Sunday, April 6, 2014
le campin'
lama aku tak menghapdet belog. tulah. orang ade belog, kita pun gedik nak ade belog jugak, tapi malas nak hapdet. kalau belog ni boleh basi, rasanya sampai kutub utara/selatan pun boleh hidu betapa sedapnya bau belog aku ni. *mengarut punye intro =="
baru baru ni, aku ikut adik adik ribena sekolah aku pegi mukhayyam a.k.a camping. only this time, aku more to jadi cikgu pengiring bidan terjun 100 kaki dari puncak gunung. mukhayyam diorang tahun ni memang gempak, best dan luar biasa, bagi aku. bagi adik adik ribena tu aku taktau :D tapi, secaranya overall-nya, pada mata pandangan, rasa hati dan derapan kaki insan jakun macam aku ni, mukhayyam diorang sangat best.
gamak rasa macam rugi kalau aku kata 'aku takmau pegi' dekat muallimah yang susah payah call aku pujuk suruh pergi. sedikit kecewa sebab idea yang macam ni tak datang masa batch aku boleh join sama. uwaa. tapi nak buat cane, life moves on. kecewa sampai tunggang terbalik pun, masa tetap berlalu tanpa berpusing balik. ewaahh ayat aku :)
so, pengembaraan bermula dari sekolah ke shahab perdana dengan tiga bijik bas yang sekolah sediakan. masa ni memang rasa macam kitorang dalam tin sardin mega pasal bas untuk akhawat sebijik je, pastu akhawat pulak 60 orang jugak kalau campur tolak tambah darab bahagi dengan cikgu cikgu pengiring yang berkaliber lagi bergaya serta berkarisma macam aku ni.
berhimpit lah dalam tu. dah sampai shahab, aku dan anak anak buah beli aku tiket and ambik bas gi butterworth. lain dari bas tin sardin tu, bas yang kitorang naik memang selesa yang amat sebab seat dia duduk atas tu pun tenggelam mungkin. tambah luas pulak. lagipun, dalam bas ni ada tiga kumpulan yang bawah jagaan aku dengan dua cikgu lagi je. rasa macam dalam flight kot, versi runaway atas jalanraya yang banyak kereta :)
dah sampai station bas butterworth, rehat jap. makan makan dan qada hajat yang terpendam. lepastu, semua serbu jeti kes nak naik feri pegi penang. settle segala benda, selamatlah kami makan angin atas feri sambil tengok obor obor berenang dengan bahagia dalam laut. yang lagi menarik, lepas sampai penang, kitorang naik bas lagi. kali ni bas rapid penang pulak. ambik bas yang pegi ke teluk bahang sebab mukhayyam ni buat dekat taman negara penang.
lagi sekali, rasa macam dalam tin sardin mega. kali ni berhimpit dengan orang awam pulak. boleh bayang tak backpack orang nak gi camping berlungguk dalam bas dengan adik adik ribena dengan orang awam yang tak terhitung banyaknya dalam satu bas? itu kalah tin sardin tau. nasib ada ruang jugak, kalau tak melekat lah aku dekat tingkap bas rapid penang.
klimaksnya, bila dah sampai taman negara, kitorang kena hiking dengan jungle trekking selama satu jam setengah pulak. lepastu, baru sampai tapak perkhemahan. sape yang tak tough tu memang melepek tak ingat dunia lah jawabnya. tapi aku tabik triple spring lah adik adik ribena aku, sume tough tough. siap boleh gelak ketawa lagi even after bersusah payah dari pagi sampai petang. aku pun takpercaya yang aku mampu sampai sana.
aku malas nak cerita aktiviti yang diorang buat. seronok lah. tapi yang paling aku kenang sampai sekarang, masa nak hiking dengan trekking pergi teluk kampi. memang kalau silap langkah aku rasa boleh maut kot. trek dia memang curam securam curamnya. dengan keadaan trek yang kadang daki kadang turun tuh. Alhamdulillah kaki tak cramp. selamat sampai dengan sihat dan sempurna.
masa nak balik pun sama, cari pengangkutan sendiri. tapi Alhamdulillah, Allah mudahkan perjalanan kami :D
aku belajar banyak benda lah dari mukhayyam ni. betapa pentingnya stamina yang kuat dan badan yang sihat. masa nak mendaki tu, betapa minda yang positif sangat perlu memainkan peranan. kalau lemah, memang rasa nak putus asa je kot. dari sini jugak, aku belajar cane nak ambik transport awam kalau nak gi sane nak gi sini yang sebelum ni aku bukan kisah dan ambik tau pun. hihi.
patutlah kan mukhayyam termasuk dalam manhaj tarbiyyah. sebab nak didik kita berdikari. kan ade kan dalam 10 muwasofat tarbiyyah, mampu berdiri dengan sendiri atau bahasa mudahnya, berdikari. so, sape nak belajar berdikari, sangatlah digalakkan pergi camping.
survival oo :D
