Sunday, December 6, 2015

Trip to Turkiye

hi assalamualaikum.
konon kan lepas stpm nak update banyak-banyak. sekadar cerita dongeng je janji janji aku tu. maaflah ye. nak buat cane. kemalasan tepu dalam diri. aku tau kalau aku cakap aku tade masa nampak sangat aku ni penipu besar. lagipun lampu idea aku tak menyala. takboleh nak salahkan malas je. tapi, takpe, sebagai tanda kemaafan aku, aku nak share pasal trip aku pegi Turkiye. yeahuuuu. berseronoklah ye wahai pembaca-pembaca sekalian. 

[warning: aku pegi Turkiye dalam 9 hari macamtu. jadi adalah mustahil untuk aku cerita apa yang jadi dalam 9 hari tu. kang tak pasal jadi diari travelog yang panjang berjela jela. so, aku cerita secara roughly je la eh. jangan sedih tau cerita tak detail. haha]

kitorang pegi Turkiye masa end of autumn-early of winter. jadi cuaca macam sejuk sikit tapi tak sejuk sangat. sila faham kan ayat keling ni haha. oh sebelum tu, trip ni kitorang pegi ramai ramai. dalam 24 orang camtu. ada makcik, pakcik dan sepupu sepapat aku. seangkatan keluarga. basically, this is a family trip. ada beberapa tempat je around Turkiye yang kitorang pegi. kalau nak pegi semua, 9 hari tak cukup. perlukan sebulan lebih camtu atau lebih untuk habis jelajah Turkiye sebab it is a veeeeeeeeeery biiiiiiig coooooountry. 2 minggu pun tak cukup untuk habis jelajah Istanbul u know. tinggalan sejarah kat sini sangat lah banyak.

dari Istanbul – Bursa – Kusadasi – Selcuk – Pamukkale – Konya – Cappadocia/Nevsehir – Safranbolu – Istanbul. 9 tempat je kitorang pergi. tapi jarak dia punya lah jauh. contohnya dari Konya ke Cappadocia ambik masa sehari perjalanan. kiranya kitorang duduk je lah bertapa dalam bas tu satu hari semata mata nak pegi Cappadocia. ahaha.

aku rasa aku tak mampu nak cerita semua tempat yang aku pergi. maklumlah aku ni bukan nya pakar dalam bab mengarang. lagipun kalau aku cerita, takut korang jeles je muahaha eh tadelah, takut tak mampu nak menzahirkan dengan sebetulnya apa yang ada dekat tempat tu. rasanya aku nak cerita on certain things je.yang memang betul betul tinggalkan kesan dalam diri aku. kesan tu dalam erti kata : kegembiraan, kekaguman dan ke’deep’an. ada ke words ke’deep’an??

dalam banyak banyak tempat yang aku pegi, satu tempat yang memang betul betul tinggalkan kesan dalam jiwa kecik aku ni; panorama museum, Istanbul. u know, kau masuk sana akan nampak 3D painting dekat satu kubah yang ada gambaran masa penaklukan kota constantinople oleh Sultan Mehmet II Fetih. dalam tu, diorang pasang background music yang ada bunyi bunyi masa perang macam bunyi kuda, bunyi pedang, bunyi bom dan sebagainya. siap hias surrounding kubah tu dengan anak panah, meriam, barrels dan sebagainya. seolah olah terasa macam kita dekat tengah tengah medan perang. boleh faham tak perasaan tu? aku ingat lagi makcik aku cakap apa lepas pegi panorama museum: “uiii dasyat ekk. rasa macam nak pegi berperang je”. hahaha tapi betul lah apa makcik aku cakap. memang rasa macam nak pegi perang. so aku suggest siapa siapa yang lemah semangat, boleh la pegi sana. naikkan semangat balik. setiap kali lemah semangat, setiap kali tu pegi Panorama Museum. hahaha. tambah tambah lagi sepanjang perjalanan nak keluar dari Panorama Museum tu, ada information boards yang cerita dari awal sampai habis perjalanan masa penaklukan Kota Constantinople. sangat jelas kat situ betapa hebatnya kepimpinan Sultan Mehmet II. oh ya, dia digelar sebagai Fetih yang bermaksud The Conqueror, penakluk. sebab dia berjaya bukak Kota Constantinople yang memang susah untuk ditakluk. lagi, masa pusing pusing Istanbul, kita akan nampak tembok tembok Kota Constantinople dulu. all well preserved. 

ni replika Panorama Museum tu. lebih kurang macam ni la yang real dia.
second tempat, dekat Safranbolu. kat sini, kebanyakan rumah adalah rumah rumah sejak zaman Uthmaniyah. tempat ni dapat pengiktirafan UNESCO sebagai The World Heritage. so, kalau naik dekat tempat tinggi, akan nampak pemandangan rumah rumah yang warna putih dengan seni bina yang sama merata tempat. rasa macam terbayang bayang kita hidup masa zaman tu. seriyes tak tipu. siap ada serombong asap lagi. memang rasa macam duduk kat zaman zaman dulu.

scenery dekat Safranbolu. nampak tak rumah rumah tuu :)
dua tempat ni memang kena pegi kalau korang pegi Turkiye. seriyes cakap tak tipu. a must go! tempat lain macam Bursa, Pamukkale, Cappadocia dengan Kusadasi, scenery kat situ memang sangat breathtaking. memang cantik sangat, subhanallah. setiap tempat ada keistimewaan tersendiri. dekat Pamukkale ada tekstil centre. jadi, kalau nak cari baju ke sarung bantal ke cadar ke selimut ke apa ke boleh la pegi Pamukkale. meanwhile, dekat Cappadocia ada Carpet Centre. segala jenis karpet ada. and aku baru tahu satu benda, karpet kalau lagi lama usia dia lagi mahal harga dia sebab dikira antik. wohooo. jadi siapa yang ada nenek atau tokwan yang tinggal karpet kat rumah tu boleh la pegi gadai. mana tau boleh jadi jutawan haha.

hand-made carpet
kalau Konya dengan Selcuk tu ada tinggalan sejarah. dekat Selcuk pun ada Leather Outlet Centre, which is tempat baju atau beg atau tali pinggang atau beg duit yang dibuat dari kulit. kitorang siap pegi Fashion Show dia lagi haha. Istanbul basically ada dua dua. cantik dia ada, sejarah pun dia ada. hihi. anyway, kalau pergi Turkiye, pergi je semua tempat hoho.

so, dah taktau la nak cerita apa. sebab banyak sangat. rasa macam takmampu nak cerita. Makanan makanan yang tourist guide kami atur semua sedap sedap. basically kitorang banyak makan kofte (meatballs), kebab, ayam bakar dan sebagainya. kat Turkiye, makanan asasi diorang ialah roti. jadi, setiap kali nak mula makan, diorang akan serve sup dulu sebagai appetizers. 

sup yang dah tinggal separuh. haha. aku tangkap gambar sebab sup ni paling sedap dari sup sup lain hehe.
sup dia macam macam. lentil soup, tomato soup, mushroom soup dan sebagainya. sup ni dia akan serve dengan roti. kiranya, kitorang bila makan appetizers saja pun dah kenyang sebab sup diorang semua sedap kalau makan dengan roti. lepastu baru dia bawak masuk main course. tak kisah lah ayam ke daging ke. diorang bagi nasi untuk kita sejemput je. ayam atau daging tu yang lebih.

contoh main course. yang ni Kofte. dan nasi sejemput XD
kat sini, tandas dia semua bersih bersih, cantik and maju. seriyes cakap tak tipu. serata Turkiye kau pegi, mungkin ada dalam 10% je kot tandas yang kotor. tu pun setakat kotor sebab tanah and berbau sikit, tapi still boleh guna lagi. kalau malaysia, smpai hancur lebur mangkuk tandas. taktahu lah setel nature call ke atau baling bom dalam mangkuk jamban tu. tak kira lah laki ke perempuan. tapi yang pasti, kat sini semua bersih. and semua automatik. tekan butang, selesai masalah haha. tisu dia pakai sensor, singki dia pun sensor, ada setengah tu pintu pun sensor. kalau yang taktau nak guna tu memang tak keluar dah sebab ingatkan terkunci dalam tandas. boleh jadi jugak tourist guide kitorang pilih toilet yang bersih bersih je untuk kitorang pegi. takkan nak bawak pegi toilet kotor kan. rosak reputasi.

hmm. nak cerita apa lagi ek? bahasa dia? hahaha bahasa dia quite fascinating. bahasa yang kalau baca tak paham apa. bahasa yang kalau dengar lagi tak paham. pernah sekali tu kitorang jumpa signboard “Kuyu Kebabi”. pakcik aku pulak rabun and dia baca “kayu ke babi”. (maafkan aku, bukan niat nak mencarut) hahaha. memang tergelak satu bas. sepanjang kat Turkiye, kitorang just mintak tolong tourist guide je kalau ada apa apa. fortunately, dekat Istanbul, majoriti shopkeeper cakap english, yang cakap melayu pun ada haha. comel kot diorang cakap melayu.

obviously, cuaca masa bulan 11 dengan 12 dekat Turkiye is winter. so memang sejuk. tapi ada je saat ketika yang takperlu pun pakai jaket or scarf or glove. keluar jalan lenggang macam jalan kat Malaysia. tapi, masa hari ke 8 kat Turkiye which is masa tu dekat Istanbul, memang sejuk sangat. sampai lebam tangan, hidung pun merah. rasa macam nak bungkus muka dengan scarf. haha. pastu bila balik Malaysia terkipas kipas kepanasan.

so,  thats all lah kot. yes, i know this entry is quite boring. apa boleh buat. malas nak taip dan mengarang haha.

yang pasti, aku rasa nak pegi Turkiye lagi. uwaaa. rindu kot. seriyes rindu. takpelah. one fine day, in shaa Allah. pegi honeymoon ke muahahaha. ahh menggatal pulak.

Monday, November 16, 2015

please don't go




assalamualaikum and hi.
dalam entri kali ni, aku mohon sediakan sekotak tisu ditepi. tisu, tisu!!

a few days ago, masa tengah berfoya foya sebab dah habis exam, ada sorang kawan merangkap classmate aku bagitau yang ibu kepada sorang lagi classmate aku tengah tenat. sila fahamkan ayat keling ni haha. masa tu, rasa macam “what?! kenapa aku baru tau mak dia sakit?!” padahal dah lama kot mak dia sakit. rasa macam diri ni tak berguna langsung sebagai kawan. rasa macam nampak sangat aku ni tak ambik tau pasal kawan aku. dah la aku selalu sembang muhong and selalu kacau dia dekat sekolah. betapa teruknya boleh taktau yang mak dia tengah sakit. uwaaa.

then, semalam, kitorang dapat tahu kata mak dia dah kembali ke rahmatullah. innalillahi wainna ilaihi rajiuun. *semoga makcik ditempatkan bersama hamba hamba-nya yang solehah lagi beriman. amiin.

masa tu terus rasa sentap dan minda terus melayang memikirkan kawan aku tu. “asmaa!!” hati ku jerit jerit. achewahh. ye ye, nak kata aku dramatik pun kata je lah. aku redha. seriyes rasa sedih dan rasa macam nak lari pergi dekat asmaa, biar aku ada sekali dekat situ dengan dia nak galas rasa sedih sama sama. oh ya, kawan aku tu nama dia asmaa btw. dah la esok lusa tu asmaa exam. boleh bayangkan tak perasaan dia. huhu. semoga Allah berikan dia kekuatan.

dan harini, kitorang satu kelas dengan guru guru tercinta berkonvoi pergi rumah dia. betapa sayunya hati bila tengok muka kawan aku tu. mata bengkak, muka sembab. masa kitorang masuk tengok jenazah mak dia, rasa deep sangat. tak mampu nak gambarkan perasaan aku masa tu. mak dia nampak tenang, tersenyum manis, seolah olah nampak makcik macam hidup lagi. in shaa allah husnul khatimah. 

lepas tu kitorang cari asmaa. bila jumpa je dia, terus kitorang beramai ramai peluk dia. tapi dia tak nangis pun, cuma pandangan mata ja sayu sikit. gila kau kalau tak sedih. katanya;  “aku dah taklarat nangis. masa mak aku sakit lagi dah banyak kali aku nangis. harini air mata aku dah tak mampu keluar. dah kering.” betapa kuatnya dia. kitorang pulak yang over nak nangis bagai. lepastu dia cerita detik detik sebelum mak dia menghembuskan nafas yang terakhir. kitorang ni punyalah shuu shuu air mata turun, dia punya rilek je cerita dengan tak nangis langsung.

after that, solat jenazah. hero hero malaya sekolah aku semua solatkan jenazah makcik. bagus kan diorang huahuahua alhamdulillah. bukan setakat solat jenazah, sampai ke kubur diorang iring. lepas mak dia masuk van nak ke kubur, kitorang yang perempuan ni terus balik.

sampai rumah, terus aku pandang mak abah aku. betapa aku perlu bersyukur sebab Allah masih lagi bagi aku peluang untuk aku luangkan masa dengan mak abah. tapi, saat saat ekslusif yang allah bagi tu, adakah betul betul dihargai. ada mak abah pun kadang kadang buat jahat jugak. rasanya belum sampai tahap jadi penyejuk mata dan hati mak abah pun lagi. dah besar pun macam budak kecik lagi lagi. aduhaii.

jadi mulai harini, zahirkanlah kesyukuran tu bukan hanya sekadar sebut alhamdulillah, tetapi dengan tindakannya sekali. tindakan yang macam mana? hormat, sayang dan taat.

wuu. lepas balik dari ziarah tu, terus rasa insaf. sesungguhnya kematian itu pasti. satu kepastian yang tiada nanti nanti.

Tuesday, November 10, 2015

Untitled


assalamualaikum and hi.
dah habis stpm ni mungkin la belog ni akan sentiasa ada entry baru haha yelah tu. takboleh dipercayai jugak aku ni pun. bila dah cuti 9 bulan ni aku taktau la apa akan jadi kat aku. 9 bulan setengah orang kata sekejap je. pejam celik pejam celik lambung lambung golek golek. tapi bagi aku yang berada di permulaan cuti ni, aku akan kata 9 bulan tu lamaaaaaaaaaa sangat. bak kata aku dan kawan kawan yang lain, kalau kawin mungkin dah dapat anak sorang kohkohkoh.

entah entah masa aku banyak habis untuk mereput dalam bilik je kot. jadi pembuka kilang menghasilkan peta dunia yang paling berjaya kat dunia haha. bagus. otak pun berkarat ==" aku ni pun makin besar jadi makin semua benda malas. sampaikan nak balas mesej orang pun malas. betapa teruknya kan. kiranya aku ni boleh la hidup zaman gua nunn. haha

so yeah. habislah cerita pasal aku. nanti nak pos banyak banyak. baca lah sampai muntah cerita cerita yang aku pendam selama berbulan-bulan ni ye :)

nantikanlah dengan hati yang tenang dan sabar.

Monday, July 20, 2015

Stranger



wohooo~ seronok kan tengok ada entry baru lepas dah lama bukak asyik hambar je. ramai yang meroyan suruh aku update belog, ada yang menangis, ada yang sampai stress suruh aku update haha oke aku gurau je. manade sampai camtu pun. sumpah aku malas tambah tak sempat. nak kata busy takde lah busy yang amat sangat pun. biasa-biasa je. so kesimpulannya, lebih kepada malas nak update. malas tu macam-macam. malas bukak laptop, malas nak taip, malas nak mengarang dan segala macam malas yang tak patut dicontohi. okey uols?

so this time aku nak cerita pasal S.T.R.A.N.G.E.R. stail kan? panjang pulak tuuu hihi. alang alang tengah rajin ni, biarkan je panjang panjang. idea mencurah woii. selamat membaca.

maka tersebut lah sebuah kisah~ 

satu hari dalam bulan ramadhan, aku balik rumah dari sekolah. dah la driving about setengah jam dekat jalan yang ramai pemandu pemandu yang drive merapu meraban, tengah puasa pulak. to make it worst, cuaca haritu a little bit panas dari biasa. nak hujan mungkin. kesimpulannya nak cakap balik dari sekolah dalam keadaan penat. tu je. punyalah kemain describe pepanjang hihi. then, masuk rumah nampak mak dekat ruang tamu. letak beg dalam bilik pastu keluar lepak dengan mak. aku kalau dah masuk bilik alamatnya memang seharian lah tak jumpa mak. memang pengsan tu dah takde istilah sedar semula. to make it safe, baik aku duduk dengan mak dulu. nak pengsan pengsan, kejap lagi. apepun better berbasa basi, sembang sembang, cerita cerita dan gelak gelak dengan mak dulu.

tengah sembang sembang tu mak pun bagitau, “awak, hari selasa sebelum raya nanti ada dua orang kampuchea datang rumah. diorang akan duduk dan tinggal sini dalam 3 minggu camtu”. okey, siapa yang tak terkejut dengar mak cakap camtu. jantung ni bagaikan terhenti berdegup seketika. acewahh hahaha .“kenapa diorang datang, mak?”. bunyi macam samseng je soalan yang ditanya atau lebih tepat lagi, bunyi macam tak rela kohkohkoh. mak pun jawab “diorang datang nak kerja. orang susah. budak budak kolej, kesian nak belajar tade duit. bila cuti sem ni, diorang nak kerja, cari duit bayar yuran kolej.” sayu pulak hati.

pertanyaan yang pertama dah terjawab. sekarang persoalan yang kedua pulak. “diorang duduk bilik mana, mak?”. good question kan? mestilah soalan tu wajib di tanya. dan jawapan yang aku dapat pun boleh tahan good nya. “sorang duduk dalam bilik awak, sorang duduk dalam bilik abang awak sebab yang datang ni sorang lelaki, sorang perempuan”. okey bilik aku. masa tu perasaan aku berbelah bagi. 

**selingan sikit. sebenarnya semua adik beradik aku ni hidup asobiah sikit sebab semua ada bilik sendiri. tiga dah kawen kena ade bilik sendiri la. takkan nak share pulak. even dah kawen, semua nak jadi anak manja duduk dengan mak abah lagi. pastu selebihnya yang bujang. sebab tu aku ni dah berapa tahun duduk bilik sengsorang. yelah, dah bujang duduk sorang lah kan hahaha. oh ya, and kira kira setahun yang lepas, kakak aku hire sorang bibik and bilik abang aku yang bujang tu kena jadi bilik bibik. besides abang aku kat mesir, bilik pun tak berpenghuni. so bila abang aku balik cuti sem ni, bilik adik aku kena bagi dekat dia sebab adik aku pun duduk asrama. jarang ada dekat rumah. kalau bagi bilik aku memang bukak gelanggang silat lah. takmau aku keluar, dah la dengan buku lagi, baju lagi. lagi pulak aku ni boleh kata penghuni tetap rumah mak abah sebab kalau datang je rumah ni muka aku In shaa Allah wajib ada. faham tak? tak faham sudah. tak penting pun untuk dihadam. hee~ 

di pendekkan cerita, bilik orang bujang ada dua sahaja. so nak tak nak, memang kena terima diorang masuk bilik aku jugak. kalau tak, nak duduk mana lagi kan? mak pun brainwash lah aku suruh aku letakkan diri aku dalam situasi diorang, suruh terima. hati siapa yang tak berat? aku tak sekuat dan sehebat golongan Ansar yang sangat berbesar hati terima golongan Muhajirin masa penghijrahan zaman Rasulullah saw dulu. mungkin ni satu pentarbiyahan dari Allah untuk aku supaya aku belajar dan hayati sikap golongan ansar yang hebat tu. biar sebati dalam jiwa. ibarat ayam kalau kena perap dengan rempah, sampai ke tulang tulang boleh rasa rempah. haa cenggitu.

lagipun aku dah ada pengalaman gelap yang aku rasa nak je aku tanam dalam tanah sampai ke kerak bumi atau lempar jauh jauh sampai dasar laut. pengalaman gelap yang berkaitan orang luar datang kerja dekat rumah mak abah. ada yang malas, ada yang buat kerja tapi macam tak buat kerja, ada yang suka menjawab, ada yang kekurangan hasam dan macam macam. sampaikan rasa hati ni dah tak larat nak pendam rasa sakit hati. hanya mampu bersabar dan buat buat tak nampak atau pekakkan telinga. itu dalam rumah sendiri orang buat perangai. taktau lah tempat mana lagi yang selamat dari orang macam ni.

esoknya, aku pegi sekolah meluahkan perasaan aku dekat kawan baik aku yang duduk sebelah aku yang suka cakap banyak tu haha. tau tak, jawapan dia untuk pujuk hati aku sangat deep. 

dia kata:
“hang nak pegi sambung belajar oversea kan nanti? bayangkan nanti kalau hang takmau susahkan parents hang, pastu hang nak cari duit. yelah oversea punya kos sara hidup belum tentu kita mampu tanggung. pastu ada orang yang sanggup ambik hang kerja kat rumah dia. tempat tinggal, makan minum majikan hang yang tanggung. mesti hang bersyukur sangat kan? bila hang dah pegi sana, anak-anak majikan hang tu tak suka hang. orang orang kat situ tak terima hang. apa yang hang rasa? mesti hang sedih kan? camtu jugak kalau depa. hang kena berkorban sikit. sikit ja, tak banyak pun. mana tau nanti orang akan mudahkan hang sama macam hang mudahkan depa. sabar”.

tipu lah kalau kata kata dia langsung tak menyentapkan. it brings my feet back to the ground. and Alhamdulillah, as the time passed, diorang pun datang. MashaAllah diorang sangat baik. sangat bagus dan rajin. sopan santun pulak tu. aku pulak yang jadi malu sebab fikir macam macam and belum apa apa lagi dah ada fikiran tak elok pasal diorang. jahatnya aku. Astaghfirullahal’aziim.

the moral of the story, berbesar hatilah dan jangan takut buat pengorbanan untuk orang lain. sebab bila kau korbankan sesuatu untuk kebahagiaan orang tu sendiri, takde apa lagi yang kau rasa melainkan rasa bahagia jugak. In shaa Allah aku sedang usaha, kau bila pulak? hehe samseng terrr.

anyway, selamat hari raya aidilfitri :) andai aku ada buat kau terasa atau terseksa dengan penulisan kanak kanak aku ni sama ada secara langsung atau secara tak langsung, aku mintak maaf banyak banyak okey. maaf zahir dan batin. ampunkanlah aku yeeee [nangis air mata bercucuran]

Saturday, April 4, 2015

pornography; the effect on us


you know, since our world today has widely introduce such a great innovation on technology, everything which seems impossible to us can be successfully done. all informations can be accessed only by typing some words on Google and there, you get what you want. this kind of situation cant be denied that it does bring us many pros, however it is also bring us various of cons. well, depends on how the users use it.

so, it is no doubt that our society today had been shocked by the news focused on our young generation. what had they done? when everything can be accesed on the internet, one thing that they are rigidly searching is pornography-based information. and this problem had already reached its critcal stages. means, we have every right to feel worried.

tak larat lah nak cakap english. nak martabatkan bahasa melayu lah pulak ahaha.
jadi, kita semua tahu masalah berkaitan pornografi ni sendiri memang sangat lah berleluasa. tak hairanlah kenapa majoriti anak muda kita sekarang mengalami keruntuhan moral dan akhlak. persoalannya, macamana hal-hal yang berkaitan dengan pornografi ni boleh menyumbang kepada keruntuhan moral dan akhlak? haa tu yang bestnya.

**boleh lah tengok video kat atas tu. Ustaz Nouman Ali Khan ade cakap pasal ni. sangat lah deep.

the key is, bila tengok benda benda yang pornografi ni, kesan dia hati kita akan gelap, gelap dan makin gelap. lama lama boleh menyebabkkan hati kita mati. Naudzubillah. dalam banyak banyak benda, satu satunya perkara yang kita perlu takutkan ialah, kematian hati. sebab bila dah hati mati, apa kurangnya kita dengan masyarakat yang kufur dekat Allah? segala kebenaran kita tak mampu nak nampak, bila buat dosa pun dah takrasa apa apa. Astaghfirullahal a'ziim.

taknak lah kita kan. semoga boleh ambil pengajaran. in shaa Allah.

Friday, April 3, 2015

hello there!


huuu. dah berapa lama haa aku tak hapdet blog? boleh tahan lama jugak since the last entry.
well, aku taknak la explain lebih lebih pasal 'kenapa-aku-tak-update-belogg-yehuuuu".  afterall, alasan dia akan sama je. busy, taksempat, malas and so on. daripada cerita pepanjang berjela benda tu semua sampai dua tiga perenggan, baik takpayah cerita terus kan. jimat sikit hahaha walaupun sebenarnya nak tulis intro ni saje pun dah membazir. lulz.

now alhamdulillah, all my assignments for this sem are well submitted. akceli, we called it kerja kursus. anyway, sukahati la nak panggil assignment pun. boleh bajet bajet macam university's life sikit kan hehe. okey tak lawak.

selama nak masuk empat bulan aku tak menghapdet, seriously banyak sangat benda jadi. hello, empat bulan itu satu tempoh yang lama okey dan aku pasti kau pun tau empat bulan tu lama. so, kalau nak cerita satu satu on what happened memang tiga hari tiga malam laa kau menghadap blog aku ni. oleh itu, (achewwah BM nyaaa) aku pun akan cerita on random issues je lah ye :)

okey. see you guys on the next entry. hehe. byebye

Monday, December 22, 2014

doctors


for 19 years of my living, abah is the one and only doctor in the house. whenever we were sick and feeling unease, abah will be the main reference for diseases. “abah, kenapa tangan ni naik bintik bintik? – abah, kaki ni sakit betul bila berjalan – abah, kenapa dekat bawah dagu ni macam ade sebutir bijik eh? – abah, sakit perut – abah, kenapa area pinggang belah kanan ni pedih bila tekan?”

so, abah will mention a lot of medical terms on disease that i dont know how to spell and mention it all back to you. a very tough tongue twister words. there are no such kampung terms abah will use like ‘demam kuning, demam campak, sakit pinggang, cirit birit, batu karang’, none of those.

abah is very busy as being a doctor means you have to sacrifice your times to save people's life that suppose to be spent with your family or sleeping on the bed or go travel around the world. it is an honourable job but for sure tiring. we could see abah’s face less than four hours a day. he has to leave for hospital at the morning and will come home at unpredictable time, maybe evening, midnight or the next morning.

eventhough abah’s working condition might seems scary to normal people like us, but it seems awesome to my paranormal sisters haha because they kept a wonderful and fascinate dream of being a doctor. until now i dont understand why they want to be one.

so, now, when i am about in my early 20 (ecece menyampah :), after many years pursuing their study hectically at the oversea universities, my sisters and a brother in law start their new day as a doctor. all i can say is they are all massively screwed. they came home with Panda eyes and incredibly seem exhausted. we have to cook many times a day as there will be starving doctors coming home, all at unpredictable times as well.

it is just like, you just saw them when you came out from your room. after a second, they were all gone, out of nowhere. absolutely like chipsmores. do you know what it seems like when all my family members are gathering at the dining table? normal families may discuss about the economy, social inequalities, children problem, political issues etc but not my family.

come on, we have four doctors at the table and they are all discussing about diseases and patient, blood and nerves, heart and all-medical-terms-that-i –never-know-how-to-pronounce. normal people like my mother, my brothers, my youngest sister and i will only listen to them without even understand what are they talking about. we just keep our mouth shut and eat while imagining about bloody thing and disease. erghh. not a great view.

well, ultimately i am grateful enough for having a magnificient and dazzling family.
alhamdulillah :)

thanks to them for giving a creepy sight of being a doctor, so i’ve decided i want to be a teacher just like my mom, and not a doctor like my father. hahaha i think having four doctors in my family is more than enough as my youngest sister has now keep an ambitious dream of being a doctor too. =,= i could never understand their thoughts, really.

Tuesday, December 16, 2014

Jellies and Gummies

i come out from the soil. errrr~~
bertemu kembali. ohoi.

berikut adalah kisah benar yang berlaku di antara penulis dan mak beliau. *ehem, acewah.

one day, during the evening, i came out from my room with a tupperware of jellies and gummies. so i sat on the couch next to my mom who was giving full attention to the television. tried to be polite, i offered some of the jellies and gummies to my mom.

“mak, nak tak? sedap oo~”

and i got a quite heart breaking reply from my mom.

“ape ni? hishh, makanan bebudak macamni pun makan.”

i just showed a nice and cute grin to my mom. what to do. it is a food i cherished since i was a kid. ahahha. and my mom said while gave a glance at the jellies and gummies, “ tau tak ade pewarna dalam benda benda ni semua?”

erkkk. “once in a while je mak. hihi”

hearing to my answer, my mom said again “dah lah tu, nak buat jelly jelly ni mesti guna gelatin”.

haha. seems like my mom was trying to have a discussion on food. so, i just giggled, “mak, diorang guna gelatin yang dari bovine source. bukan dari pinky-creature tu, in shaa Allah”

my mom looked at me, “haa, habistu bovine tu bukan dari lembu? halal ke tak? entah sembelih entah tidak”.

i didn’t know what was going on with my mom that evening. somehow, she tried to make me feel hesitate. hehe. “mak, diorang letak cap halal jakim besar besar dekat plastik tu.”

and my mom laughed. so, i felt a little bit relief hearing that laugh. it was obviously showed that she was only joking around.  however, that was not the end of our conversation on jellies and gummies. she quoted slight reminders for me.

“kita ni kalau bab makan kena hati-hati. sebab nanti ape yang kita makan tu jugak nak jadi darah daging pun. tambah tambah bab halal haram. effect bab ibadah kita tau. bila dah besar, lagi kena jaga. lagi banyak badan nak guna vitamin, zat zat, nutrien semua. takkan nak bagi badan makan benda benda yang tahap class E je. kata nak sihat, tapi tak jaga makan. pastu kata Allah tak adil. sendiri punya kerja, salahkan orang.”

so deep okay. so i promised to myself that “i won’t eat crappy foods after this”. i hope it will be a forever vow. not only a vow today, and forget it tomorrow! go, go!

Sunday, December 14, 2014

Shopping

cu teka, troli ni besar ke kecik? haaaa~ jeng jeng :)

hi :) here's a sharing yang takdelah sharing sangat pun.

haritu aku pegi shopping dengan mak. hah. entah berapa kali haritu dah pegi shopping. sejak cuti sekolah ni, barang dapur baru je beli, tapi cepat habis. sebab selalu masak mungkin. resulting, everytime pegi supermarket, mesti grab and grab. bayar. after three days, pergi supermarket lagi.

the thing is, everytime mak keluar dengan aku, mesti pegi supermarket. tujuan asal keluar sebab nak pegi bank, or sekolah mak, hantar adik aku gi sekolah or any places and shopping malls are absolutely not on the list at all. tapi yang peliknya, yang takde dalam list jugak tu yang dituju. just because we are running out there are certain things like onion, veges, eggs yang mesti dibeli, mak pun gagah jugak pegi supermarket.

mak selalu pesan, beli dan ambik barang yang perlu je and she already make a list for that. however, still ade jugak barang yang takde dalam list masuk troli. sape punya kerja? aku lah tu. hehe. nak buat cemana, aku ni have a diet routine, like; minum susu, makan buah. and those thing mesti kena beli from time to time. bukannya sekali beli, tahan 30 hari kan. kalau macamtu, seronoklaaaaa.

so mak dah masak sangat dengan perangai aku. benda benda macamtu mesti ada dalam troli setiap kali shopping. hehe. sorry mak. tu tak kira dengan dua orang budak kecik tu punya makanan lagi. makanan diorang saja mahal kalah makanan orang besar. susu, biskut, roti. semua tu perlu untuk isi perut diorang and to ensure a perfect growth rate for them.

dan haritu, aku keluar lagi dengan mak. lepas dah selesai urusan, beli barang lagi. aku pun cakap lah kat mak; “mak, kite ni memang selang every three days ke shopping?. mak pun jawab “haa tulah. barang kat rumah cepat betul habis. gamaknya telan ke ape”. hoho

akceli kat rumah aku tu banyak penghuni. mak, abah, 2 orang kakak aku bersama suami masing masing dan anak anak lagi, aku tambah dengan adik aku dah berapa ramai. huiii. no wonder lah cepat betul barang barang drained. tambah harga barang naik pulak Y.Y kering kontang lah macamni.

lepasni memang kena bawak lori lah kalau nak beli barang. boleh beli bebanyak terus. tapi ni salah satu langkah pembaziran. dah lah barang mahal, duit diesel untuk lori pun sama mahal. keluar kupu kupu laa beg duit nanti. bersiap sedia la rakyat malaysia.
dan, sekian.