Monday, June 9, 2014
laii laii laii
finally, i got the feeling to update this crappy blog of mine. after a long time. Alhamdulillah.
kesian blog nih haa. dah macam tak bertuan dah. tersadai je. sedar tak sedar, nak hampir sebulan dah aku di bumi matrik penang nihh. tapi aku takmau lah cerita life aku kat sini. seriyes konfem panjang berlebar lebar.
cukuplah aku cakap yang semakin aku duduk sini, semakin terbakar kulit aku. nasib lah dah kena hari hari lalu bawah cahaya terik sang mentari. tapi so far, Alhamdulillah still survive. harapnya aku terus tabah dan kuat atas jalan ni. dan semoga tak berpaling dari Allah yang Esa.
tipulah kalau cakap tak rindu mak abah dengan family aku. warghh. home sweet home tak sama dengan hostel sweet hostel. tetibe datang sini nak gedik gedik rindu tommy. kucing kat sini semua agresif. bahana exposed to sunlight sangat kot. ape kaitan? haha. tapi kesian lah kucing kucing tu. terjelir jelir lidah kes dahaga. panas kot kat sini.
datang sini, aku bersyukur sangat. aku keluar dan nampak dan kenal pelbagai jenis kelompok manusia. dan sebab tu lah, aku bersyukur sangat, hidayah yang Allah bagi kat aku ni, taksemua orang sama merasa. keluarga yang ade fikrah islami, tak semua orang ada. masyaAllah.
tak kisah lah kekayaan yang berlimpah ruah sekalipun dalam genggaman, tapi kalau semua tuh kita tak panjatkan kesyukuran kepada Allah, tak bernilai ape pun.
oke dahlah. ni pun curi masa lapang je nak update. inshaAllah, aku update lagi dengan isu yang lagi best mungkin. hahaha, bajet jerr~
kbai. blok asrama aku hujung sekali, bilik aku atas sekali dan hujung sekali. can u imagine that?? dan jarak tak membuatkan aku makin kurus, tapi membuatkan aku lagi nak makan sebab tenaga dah banyak guna naik turun tangga. heh, gemok je =="
