Thursday, February 6, 2014

courage #1




aku suka kata kata ni.

janganlah berputus asa 
kerana sifat sedemikian
bukanlah akhlak muslimin.

waktu masih panjang,
tanamkan keazaman seteguhnya
meskipun kerosakan bermaharajalela
kerana yang lemah tidak selamanya lemah,
dan yang kuat tidak selamanya kuat.

[IHAB]

dont dream if u dont dare


menggeliat untuk kali ke seribu tiga ratus dua puluh empat kali. *melampau nauu

aku cuma terfikir sedikit hari ni.

flashback#
pada suatu hari yang cerah dan sejuk, seperti biasa, aku hadiri kelas bahasa aku. seminit lagi nak cukup sejam setengah, which means, kelas akan tamat. yeahuuu! errr, teruknya. pastu, mudarrisah cakap, "homework anda untuk kelas yang akan datang ini ialah karangan yang bertajuk ' apa cita-cita anda dan di mana anda bercadang untuk sambung belajar'. buat satu muka penuh ye". oke, baru nak bersorak surai, takjadi pulak. pastu angguk angguk, sengih sengih je.

and then sekarang, aku baru nak bersengkang mata terhegeh hegeh buat homework. ceyh, sempat lagi hapdet belog. melampau sungguh. gaya macam 'pelajar cemerlang buat karangan 5 minit, siap semua' je kan? silakan sepak aku bagi berpijak dibumi yang nyata ni sikit. masalahnya, aku nak tulis apa pun taktau. rasa macam takde cita cita je. nangis nangis.

baru aku tau, sebelum ni, aku cuma bermimpi je. sebelum ni, aku cuma tau, aku nak jadi sekian sekian. nak sambung belajar dekat sekian sekian. tapi effort aku mencukupi ke untuk sekian sekian aku tu? keinginan je melangit, usaha menyembah bumi. wekk wekk. nangis sebaldi. nak tulis karangan apa ni haa?!

yang buat aku terfikir kan kan kan. kita ni semua nak masuk syurga kan? siap terbayang bayang keindahan keindahan, haruman haruman dan segalanya. but, adakah semua yang kita buat melayakkan kita untuk masuk syurga? adakah dengan mempunyai keinginan, kita dapat semua? sedangkan dosa keep on masuk akaun. sedangkan perintah Allah masih teragak agak agak nak buat, dalam keadaan semua larangan Allah dibuat dengan macho lagi bergayanya.

sedihnya.
bila dunia lebih penting dari akhirat, inilah dia. lalai dan leka.
yang tau, cuma bermimpi je. kudrat dan jihad langsung takde.
shuuhh, shuuhh. jauhlah kau dan aku dari sifat buruk ni.
 #muhasabah.

dah, nak buat karangan.
takmaulah esok nganga je tengok mudarrisah.

Monday, February 3, 2014

yuhoo. this way


gahhh. aucakk aucakk. *gile hape?

setelah sekian lama aku berada di bumi Jordan ini, akhirnya, sudah err, bukan sudah, hampir. hampir tiba masanya untuk aku pulang ke tanah air tercinta tersayang terindu dan segala ter-ter lagi.

masa duduk sini dulu, kemain gedik nak balik. tapi sekarang, bila dah almost sampai masa nak balik, rasa berbelah seratus juta bagi, sekali nak balik, sekali taknak balik. rasa sayang pulak. sampaikan mak aku suruh syura dulu dengan kakak aku untuk masalah kepulangan aku ni. gedik kan? layak dapat seratus das peluru untuk orang gedik macam aku ni.

aku bukan ape, kesian dekat sofiyyah, si budak kecik berumur 7 bulan yang baru reti merangkak dan dah pandai cakap 'babababa, mamamamama'. bukan aku je kesian, semua orang kesian. kalau satu dunia tahu kisah sofiyyah nih, mesti laku semua produk tisu sebab kesiankan dia. sampaikan mak aku yang rindu dengan aku ni pun, sanggup menahan rindu suruh aku stay lagi sampai bulan 4, jaga sofiyyah. macam over sikit, tapi itu hakikat.

aku taknak la cite kisah sofiyyah kat sini. karang kang habis sekotak tisu. tak ke rugi?

aku cuma dalam dilema. either, should i go back or not. aku tension syura dengan kakak aku ni bukan sebab ape, bila dia cakap "okelah, kalau camtu balik jelah ye?", aku oke je lah kan dah dia cakap gitu. takkan nak bukak gelanggang debat bahaskan pasal ni pulak. sesaat lepas tu, dia cakap pulak "tapi kesian dekat sofiyyah. siapa nak jaga dia? nanti dia kena stay dekat hadhanah [nursery] sampai pukul lima", oke ini psikologi.rasa macam nak rendam kepala dalam besen.

so, apa patut aku buat?? dilema.
haiiii, wajib istikharah dah ni.
#end of merapu