Sunday, December 6, 2015

Trip to Turkiye

hi assalamualaikum.
konon kan lepas stpm nak update banyak-banyak. sekadar cerita dongeng je janji janji aku tu. maaflah ye. nak buat cane. kemalasan tepu dalam diri. aku tau kalau aku cakap aku tade masa nampak sangat aku ni penipu besar. lagipun lampu idea aku tak menyala. takboleh nak salahkan malas je. tapi, takpe, sebagai tanda kemaafan aku, aku nak share pasal trip aku pegi Turkiye. yeahuuuu. berseronoklah ye wahai pembaca-pembaca sekalian. 

[warning: aku pegi Turkiye dalam 9 hari macamtu. jadi adalah mustahil untuk aku cerita apa yang jadi dalam 9 hari tu. kang tak pasal jadi diari travelog yang panjang berjela jela. so, aku cerita secara roughly je la eh. jangan sedih tau cerita tak detail. haha]

kitorang pegi Turkiye masa end of autumn-early of winter. jadi cuaca macam sejuk sikit tapi tak sejuk sangat. sila faham kan ayat keling ni haha. oh sebelum tu, trip ni kitorang pegi ramai ramai. dalam 24 orang camtu. ada makcik, pakcik dan sepupu sepapat aku. seangkatan keluarga. basically, this is a family trip. ada beberapa tempat je around Turkiye yang kitorang pegi. kalau nak pegi semua, 9 hari tak cukup. perlukan sebulan lebih camtu atau lebih untuk habis jelajah Turkiye sebab it is a veeeeeeeeeery biiiiiiig coooooountry. 2 minggu pun tak cukup untuk habis jelajah Istanbul u know. tinggalan sejarah kat sini sangat lah banyak.

dari Istanbul – Bursa – Kusadasi – Selcuk – Pamukkale – Konya – Cappadocia/Nevsehir – Safranbolu – Istanbul. 9 tempat je kitorang pergi. tapi jarak dia punya lah jauh. contohnya dari Konya ke Cappadocia ambik masa sehari perjalanan. kiranya kitorang duduk je lah bertapa dalam bas tu satu hari semata mata nak pegi Cappadocia. ahaha.

aku rasa aku tak mampu nak cerita semua tempat yang aku pergi. maklumlah aku ni bukan nya pakar dalam bab mengarang. lagipun kalau aku cerita, takut korang jeles je muahaha eh tadelah, takut tak mampu nak menzahirkan dengan sebetulnya apa yang ada dekat tempat tu. rasanya aku nak cerita on certain things je.yang memang betul betul tinggalkan kesan dalam diri aku. kesan tu dalam erti kata : kegembiraan, kekaguman dan ke’deep’an. ada ke words ke’deep’an??

dalam banyak banyak tempat yang aku pegi, satu tempat yang memang betul betul tinggalkan kesan dalam jiwa kecik aku ni; panorama museum, Istanbul. u know, kau masuk sana akan nampak 3D painting dekat satu kubah yang ada gambaran masa penaklukan kota constantinople oleh Sultan Mehmet II Fetih. dalam tu, diorang pasang background music yang ada bunyi bunyi masa perang macam bunyi kuda, bunyi pedang, bunyi bom dan sebagainya. siap hias surrounding kubah tu dengan anak panah, meriam, barrels dan sebagainya. seolah olah terasa macam kita dekat tengah tengah medan perang. boleh faham tak perasaan tu? aku ingat lagi makcik aku cakap apa lepas pegi panorama museum: “uiii dasyat ekk. rasa macam nak pegi berperang je”. hahaha tapi betul lah apa makcik aku cakap. memang rasa macam nak pegi perang. so aku suggest siapa siapa yang lemah semangat, boleh la pegi sana. naikkan semangat balik. setiap kali lemah semangat, setiap kali tu pegi Panorama Museum. hahaha. tambah tambah lagi sepanjang perjalanan nak keluar dari Panorama Museum tu, ada information boards yang cerita dari awal sampai habis perjalanan masa penaklukan Kota Constantinople. sangat jelas kat situ betapa hebatnya kepimpinan Sultan Mehmet II. oh ya, dia digelar sebagai Fetih yang bermaksud The Conqueror, penakluk. sebab dia berjaya bukak Kota Constantinople yang memang susah untuk ditakluk. lagi, masa pusing pusing Istanbul, kita akan nampak tembok tembok Kota Constantinople dulu. all well preserved. 

ni replika Panorama Museum tu. lebih kurang macam ni la yang real dia.
second tempat, dekat Safranbolu. kat sini, kebanyakan rumah adalah rumah rumah sejak zaman Uthmaniyah. tempat ni dapat pengiktirafan UNESCO sebagai The World Heritage. so, kalau naik dekat tempat tinggi, akan nampak pemandangan rumah rumah yang warna putih dengan seni bina yang sama merata tempat. rasa macam terbayang bayang kita hidup masa zaman tu. seriyes tak tipu. siap ada serombong asap lagi. memang rasa macam duduk kat zaman zaman dulu.

scenery dekat Safranbolu. nampak tak rumah rumah tuu :)
dua tempat ni memang kena pegi kalau korang pegi Turkiye. seriyes cakap tak tipu. a must go! tempat lain macam Bursa, Pamukkale, Cappadocia dengan Kusadasi, scenery kat situ memang sangat breathtaking. memang cantik sangat, subhanallah. setiap tempat ada keistimewaan tersendiri. dekat Pamukkale ada tekstil centre. jadi, kalau nak cari baju ke sarung bantal ke cadar ke selimut ke apa ke boleh la pegi Pamukkale. meanwhile, dekat Cappadocia ada Carpet Centre. segala jenis karpet ada. and aku baru tahu satu benda, karpet kalau lagi lama usia dia lagi mahal harga dia sebab dikira antik. wohooo. jadi siapa yang ada nenek atau tokwan yang tinggal karpet kat rumah tu boleh la pegi gadai. mana tau boleh jadi jutawan haha.

hand-made carpet
kalau Konya dengan Selcuk tu ada tinggalan sejarah. dekat Selcuk pun ada Leather Outlet Centre, which is tempat baju atau beg atau tali pinggang atau beg duit yang dibuat dari kulit. kitorang siap pegi Fashion Show dia lagi haha. Istanbul basically ada dua dua. cantik dia ada, sejarah pun dia ada. hihi. anyway, kalau pergi Turkiye, pergi je semua tempat hoho.

so, dah taktau la nak cerita apa. sebab banyak sangat. rasa macam takmampu nak cerita. Makanan makanan yang tourist guide kami atur semua sedap sedap. basically kitorang banyak makan kofte (meatballs), kebab, ayam bakar dan sebagainya. kat Turkiye, makanan asasi diorang ialah roti. jadi, setiap kali nak mula makan, diorang akan serve sup dulu sebagai appetizers. 

sup yang dah tinggal separuh. haha. aku tangkap gambar sebab sup ni paling sedap dari sup sup lain hehe.
sup dia macam macam. lentil soup, tomato soup, mushroom soup dan sebagainya. sup ni dia akan serve dengan roti. kiranya, kitorang bila makan appetizers saja pun dah kenyang sebab sup diorang semua sedap kalau makan dengan roti. lepastu baru dia bawak masuk main course. tak kisah lah ayam ke daging ke. diorang bagi nasi untuk kita sejemput je. ayam atau daging tu yang lebih.

contoh main course. yang ni Kofte. dan nasi sejemput XD
kat sini, tandas dia semua bersih bersih, cantik and maju. seriyes cakap tak tipu. serata Turkiye kau pegi, mungkin ada dalam 10% je kot tandas yang kotor. tu pun setakat kotor sebab tanah and berbau sikit, tapi still boleh guna lagi. kalau malaysia, smpai hancur lebur mangkuk tandas. taktahu lah setel nature call ke atau baling bom dalam mangkuk jamban tu. tak kira lah laki ke perempuan. tapi yang pasti, kat sini semua bersih. and semua automatik. tekan butang, selesai masalah haha. tisu dia pakai sensor, singki dia pun sensor, ada setengah tu pintu pun sensor. kalau yang taktau nak guna tu memang tak keluar dah sebab ingatkan terkunci dalam tandas. boleh jadi jugak tourist guide kitorang pilih toilet yang bersih bersih je untuk kitorang pegi. takkan nak bawak pegi toilet kotor kan. rosak reputasi.

hmm. nak cerita apa lagi ek? bahasa dia? hahaha bahasa dia quite fascinating. bahasa yang kalau baca tak paham apa. bahasa yang kalau dengar lagi tak paham. pernah sekali tu kitorang jumpa signboard “Kuyu Kebabi”. pakcik aku pulak rabun and dia baca “kayu ke babi”. (maafkan aku, bukan niat nak mencarut) hahaha. memang tergelak satu bas. sepanjang kat Turkiye, kitorang just mintak tolong tourist guide je kalau ada apa apa. fortunately, dekat Istanbul, majoriti shopkeeper cakap english, yang cakap melayu pun ada haha. comel kot diorang cakap melayu.

obviously, cuaca masa bulan 11 dengan 12 dekat Turkiye is winter. so memang sejuk. tapi ada je saat ketika yang takperlu pun pakai jaket or scarf or glove. keluar jalan lenggang macam jalan kat Malaysia. tapi, masa hari ke 8 kat Turkiye which is masa tu dekat Istanbul, memang sejuk sangat. sampai lebam tangan, hidung pun merah. rasa macam nak bungkus muka dengan scarf. haha. pastu bila balik Malaysia terkipas kipas kepanasan.

so,  thats all lah kot. yes, i know this entry is quite boring. apa boleh buat. malas nak taip dan mengarang haha.

yang pasti, aku rasa nak pegi Turkiye lagi. uwaaa. rindu kot. seriyes rindu. takpelah. one fine day, in shaa Allah. pegi honeymoon ke muahahaha. ahh menggatal pulak.