Monday, January 27, 2014
insomnia.
dulu dulu, aku selalu dengar orang kata, "wehh! aku takleh tido lahhh. insomnia."
aku pun macam "oh yeke? kesian kat kau." padahal aku bukan tau pun maksud insomnia tu. ye ye je aku ni pun. koman.
tapi sekarang, aku dah tak sekoman tuh la. maju sikit. tau dah maksud insomnia. muahahahahha. why am i getting proud over small matter? pfftt. tak rock langsung.
insomnia, atau sifir mudahnya, takboleh tido malam. it's kind of decease lah jugak. orang orang yang ada masalah dalaman macam masalah jiwa or trauma ni selalu la insomnia. Alhamdulillah lah aku selamat lagi setakat ni. tapi in future, na'uzubillah. aku takmau laaaaa. mahu lebam mata aku kalau tak tido. kalah mamat mamat sakai yang suka bergaduh kat luar nun.
tapi, yang paling tak boleh blah sekali, yang paling aku rasa macam nak pijak pijak je manusia manusia ni, bila aku tanya 'what's make you feel so troubled until you can't even fall asleep at night?', dan aku dapat jawapan yang lebih kurang-tak banyak-sama rata camni, 'kalau aku pejam mata, aku nampak bayangan ex gelfren/boifren aku lahh'. ewahhh, jawapan camni memang gaya mintak aku campak dalam gunung berapi. takpun lempar dalam sekawan kambing gurun biar ditanduk tanduknya.
tu bukan insomnia, tu gedik, mengada, senget. menyampah aku. rasa nak tumbuk tumbuk je biar reti sikit beza antara fantasi dengan realiti. kalau takboleh tido sebab pernah nampak orang terjun bangunan ke, pastu kepala dia pecah depan mata, kalau pejam mata nampak lagi bayangan tu, lain cerita lah kan.
kalau setakat nampak bayangan ex gelfren/boifren tu pun dah takboleh tido, konon 'my heart hurts so much' lah sangat, seandainya nampak orang terjun bangunan, jadi apa pulak? mati terus mungkin?? just wondering, even orang yang dah kahwin and kematian/ ditinggalkan suami or isteri pun, tadelah sampai insomnia. kalau ada pun, kes insomnianya tak seteruk kes insomnia yang ni.
aku malas nak kupas lebih lebih pasal ni. aku tak kisah lah nak insomnia ke hape kan, tapi gi kecoh habis dalam fb, twitter kata insomnia sebab tu je, aku rasa macam memalukan laaaa. aku yang tolong rasa malu. eeeeeee. tak malu ke? macam emo je kan, tapi aku malu tau! geram oo. macam nak ganyang sampai lumat.
aku tertanya tanya lah kan, baru break or ada masalah dengan boifren/gelfren pun dah insomnia. tapi kalau kita tahu yang Allah murka kat kita, adakah kita akan insomnia? macam tak je. tido lagi sedap, lagi lena sampai berdengkur dengkur meleleh leleh air liur basi setangki, ade lah kan?
eh, tak eh? baguslah.
teruskan mujahadah untuk menjadi hambaNya yang beriman dan bertaqwa.
have a nice day.
pen off.
