Wednesday, December 10, 2014

ghost


Peringatan: jangan buat apa yang bakal dinyatakan. itu sahaja. sekian dan selamat membaca.

:D

kau tahu tak, sejak dua menjak bila teknologi makin canggih ni, memacam lah idea prank orang dicipta. aku taktau lah samada aku sorang je yang kena prank atau aku sorang je yang takbuat benda benda pranky camni.

bayangkan, tengah tengah seronok main henpon pastu tetiba bunyi notification wassep. bila bukak, ada gambar yang kelam lagi takde apa apa pun dalam tu serta satu mesej berbunyi: "what do you see in the picture? click it to see better". aku pun tanpa apa apa persediaan bukak lah gambar tu. kau tahu ape yang keluar?

gambar hantu yang mata terbeliak, muka hudoh, lidah terjelir dan rambut serabai. jadi satu kerja pulak aku nak terjerit terlolong tengok henfon. jantung pun dupdapdupdap je kes terkejut. kalau ikutkan rasa takut, nak je aku baling henpon dalam sungai takpun tanam dekat belakang rumah.

masalahnya bukan sekali kena, banyak kali pulak tu. motif sama tapi lain lain versi. ada sekali tu, dah say goodnight sweet dream, dah get ready dalam selimut tunggu mata nak terlelap, tetiba bunyi notification lagi. bukak bukak, ha ambik kau, mata aku lagi luas terbeliak dari mata hantu tu. jadi kerja pulak kan nak takut takutkan orang.

kalau gambar tu boleh tahan lagi. tapi kalau yang hantar video ni lagi lah rasa nak tikam je orang yang hantar tu. dia kata "dengarlah, sedap kot orang ni main piano". aku tekan play, memang lah orang tu main piano tapi bila kita dah focus tu tetiba keluar muka hantu tengah mengilai. lagi, ade yang bagi audio "awak... awak... kenapa taktido lagi.. bla3.." pastu diakhiri perempuan mengilai.

ikutkan hati nak je aku pelangkung sape yang buat kerja camni. baling kerusi meja baru kau tahu. bazir kuota orang nak download je. so i promise to myself, lepasni kalau dia suruh bukak ke dengar ke aku takkan bukak. biarlah terperap sejuta tahun dalam henpon, yang pasti aku takkan bukak. sebab, aku sayang jantung aku.

bagi orang terkejut ni bahaya okay. sekali terkejut, sakit jantung pastu passed away cemana? huuu takmau la. naudzubillah. benda camtu pun dibuat main. gamak dah takde ape nak main kot bila teknologi dah canggih ni. hahaha.

hello ekskius mi. aku bukan penakut. tapi aku taksuka tengok benda benda camtu. benda yang berbeza okey. memang lah benda camtu wujud, tapi daripada nak terpikir pasal benda tu ada ke tak dalam bilik kau, tengah tengok kau ke tak, baik kau pikir, dah baca ayat kursi belum before tido. kan better.

and to those yang suka bagi benda ngokngek camtu, sebelum kau tekan send, baik kau pikir dulu, berapa banyak kalimah takbaik orang akan sebut hadiah untuk kau. why must interrupt keamanan jantung orang lain? so takpaham.

and so entah hape hape :p