Wednesday, April 30, 2014

Rejab :D


Rejab is here :D takmampu nak gambarkan kesyukuran tu sebab still dapat opportunity untuk bertemu dengan bulan Rejab. Alhamdulillah. taksabar rasanya nak lalui hari hari yang Allah limpahkan rahmat berganda ganda. hari hari yang Allah bukakan pintu taubat seluas luasnya untuk hambaNya yang ingin bertaubat.

"ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'aban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan".

aminn ya Rabb. aku rasa nak nangis sangat sangat bila memikirkan yang sebelum sebelum ni, takpernah aku nak hargai peluang keemasan yang Allah bagi untuk bertemu Rejab, Sya'aban dan Ramadan. seolah olah, 'takpe, besok hidup lagi'. TT_TT astaghfirullahal'azim.

sebab tu jugak, jadikan bulan bulan yang penuh berkat ni sebagai satu peluang untuk kita dekatkan dan eratkan lagi hubungan dengan Allahu Akbar ^__^ sayangnya, orang yang dapat peluang ni tapi di sia siakan je. semoga kita semua tergolong dengan hamba hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

amiin.
Alhamdulillahi rabbil 'alamin.

taknak merapu banyak banyak. hihi.
puasa banyak banyak jom ^^
tingkatkan amalan semaksima mungkin. dan yang pasti, semoga kekal istiqamah. inshaAllah.

Monday, April 28, 2014

save 'em




aku suka topik entry kali ni. not that syok sendiri ke ape, but it is just COOL!!

hoyeah. aku asyik tulis entry merepek meraban je, sekali sekala kena jugak tulis benda yang serious. haha. bajet puii puii.

just imagine, one fine day, you were having fun on the peak of mountain himalaya with your mother and best friend, enjoying the breathtaking sceneries in a cold and chilly weather. out of blue, both of them got slipped and were about to fall down. fortunately, they barely hanging onto rock or branch or whatever. but only over time, because in any second, the rock or branch or whatever might break or loose or whatever.

then, you are in a situation ‘which one should i rescue first?’. that question is depend on you to decide. not me neither your teacher neither your secret admire. yourselves, only. so, which one between two you will rescue first? it is so hard to decide kan??

it takes a long time for me to figure it out. 

kalau ikut jawapan tak cerdik aku, you must find something inside your backpack like rope or anything [ yeah, orang yang hiking ni mesti bawak backpack and stuff ] then tied it to tree or anything firm. so, throw it to your bestfriend for her/him to grab and go save your mother.

ahaha. oke tak lawak pun.

well,  aku akan selamatkan the mother dulu. kenapa? let’s say your mother is way much older than your best friend, and if we compare the physical strength of their both, your best friend is much more stronger and will able to hang on much longer than your mom. get it? ade jugak saying, save someone who is closer to you.

**this is just a lame opinion from an ordinary person like me. if you guys have a better one, then go with it. no offense. peace :D

sebab tu, kita yang syabab ni kena ade stamina dan kekuatan yang luar biasa. bukan setakat berlari 50 meter dah semput bagai nak gila. masyarakat melayu sekarang tak tough. sangat! tak semua, tapi majoriti. kita dah selalu biasa dalam comfort zone, and when critical times come, we completely turn into a crybaby rather trying to solve the mystery. apakah ini?

when this happen, kita harapkan ade orang yang akan keluar memberi jalan penyelesaian?? sebab terlalu mengharapkan orang lain AKAN KELUAR DAN AKAN MEMBERI PENYELESAIAN, kita tak pernah nak keluar dari zon selesa untuk cari penyelesaian. dan bila orang yang selalu memberi penyelesaian dah takde/pergi/hilang, kita mula sesak nafas dan buntu.

sampai bila macam ni? sampai bila kita nak mengharap daripada menjadi orang yang diharapkan? sedih oke. semangat kita dah hilang. mana seronok pun oke kalau kita semangat nak buat itu ini tapi yang lain sedap duduk dalam selimut tidur sepuluh jam sehari. bila nak sedar??? bila nak bangun?? belum tahu, kena tunggu mimpi indah habis dulu. tapi kalau dunia realiti mula bertukar jadi mimpi ngeri, by that time, kita sendiri pun termangu mangu tak tahu nak buat ape sebab terlalu seronok dibuai mimpi sampai taktahu beza dengan realiti.

before that time comes, do wakes up and strengthen ourselves, mentally and physically. 

dan untuk cerita imaginasi tadi, it would be great if the mother and the best friend struggle their best to save themselves from falling down. because if they can hike till the mountain peak, why only by getting slipped could bring them down?? they can do it for sure, have faith.

#dunia sekarang, kalau iPhone dengan mak sendiri jatuh tangga, rela terjun dari puncak tangga sampai bawah semata mata nak ambik iPhone.
physco -__-

Thursday, April 24, 2014

door story


ini cerita merepek.
ini cerita merapu.
dah nama pun merepek.
dah pasti si story teller nya aku :D

#ahah, bijak tak aku buat pantun? muahaha. ehemm, kite seriyes oke, kite seriyes.

sehari sebelum birthday mak aku, abang aku dan isteri dia dan anak kecil dia balik kampung. means, balik rumah yang aku duduk dengan mak abah sekarang. hihi. sampai sekarang pun takbalik lagi. bila dia nak balik semula ke halaman rumah dia? jangan kata aku, dia pun taktahu lagi bila nak balik. nyett betol.

dah balik dengan anak kecil, mesti lah nak suasana yang aman damai dan sunyi sepi untuk si baby tido lena. however, untuk orang yang banyak cakap dan suka buat bising macam aku ni, kena duduk diam dan selalu kena "shushh! baby tido! mohon senyap!" memang rasa macam lifeless. tak lain tak bukan, rasa macam hidup dan tinggal dalam library.

tapi, selagi aku diberi anugerah untuk bersuara, selagi tulah rumah ni tak pernah nak ada suasana yang aman damai. kesian si kecil nusaibah, nak tido pun kena bawak lari ke bilik yang paling terpinggir semata mata nak lari dari aku yang hingaq ni untuk dia tido nyenyak.

yeah, but entry nih bukan nak cerita pasal 'aku-buat-bising-pastu-baby-bangun-nangis-dan-taknak-tido-dah!-dan-yeay!-baby-merajuk'. no way.

for the sake of his baby to sleep tight, si ayah sanggup buat ape saje. meredah lautan api, merentasi langit nan luas. selagi tak dilanda ribut dan badai, selagi tu takde istilah menyerah kalah. cewah, poyo je berfalsafah bagai. si ayahnya konfem konfem lah abang aku. but, aku ni suka cari gaduh, suka melawak tak cerdik, suka gelak kuat kuat dengan abang aku.

pokoknya, bila aku duduk dekat je dengan abang aku, kerja dia dalam meredah dan merentas dunia tu takkan terjadi. senang cerita, terkubur. nak buat cane, aku ni jarang jumpa dia. harapkan telegram dengan wassep mana sama dengan bersua. bajet sweet je, menyampah oke.

so, satu malam, disebabkan bilik yang dia duduk tu ade masalah teknikal sikit dan takbaik untuk si kecil nusaibah, dia pun kebas lah bilik adik aku yang bersebelahan dengan bilik aku. adik aku duduk asrama, and bilik tuh takde penghuni untuk sekian lama. pintu dia pun berkarat lah sikit pasal selalu tak bukak.

penjelasan sains mana aku guna ni? main aci hentam je. menangis Albert Einstein baca fakta sains aku. oleh sebab itu, engsel pintu tuh pun berkeriuk krekk krekk lah kebisingan. aku tension jugak mendengarnya. abang aku pun pusing lah satu rumah cari minyak yang orang selalu bubuh dekat engsel tu.

the problem is, minyak tu takde. disoal siasatnya mak abah tanya minyak tu mana. mengada je abang aku tu. macam biasa, aku selalu keluarkan idea bijak. 'letak jelah minyak masak. minyak nak kasi engsel gelincir je. no need minyak yang spesifik pun'. idea aku disokong hebat oleh mak tersayang.

tapi dia taknak, malas. macam sedap je aku cap orang malas. dia sendiri mengaku ye. 'alaa, nanti takut tangan berminyak'. hek eleh. eksyen kamen betol. sampai kan aku tengah sapu sapu marjerin kat roti pun dia datang bertenggek mintak teman dia gi kedai beli minyak untuk engsel pintu.

'takpayah. bazir je! nih ha, ambik marjerin nih sapu dekat pintu'. tau ape dia cakap? 'takpayah nak merapu lah. orang seriyes ni. kesian nunu (nusaibah) nak tido, pintu bising'. ewahh. manis bicara, indah tutur kata. sedap dia cakap aku merapu. 'oke fine. let's see what will happen if i put this thing to that door'.

aku pun dengan yakin ambik satu sudu kecik marjerin pegi kat pintu bilik adik aku dan terus sapu dekat engsel engsel yang riang menyanyi lagu sumbang. tak terkira banyaknya cap 'bongok' abang aku bagi dekat aku sepanjang proses menyapu marjerin dekat engsel pintu tu. takpe, kite sabar je oke.

lepas selamat engsel engsel tu disapu dengan marjerin, abang aku pun bukak tutup lah pintu tu. testing bagai. muka tu, sorok sikit mimik impressed boleh? ambik kau! dia gelak sekuat hati pasal pintu tu dah selamat dibisukan. 'bongoknya adik aku ni', macamtu lah cara dia ucap terima kasih dekat aku. seronok oke kena cap bongok.

the end of the story. so what kind of moral boleh dapat kat sini??
kalau pintu menyanyi lagu riang, sila letak marjerin. mujarab tau. akceli tu first time aku gi sapu marjerin dekat pintu. haha. macam tak cerdik je. tapi tak sangka hilang sungguh kriek kriuk sumbang si pintu.

Alhamdulillah, how genius i am :D

Monday, April 21, 2014

the dishes


masalah! ni no ni no ni no. kecemasan 999!! ade orang terbakar kat dapur sebab tak tahan api marah. oo saspen.

tahukah anda, dari sejak dulu kala lagi sampai dunia hari ini, orang perempuan takkan pernah lari daripada kerja membasuh. tak kira lah membasuh baju, membasuh rumah, membasuh otak (brainwash) dan yang paling penting sekali, membasuh pinggan. yea! ini serius. sumpah tak tipu.

habistu ape keje teruna atau gentleman nya?? bagi baju, bagi rumah, bagi otak dan bagi pinggan untuk diBASUH! harini aku menaip komputer dengan penuh emosi. jadi, awal awal aku mintak maaf andai tulisan aku bernada garang ataupun anda berasa takut and nak nangis bila baca entry kali ni.

MAKLUMAN: ini cerita benar. oleh itu, pihak penulis sangat berharap anda yang membaca dapat mengambil iktibar daripada kisah ini.

oke, lets get something straight. mungkin ade sesetengah yang tak boleh menerima statement yang baru aku nyatakan pasal orang laki ni kerjanya mewujudkan benda yang nak dibasuh. honestly, perempuan pun ade jugak. tapi bagi aku, mostly nya ialah keje lelaki! aku bengkek tak habis lagi ni, maaflah.

#kisah bermula. dan pastinya watak utamanya ialah aku.

once, aku baru habis je basuh segala mak pak nenak datuk kuali periuk pinggan mangkuk jag gelas cawan sudu garpu pisau. haa ambek kau. dalam sekali basuh. takyah cerita lah betapa jammed nya singki tu dengan segala harta karun yang berlumur dengan minyak. bukan nak brag aku rajin ke apa.

masalahnya, setengah jam kemudian, singki kembali penuh dengan pinggan. oke, takdelah penuh. dalam setengah singki gitu. masa tu aku rasa sangat nak menjerit dan letih. sape punya kerja?? rahsia. rasa macam nak tarik telinga si pelaku dan berleter laju laju. memang kena hantar sekolah belajar sivik balik rasanya.

satu, dahlah rajin makan pastu malas basuh.
dua, dah sedap buncitkan perut, buat muka takmalu hantar pinggan masuk singki dan lari.
tiga, bila suruh basuh, jawab "memang keje orang perempuan kan?"
empat, bila mak berleter kata singki penuh, si pelaku buat senyap macam taktahu ape ape.

nak kata takde sabun basuh pinggan, banyak lagi. sampaikan boleh nak mandikan 50 ekor gajah. nak kata takde tangan, sempurna je anugerah Allah bagi. nak kata alergik kat sabun, habistu yang mandi hari hari tu guna ape? nak kata takreti basuh pinggan, melampau sangat.

satu je yang mampu menjawab semua persoalan ni. MALAS. amboi. sedap badak lah macamtu. karang aku tade kat rumah, takkan nak suruh mak basuh pinggan? geram geram geram. anda! jangan malas malas basuh pinggan. jangan ade pun perangai tak senonoh ni! aku malas nak cakap panjang pasal nanti kata aku mengungkit pulak. free je pahala terbang.

but seriously, janganlah ade perangai camni. kita bahagia lah sebab lepas makan sedap, pinggan tinggal biar orang lain basuh. tapi masalahnya, menyusahkan orang tahu. kita yang tinggal pinggan biar penuh belana dalam singki, orang lain kena marah. heee, kalau aku jumpa orang camni, free je aku bagi lecture tau. takmau buat suami :p

lepasni mintak mak beli pinggan mangkuk periuk plastik je lah. makan dalam tu sudah.
malas lagi nak buang, taktahu lah nak buat cane lagi.

hantar zoo lah senang.

Saturday, April 12, 2014

diet



gedik kan title? haha. sejak aku balik dari jordan, kalau aku jumpa adik adik ribena dekat sekolah, ayat paling femes diorang sebut, “kak sanah makin tembam laaa. kak sanah makin chubby laa.” dushh dushh. rasa macam nak lari jauh jauh dari junior junior yang insurans mulut diorang ni bapak mahal nak mampus. dah lah sebut kuat kuat pulak tu. mana malu pun oke.


oleh sebab tu, keluar lah idea yang bernas dari akal anugerah Allah kepada aku yang lemah ni, get started to a new life with a healthy diet. achewahh, gegeh je. padahal bukan gemok gedempol sampai tak muat masuk pintu pun. masih slim ye.

yang tension sekali, bila time makan, orang tanya, “taknak makan ke?” pastu bila jawapan ‘no thanks. i’m on diet’ diberi, mula nak lekeh lekehkan orang pulak. “ececece, diet pulak dia. dah ‘kurus’ camni pun diet lagi”. oke, mocking. kalau tak diet pulak, bila makan banyak, cakap pulak “hoii hoii. kau makan ape banyak banyak. dah lah banyak kalori. nanti naik berat yang dah sedia berat”. maaflah, aku suka over sikit kalau bab bagi contoh ni.

kalau ade orang cakap camtu, jangan teragak agak untuk cakap dekat dia, “saya cuma menikmati rezeki yang Allah kurniakan pada saya je” dan jangan lupa senyum. biar ngilu sikit hati orang yang cakap camtu. ini pengajaran oke, aku belajar dari pengalaman sebab suatu ketika dulu aku pun tergolong dengan orang yang suka mocking orang diet. parah hati aku kot bila dapat jawapan camtu. sentap! terdiam sepuluh tahun tau. hihi

samalah pun macam situasi orang yang nak berubah. konon lah kita tegur si dia, “kau ni, keje balik lewat, tido lewat, bangun lewat, datang lewat. keje lewat je. cu awal sikit”. pastu si dia pun terdetik lah nak berubah. and then, satu hari, si dia paling awal. balik awal, tido awal, bangun awal, datang awal. haa, si dia la tu. tengok tengok kita pun cakap, “eh awal hari ni? mimpi ape semalam? ke terlanggar tiang lampu tepi rumah tu? aku tengok tiang tu bengkok semacam je”.

ape perasaan si dia agak agak? terguris? kecewa? kalau aku lah kan, hancur semangat yang gilang gemilang tu. yelah, dia nak berubah, pastu bila dah mulakan perubahan, dia dapat macam tu pulak. sedih kan. kalau dia buat jahat, kita pulak yang lebih lebih berleter pong pang pong pang. so, ape pilihan yang dia ade??

apa salahnya kalau kita bagi semangat yang boleh jadi pemangkin untuk dia terus istiqamah dalam perkara dan amalan yang mahmudah, solehah dan hasanah? ehek. nama sendiri pulak :3 takpun, diam je. lebih baik lagi kalau kita doakan dia.

sebab tu lah masyarakat kita nak berubah pun teragak agak sebab terlalu bimbangkan kemungkinan apa yang orang nak cakap. oke, mungkin tak semua. tapi majoriti. so, aku cadangkan, kalau ada orang sekeliling anda nak berubah atau sedang berubah, bolehlah anda jadi cheerleader bagi semangat dia berkobar kobar. mana tau, mungkin kita dapat jugak saham untuk ke syurga.

go, anda go :D

selamat berdiet untuk orang yang gegeh macam aku :)
*membantu tak?? hihi.

Sunday, April 6, 2014

le campin'



lama aku tak menghapdet belog. tulah. orang ade belog, kita pun gedik nak ade belog jugak, tapi malas nak hapdet. kalau belog ni boleh basi, rasanya sampai kutub utara/selatan pun boleh hidu betapa sedapnya bau belog aku ni. *mengarut punye intro =="

baru baru ni, aku ikut adik adik ribena sekolah aku pegi mukhayyam a.k.a camping. only this time, aku more to jadi cikgu pengiring bidan terjun 100 kaki dari puncak gunung. mukhayyam diorang tahun ni memang gempak, best dan luar biasa, bagi aku. bagi adik adik ribena tu aku taktau :D tapi, secaranya overall-nya, pada mata pandangan, rasa hati dan derapan kaki insan jakun macam aku ni, mukhayyam diorang sangat best.

gamak rasa macam rugi kalau aku kata 'aku takmau pegi' dekat muallimah yang susah payah call aku pujuk suruh pergi. sedikit kecewa sebab idea yang macam ni tak datang masa batch aku boleh join sama. uwaa. tapi nak buat cane, life moves on. kecewa sampai tunggang terbalik pun, masa tetap berlalu tanpa berpusing balik. ewaahh ayat aku :)

so, pengembaraan bermula dari sekolah ke shahab perdana dengan tiga bijik bas yang sekolah sediakan. masa ni memang rasa macam kitorang dalam tin sardin mega pasal bas untuk akhawat sebijik je, pastu akhawat pulak 60 orang jugak kalau campur tolak tambah darab bahagi dengan cikgu cikgu pengiring yang berkaliber lagi bergaya serta berkarisma macam aku ni.

berhimpit lah dalam tu. dah sampai shahab, aku dan anak anak buah beli aku tiket and ambik bas gi butterworth. lain dari bas tin sardin tu, bas yang kitorang naik memang selesa yang amat sebab seat dia duduk atas tu pun tenggelam mungkin. tambah luas pulak. lagipun, dalam bas ni ada tiga kumpulan yang bawah jagaan aku dengan dua cikgu lagi je. rasa macam dalam flight kot, versi runaway atas jalanraya yang banyak kereta :)

dah sampai station bas butterworth, rehat jap. makan makan dan qada hajat yang terpendam. lepastu, semua serbu jeti kes nak naik feri pegi penang. settle segala benda, selamatlah kami makan angin atas feri sambil tengok obor obor berenang dengan bahagia dalam laut. yang lagi menarik, lepas sampai penang, kitorang naik bas lagi. kali ni bas rapid penang pulak. ambik bas yang pegi ke teluk bahang sebab mukhayyam ni buat dekat taman negara penang.

lagi sekali, rasa macam dalam tin sardin mega. kali ni berhimpit dengan orang awam pulak. boleh bayang tak backpack orang nak gi camping berlungguk dalam bas dengan adik adik ribena dengan orang awam yang tak terhitung banyaknya dalam satu bas? itu kalah tin sardin tau. nasib ada ruang jugak, kalau tak melekat lah aku dekat tingkap bas rapid penang.

klimaksnya, bila dah sampai taman negara, kitorang kena hiking dengan jungle trekking selama satu jam setengah pulak. lepastu, baru sampai tapak perkhemahan. sape yang tak tough tu memang melepek tak ingat dunia lah jawabnya. tapi aku tabik triple spring lah adik adik ribena aku, sume tough tough. siap boleh gelak ketawa lagi even after bersusah payah dari pagi sampai petang. aku pun takpercaya yang aku mampu sampai sana.

aku malas nak cerita aktiviti yang diorang buat. seronok lah. tapi yang paling aku kenang sampai sekarang, masa nak hiking dengan trekking pergi teluk kampi. memang kalau silap langkah aku rasa boleh maut kot. trek dia memang curam securam curamnya. dengan keadaan trek yang kadang daki kadang turun tuh. Alhamdulillah kaki tak cramp. selamat sampai dengan sihat dan sempurna.

masa nak balik pun sama, cari pengangkutan sendiri. tapi Alhamdulillah, Allah mudahkan perjalanan kami :D

aku belajar banyak benda lah dari mukhayyam ni. betapa pentingnya stamina yang kuat dan badan yang sihat. masa nak mendaki tu, betapa minda yang positif sangat perlu memainkan peranan. kalau lemah, memang rasa nak putus asa je kot. dari sini jugak, aku belajar cane nak ambik transport awam kalau nak gi sane nak gi sini yang sebelum ni aku bukan kisah dan ambik tau pun. hihi.

patutlah kan mukhayyam termasuk dalam manhaj tarbiyyah. sebab nak didik kita berdikari. kan ade kan dalam 10 muwasofat tarbiyyah, mampu berdiri dengan sendiri atau bahasa mudahnya, berdikari. so, sape nak belajar berdikari, sangatlah digalakkan pergi camping.

survival oo :D