Monday, February 24, 2014

going home.


7 jam lagi. inshaAllah aku akan menuju ke Malaysia. berjalan kaki. eh eh, naik flight.
semoga Allah selamatkan perjalanan kami. dah la travel dua orang je kan. aku dengan adik aku. bajet heroin pulak.

nak tinggalkan Jordan, ape perasaan aku. tu soalan common manusia sekeliling tanya. sampai aku boleh tulis skrip nak jawab soalan ni. hafal skrip ni je nak jawab. jangan main main tau dengan jawapan aku. standard A+.

seronok, sebab nak balik 'walaupun negara sendiri hujan batu, hujan batu tu yang terbaik'. sedih, sebab nak tinggalkan suasana indah dan luar biasa Jordan. nak nangis, sebab berjauhan dengan kecomelan Sofiyyah. berdebar, sebab taktahu apa yang aku bakal hadapi.
nervous, sebab tanggungjawab aku sebagai kakak untuk jaga adik aku sepanjang travel tergalas dekat bahu aku yang comel ni. kalau jadi apa apa kat adik aku, kan susah. tapi tu kira oke. kalau jadi kat aku? na'uzubillah. moga Allah mudahkan urusan.

dan macam macam lagi. teruk nauu kalau nak listkan kat sini. bazir sepuluh minit anda baca entry yang takde kaitan dengan hidup anda ni pun.

sekarang penyakit baru melanda, malas nak packing. gamaknye nak tunggu sampai sejam masa berlepas baru nak pack kot?

shuuh shuuh. kau tak diperlukan di sini sifat malas. mohon berhenti kerja. sila sila bungkus baju dan pergi jauh jauh. dah. setelah selesai menghalau, aku pun nak packing barang. sebelum ia datang kembali merayu. buahaha.

peace.