Thursday, April 24, 2014
door story
ini cerita merepek.
ini cerita merapu.
dah nama pun merepek.
dah pasti si story teller nya aku :D
#ahah, bijak tak aku buat pantun? muahaha. ehemm, kite seriyes oke, kite seriyes.
sehari sebelum birthday mak aku, abang aku dan isteri dia dan anak kecil dia balik kampung. means, balik rumah yang aku duduk dengan mak abah sekarang. hihi. sampai sekarang pun takbalik lagi. bila dia nak balik semula ke halaman rumah dia? jangan kata aku, dia pun taktahu lagi bila nak balik. nyett betol.
dah balik dengan anak kecil, mesti lah nak suasana yang aman damai dan sunyi sepi untuk si baby tido lena. however, untuk orang yang banyak cakap dan suka buat bising macam aku ni, kena duduk diam dan selalu kena "shushh! baby tido! mohon senyap!" memang rasa macam lifeless. tak lain tak bukan, rasa macam hidup dan tinggal dalam library.
tapi, selagi aku diberi anugerah untuk bersuara, selagi tulah rumah ni tak pernah nak ada suasana yang aman damai. kesian si kecil nusaibah, nak tido pun kena bawak lari ke bilik yang paling terpinggir semata mata nak lari dari aku yang hingaq ni untuk dia tido nyenyak.
yeah, but entry nih bukan nak cerita pasal 'aku-buat-bising-pastu-baby-bangun-nangis-dan-taknak-tido-dah!-dan-yeay!-baby-merajuk'. no way.
for the sake of his baby to sleep tight, si ayah sanggup buat ape saje. meredah lautan api, merentasi langit nan luas. selagi tak dilanda ribut dan badai, selagi tu takde istilah menyerah kalah. cewah, poyo je berfalsafah bagai. si ayahnya konfem konfem lah abang aku. but, aku ni suka cari gaduh, suka melawak tak cerdik, suka gelak kuat kuat dengan abang aku.
pokoknya, bila aku duduk dekat je dengan abang aku, kerja dia dalam meredah dan merentas dunia tu takkan terjadi. senang cerita, terkubur. nak buat cane, aku ni jarang jumpa dia. harapkan telegram dengan wassep mana sama dengan bersua. bajet sweet je, menyampah oke.
so, satu malam, disebabkan bilik yang dia duduk tu ade masalah teknikal sikit dan takbaik untuk si kecil nusaibah, dia pun kebas lah bilik adik aku yang bersebelahan dengan bilik aku. adik aku duduk asrama, and bilik tuh takde penghuni untuk sekian lama. pintu dia pun berkarat lah sikit pasal selalu tak bukak.
penjelasan sains mana aku guna ni? main aci hentam je. menangis Albert Einstein baca fakta sains aku. oleh sebab itu, engsel pintu tuh pun berkeriuk krekk krekk lah kebisingan. aku tension jugak mendengarnya. abang aku pun pusing lah satu rumah cari minyak yang orang selalu bubuh dekat engsel tu.
the problem is, minyak tu takde. disoal siasatnya mak abah tanya minyak tu mana. mengada je abang aku tu. macam biasa, aku selalu keluarkan idea bijak. 'letak jelah minyak masak. minyak nak kasi engsel gelincir je. no need minyak yang spesifik pun'. idea aku disokong hebat oleh mak tersayang.
tapi dia taknak, malas. macam sedap je aku cap orang malas. dia sendiri mengaku ye. 'alaa, nanti takut tangan berminyak'. hek eleh. eksyen kamen betol. sampai kan aku tengah sapu sapu marjerin kat roti pun dia datang bertenggek mintak teman dia gi kedai beli minyak untuk engsel pintu.
'takpayah. bazir je! nih ha, ambik marjerin nih sapu dekat pintu'. tau ape dia cakap? 'takpayah nak merapu lah. orang seriyes ni. kesian nunu (nusaibah) nak tido, pintu bising'. ewahh. manis bicara, indah tutur kata. sedap dia cakap aku merapu. 'oke fine. let's see what will happen if i put this thing to that door'.
aku pun dengan yakin ambik satu sudu kecik marjerin pegi kat pintu bilik adik aku dan terus sapu dekat engsel engsel yang riang menyanyi lagu sumbang. tak terkira banyaknya cap 'bongok' abang aku bagi dekat aku sepanjang proses menyapu marjerin dekat engsel pintu tu. takpe, kite sabar je oke.
lepas selamat engsel engsel tu disapu dengan marjerin, abang aku pun bukak tutup lah pintu tu. testing bagai. muka tu, sorok sikit mimik impressed boleh? ambik kau! dia gelak sekuat hati pasal pintu tu dah selamat dibisukan. 'bongoknya adik aku ni', macamtu lah cara dia ucap terima kasih dekat aku. seronok oke kena cap bongok.
the end of the story. so what kind of moral boleh dapat kat sini??
kalau pintu menyanyi lagu riang, sila letak marjerin. mujarab tau. akceli tu first time aku gi sapu marjerin dekat pintu. haha. macam tak cerdik je. tapi tak sangka hilang sungguh kriek kriuk sumbang si pintu.
Alhamdulillah, how genius i am :D
