Thursday, May 15, 2014

my desire

tak nampak kaitan gambar dengan title -_-"

aku selalu berdepan dengan keadaan yang mana dua insan yang tak sependapat dalam apa apa jua keadaan. dan ini sangat menyakitkan kepala, espesiali bila nak tenangkan dua dua insan yang tengah marak membara. paling geram bila takde ribut taufan meskipun angin menerjang ataupun ombak badai, tiba tiba sekali dengan kita yang innocent kena marah. amboi, raja mana yang bagi kau green light babitkan aku sekali? -==-"

kadang kadang tu bukan gaduh sebab 'cara negara Malaysia berdepan dengan krisis ekonomi' yang mana seorang pembangkang, seorang lagi kerajaan ke ape, tapi sebab 'aku suka warna ni, jadi semua orang kena suka warna ni jugak, faham?!'. kalau setakat baca ni pun dah geleng kepala sekali, agak agak aku yang dengar ape yang dibalahkan nak geleng kepala berapa kali?

jadi, aku malas oke nak dengar or gaduh sekaki or api apikan or ape sahaja yang berkenaan, so aku just nak bagi advices even aku sedar sebenarnya aku taklayak pun nak bagi dengan aku sendiri pun tak berapa berfungsi dengan baik. ayat macam aku ni mesin kenapa?? kena pandai faham lah. walaupun aku sendiri tak faham. haha. keje nak merapu je =="

oke. so, those people yang selalu bergaduh atas benda yang simple like 'chicken pie lagi sedap dari lamb pie oke!' sampai bukak gelanggang gusti, here some special words yang aku tak penah mention kat sape sape. untung lahh kau baca :p

you know what, eversince kita lahir ke dunia selepas 9 bulan dalam rahim ibu, Allah dah tetapkan segalanya tentang kita. and apparently, everyone have different colours. jadi, no wonder kalau kau nampak bunga taik ayam tu cantik, tapi A kata bunga tu macam taik ayam dan B cakap bunga tu, err, taksehebat bunga ros, because everyone have their own styles, opinions and feelings.

sebab tu orang cakap cantik tu subjektif. kalau kau kata orang Bangla tak hensem, ade je yang kata hensem oke. siap kawen dapat 5 orang anak lagi. satu, memang jodoh dia. dua, dah citarasa dia memang macam tu. kau bagi syarahan lima hari lima malam pun belum tentu dia ubah fikiran.

setakat nak gaduh pasal anda tak punya sefahaman, susah lah. nak senang, tubuhkan group 'geng suka purple' - 'geng suka lamb pie' - 'geng suka pakai baju kurung' - 'geng kuat tido berdengkur' then you will find everyone who have similarities like you. easy oke.

tahu tak, variousity in colours ni penting tau. bila adanya orang yang berbeza pandangan dan idea, akan lahirnya banyak cara penyelesaian masalah. so bertolak ansurlah. takkan setakat 'dia tak suka naik kereta kancil, tapi saya suka' pun nak sumpah dia sampai tujuh keturunan. be rasional oke. bila anda gaduh over small matter, orang lain tau jadi mangsa.

dan jadi mangsa bukanlah sesuatu yang menyeronokkan --" kawan aku cakap, "kalau semua nak rambut kerinting, habistu siapa yang nak rambut lurus?". means kat sini, biarlah dia suka ape, kita suka ape. jenoh lah kalau pegi kedai makan, order nasi goreng thai je semua. biarlah ikut citarasa masing masing kan.

bila setiap orang sukakan benda dan ade pendapat yang berbeza, banyak pilihan dalam hidup ni kan? kalau semua orang suka warna biru, habis satu dunia tak kira rumah ke baju ke kereta ke semua biru. eeee~ biarlah warna warni, baru lawa :D

jadi, selepas diteliti dengan mata hati dan fikiran, ade hikmahnya kenapa Allah jadikan setiap manusia itu berlainan dan berbeza. pastinya untuk saling melengkapi antara satu sama lain. dan sudah semestinya, manusia itu sebaik baik kejadian. kalau nak jadi khalifah, kena terima seadanya macam mana seseorang tu. kena akur lah bahawa tak semua orang macam kita, oke.

sekian sahaja nasihat macam budak budak dari aku.
kalau terkena batang hidung sendiri atau rasa macam aku perli ke, memang itu niat di hati. eh bukan, semoga ambil pedoman agar tak ulangi di kemudian hari. hehe.

aku pun macam tu jugak sebenarnya. suka gaduh over small matter. kadang kadang bukan ape pun, saje nak cari gaduh. espesiali kalau adik aku. lagi suka :D