Monday, November 16, 2015

please don't go




assalamualaikum and hi.
dalam entri kali ni, aku mohon sediakan sekotak tisu ditepi. tisu, tisu!!

a few days ago, masa tengah berfoya foya sebab dah habis exam, ada sorang kawan merangkap classmate aku bagitau yang ibu kepada sorang lagi classmate aku tengah tenat. sila fahamkan ayat keling ni haha. masa tu, rasa macam “what?! kenapa aku baru tau mak dia sakit?!” padahal dah lama kot mak dia sakit. rasa macam diri ni tak berguna langsung sebagai kawan. rasa macam nampak sangat aku ni tak ambik tau pasal kawan aku. dah la aku selalu sembang muhong and selalu kacau dia dekat sekolah. betapa teruknya boleh taktau yang mak dia tengah sakit. uwaaa.

then, semalam, kitorang dapat tahu kata mak dia dah kembali ke rahmatullah. innalillahi wainna ilaihi rajiuun. *semoga makcik ditempatkan bersama hamba hamba-nya yang solehah lagi beriman. amiin.

masa tu terus rasa sentap dan minda terus melayang memikirkan kawan aku tu. “asmaa!!” hati ku jerit jerit. achewahh. ye ye, nak kata aku dramatik pun kata je lah. aku redha. seriyes rasa sedih dan rasa macam nak lari pergi dekat asmaa, biar aku ada sekali dekat situ dengan dia nak galas rasa sedih sama sama. oh ya, kawan aku tu nama dia asmaa btw. dah la esok lusa tu asmaa exam. boleh bayangkan tak perasaan dia. huhu. semoga Allah berikan dia kekuatan.

dan harini, kitorang satu kelas dengan guru guru tercinta berkonvoi pergi rumah dia. betapa sayunya hati bila tengok muka kawan aku tu. mata bengkak, muka sembab. masa kitorang masuk tengok jenazah mak dia, rasa deep sangat. tak mampu nak gambarkan perasaan aku masa tu. mak dia nampak tenang, tersenyum manis, seolah olah nampak makcik macam hidup lagi. in shaa allah husnul khatimah. 

lepas tu kitorang cari asmaa. bila jumpa je dia, terus kitorang beramai ramai peluk dia. tapi dia tak nangis pun, cuma pandangan mata ja sayu sikit. gila kau kalau tak sedih. katanya;  “aku dah taklarat nangis. masa mak aku sakit lagi dah banyak kali aku nangis. harini air mata aku dah tak mampu keluar. dah kering.” betapa kuatnya dia. kitorang pulak yang over nak nangis bagai. lepastu dia cerita detik detik sebelum mak dia menghembuskan nafas yang terakhir. kitorang ni punyalah shuu shuu air mata turun, dia punya rilek je cerita dengan tak nangis langsung.

after that, solat jenazah. hero hero malaya sekolah aku semua solatkan jenazah makcik. bagus kan diorang huahuahua alhamdulillah. bukan setakat solat jenazah, sampai ke kubur diorang iring. lepas mak dia masuk van nak ke kubur, kitorang yang perempuan ni terus balik.

sampai rumah, terus aku pandang mak abah aku. betapa aku perlu bersyukur sebab Allah masih lagi bagi aku peluang untuk aku luangkan masa dengan mak abah. tapi, saat saat ekslusif yang allah bagi tu, adakah betul betul dihargai. ada mak abah pun kadang kadang buat jahat jugak. rasanya belum sampai tahap jadi penyejuk mata dan hati mak abah pun lagi. dah besar pun macam budak kecik lagi lagi. aduhaii.

jadi mulai harini, zahirkanlah kesyukuran tu bukan hanya sekadar sebut alhamdulillah, tetapi dengan tindakannya sekali. tindakan yang macam mana? hormat, sayang dan taat.

wuu. lepas balik dari ziarah tu, terus rasa insaf. sesungguhnya kematian itu pasti. satu kepastian yang tiada nanti nanti.