.

masyaAllah, subhanallah.

day maker


satu pagi, aku bangun tersenyum sorang sorang. gaya macam orang takbetul dah kot.

just imagine, you wake someone up and then, out of nowhere that someone smiling at you. grrr, creepy. kalau aku, habis pasu bunga aku ketuk kepala orang tu, tapi itu takkan terjadi kalau aku sendiri yang bangun pagi, senyum sorang sorang.

tau, aku mimpi indah. aku mimpi jumpa sahabat lama aku yang aku sayang dan rindu setinggi gunung. woaa, rasa macam jumpa depan mata kot. yelah, sebelum ni aku usha gambar dia je. dah bangun tu, terus aku teringat kat dia. nak gosok gigi pun teringat dia. pastu nama dia aku sebut banyak kali. macam kisah cinta terlarang oke.

pastu, aku yang gedik ni bagitau la dia yang aku mimpi dia semalam, pastu dia pun cakap, 'because i miss you'. ewahh ayat. kalau laki cakap camni, mau terbang aku kebahagiaan. tapi ini perempuan oke. tiba tiba sayu pulak teringat kat dia. lamamamama sangat tak jumpa dia. almost 4 tahun kot TT_TT lepas form 3, pindah sekolah without a proper farewell. masing masing bagi mesej 'aku pindah sekolah' je.

akceli, night before, aku teringat sangat sangat kat dia. entah kenapa. gedik je feeling feeling buat teringat kat orang malam malam.

another story, aku scroll contacts kat wassep. saje tengok tengok, cari kerja nak dibuat walaupun aku tau tak berfaedah pun. and then, my fingers stopped at a very familiar name. uuu, bila tekan, history shows, last aku contact dengan dia is last year. rindu. tu yang aku rasa. hati membuak buak nak tegur dia. tapi takut ganggu pulak. yelah, kot dalam dewan lecture ke. satgi henpon vibrate vibrate, kan dah tak concentrate. takmau lah jadi punca kegagalan orang lain.

yang indah sangat, esoknya dia tegur aku. waaaa. sumpah rasa nak nangis. aku baru je teringat kat dia. so, we exchanged stories and wishing each other a bright future.

dan banyak je orang yang aku baru teringat, tiba tiba tegur aku. call aku. masuk mimpi aku. dan sebagainya.

the point is, aku sangat sangat terharu. why? because aku baru je teringat kat diorang, dan diorang pun datang. mungkin dalam bentuk yang berlainan. nih yang orang cakap, kemanisan dalam berukhuwwah. 'mungkin dia rasa apa yang aku rasa' that's what i think. membuatkan aku rasa lagi nak sayang kat diorang.

masyaAllah. hebatkan Dia dalam menghubungkan hati hati manusia ni.
so, hargailah sahabat anda. hargai setiap masa yang diluang bersama. sebab kita taktahu, bila hari terakhir kita boleh bersua. jangan jadi macam aku, dah terpisah baru nak rindu. sebelum berpisah takrindu pun. hoho.

and you, my friend. you are the best 'cause you make my day brighter. love you!
note to: ms. syahmi, huda, kiera feb, nisaa halif, idah yoyot and eberiwan.
sayang anda semua.

going home. again.

the clock show 3.45 am/pm


menghitung hari. untuk kali kedua.

semua sedia maklum kisah aku ditinggalkan kapal terbang. lepastu, ramai pulak yang tanya, 'bila nak balik lagi sekali?'. kejam kan ayat. perlu ke ade 'lagi sekali' tu? sungguh aku rasa terhina. hihi.

disebabkan itu lah, aku mengumpul segala kekuatan yang ada, untuk mengkhabarkan berita gembira ni. taktau lah berita gembira ke tak bagi sesetengah orang, tapi bagi aku berita nih sangat menggembirakan aku.

lepas beberapa masalah dah selesai, last last, aku dapat tiket 6 mac ni. alhamdulillah. yeay!
tapi sedih jugak sebenarnya. kakak aku dah rotation last untuk medic, dan schedule dia sangat pack. sebab tu jugak, sofiyyah takde orang nak jaga. sobsobsob TT_TT aku masih punya hati perut dan aku taksanggup nak tinggalkan budak comel macam tu.

tapi nak buat macam mana kan? seruan untuk aku pulang mungkin dah sampai. adik aku kene gi sekolah dooo. tiga bulan kot takpegi sekolah. even budak genius pun pegi sekolah oke. aku pulak, result SPM nak keluar dah. mana ketar lutut pun. jantung lagi lah tak luruh.

so, kena kuat lah. lagi 3 hari. so nak kene isi masa terluang ni dengan sofiyyah sebaiknya.
sob, nangis pulak.

Saturday, March 1, 2014

the conditions

scandal punya gambar.

perghh. ayat dalam gambar tu. scandal abes.
satgi ade lah tuh tertanya tanya "sape sape?'.
sepak kang. no such thing.
kalau ade pun, bijak sangatlah aku nak declare kat sini.

some of my friends dah punya keinginan nak kawen. aku pun takfaham kenapa. nak kata gedik tu, tak jugak. nak kata dah ade calon tu, mungkin jugak. nak kata dah teringin nak tamatkan zaman bujang, boleh jadi. aku pun taktahu mana satu.

sampaikan aku jugak jadi subjek utama dalam perbualan 'siapa-antara-kita-yang-akan-kawen-dulu'. nyotnyet, aku yang paling menyepi jugak jadi orang yang pertama yang di cop akan kawen dulu. ewahhh. aku amiin je. haha. diorang yang nak kawen, babitkan aku sekali. di manakah keadilan.

dah jadi macam tu, aku pun saje lah nak test diorang. aku tanya soalan 'kalau-tak-jawab-rugi' kat diorang. "apa kriteria yang korang nak ade kat bakal suami korang?". guess what, hundreds of answer aku dengar. pandai masak, rajin, baik tu mesti, kaya, pandai, bijak, suka budak budak, lawak, hensem tu mesti dan bla bla. aku pun tak sanggup dengar.

biasalah. orang perempuan selalu nak kejar yang paling sempurna. kawan aku awal awal lagi pesan kat aku, "kau cari yang hensem tau. baik tu memang lah kena. tapi hensem pun utama jugak". mau pengsan aku. nih wasiat ke ape ni?

hensem tu ramai. uncountable. tapi yang hensem dan baik tu macam satu dalam seribu je. jenuh lah. lagipun aku tak suka nak letakkan syarat lebih lebih dalam ape pun. ye lah, diri sendiri pun tak sempurna. cantik pun tak, ade hati nak yang hensem. aku cuma nak yang baik je. rajin pegi masjid. yang penting, punya agama. that's all. hensem tak hensem nombor dua.

demand nya aku ni. ouh well. kalau dah rasa cukup syarat tu, boleh lah tanya mak ayah aku, samada boleh tak nak pimpin tangan aku masuk syurga sekali. haha. terlebih gula lah pulak. nak muntah je baca.

point aku kat sini ialah, ramai je nak nak hensem, tapi perangainya hensem ke tidak? oke, takpayah tengok orang lagi, tengok diri sendiri. kita nih dah 'cantik' ke tidak?

mak aku pernah cakap: takpayah mimpi nak yang sempurna kalau kita nih pun 'cacat' lagi.
kalau dengar sendiri mak aku cakap, rasa macam nak jatuh terduduk tau.

peace.
ape motif post ni pun, taktau =="

sing - a - song

test test. wan tu tree.

bersiar siar kat youtube memang buang masa je kan kalau tengok video yang entah hape hape. fly away macam tu je masa yang terluang lagi terbuang.

aku nak cari video lain, but last last jumpa video lain. tapi aku bukan nak cite pasal video yang aku cari. aku nak cite pasal video yang aku jumpa. macam keling je kan ayat aku.

video yang aku jumpa tu video pasal kpopstar. buat yang taktahu ape tu kpopstar, ia satu program cari bakat nyanyi nyanyi lah dekat korea macam american idol, akademi fantasia dan bla bla. nama pun kpop kan. music paling sensasi abad ini.

yelah, aku tau bukan semua orang peminat tegar korea korea ni. kalau macam aku ni, boleh hidup lagi la kalau tak tengok korea ni. ceyh, macam bajet je kan. tapi hakikat ye brother and sister. tengok tu, tengok jugak. tapi takdelah over fanatik sampai pengsan berbuih buih mulut. aku waras lagi, inshaAllah.

aku bukan apa, malas nak layan cerita melayu. bukan nak khianat bangsa sendiri, tapi aku sedih la tengok orang melayu dedah aurat sana, dedah aurat sini. daripada aku tengok bagi diorang dosa, baik tak layan terus. lagipun jalan cerita semua sama je. bosan. aku tengok tv3 layan berita je. waktu lain, takpenah sekali aku singgah tv3 baikpun tv1 dan tv2. sorry sikit. tapi yang bermoral dan bagus tuh aku tengok la. aku tak sebelagak dan sesombong tuh oke.

back to kpopstar. suara diorang memang, perghhhhh~ sedap yang amat. patutlah kan music diorang memang sensasi sampai ke serata dunia. ni baru yang amatur nyanyi, sedap macam ape dah.

talent diorang memang kaw kaw. aku yang tengok pun macam takpercaya ada manusia punya talent sehebat tu. even juri diorang yang hebat jugak dalam bidang nyanyian ni sampai nampak macam takcaya je diorang boleh nyanyi sehebat tu. tapi seriyes cakap tak tipu, memang suara diorang sedap.

haishh. kasi aku lagha je tengok video camtu. berminit minit lalai. astaghfirullahal'azim.

negara korea hebat dalam entertainment. memang tak dinafikan. sebab tu ramai orang sampai boleh gila sebab korea dan kpop. tambah tambah pulak artis diorang good looking. hmph, mau tak pengsan remaja kita.

tapi berjayalah diorang buat pemuda pemudi nih lalai dari tanggungjawab diorang yang sebenar. sampaikan dah nak tergelincir dari landasan pun taksedar. ummat kita dah tenat. takkan kita sama sama nak ikut tenat?

tak. kita kena bangkit. kena lawan.
mintak dijauhkanlah dari perkara melalaikan.
seruan kat depan lebih penting untuk kita sahut daripada terus tido nak mimpi kpop.

huhu.