Monday, November 16, 2015

please don't go




assalamualaikum and hi.
dalam entri kali ni, aku mohon sediakan sekotak tisu ditepi. tisu, tisu!!

a few days ago, masa tengah berfoya foya sebab dah habis exam, ada sorang kawan merangkap classmate aku bagitau yang ibu kepada sorang lagi classmate aku tengah tenat. sila fahamkan ayat keling ni haha. masa tu, rasa macam “what?! kenapa aku baru tau mak dia sakit?!” padahal dah lama kot mak dia sakit. rasa macam diri ni tak berguna langsung sebagai kawan. rasa macam nampak sangat aku ni tak ambik tau pasal kawan aku. dah la aku selalu sembang muhong and selalu kacau dia dekat sekolah. betapa teruknya boleh taktau yang mak dia tengah sakit. uwaaa.

then, semalam, kitorang dapat tahu kata mak dia dah kembali ke rahmatullah. innalillahi wainna ilaihi rajiuun. *semoga makcik ditempatkan bersama hamba hamba-nya yang solehah lagi beriman. amiin.

masa tu terus rasa sentap dan minda terus melayang memikirkan kawan aku tu. “asmaa!!” hati ku jerit jerit. achewahh. ye ye, nak kata aku dramatik pun kata je lah. aku redha. seriyes rasa sedih dan rasa macam nak lari pergi dekat asmaa, biar aku ada sekali dekat situ dengan dia nak galas rasa sedih sama sama. oh ya, kawan aku tu nama dia asmaa btw. dah la esok lusa tu asmaa exam. boleh bayangkan tak perasaan dia. huhu. semoga Allah berikan dia kekuatan.

dan harini, kitorang satu kelas dengan guru guru tercinta berkonvoi pergi rumah dia. betapa sayunya hati bila tengok muka kawan aku tu. mata bengkak, muka sembab. masa kitorang masuk tengok jenazah mak dia, rasa deep sangat. tak mampu nak gambarkan perasaan aku masa tu. mak dia nampak tenang, tersenyum manis, seolah olah nampak makcik macam hidup lagi. in shaa allah husnul khatimah. 

lepas tu kitorang cari asmaa. bila jumpa je dia, terus kitorang beramai ramai peluk dia. tapi dia tak nangis pun, cuma pandangan mata ja sayu sikit. gila kau kalau tak sedih. katanya;  “aku dah taklarat nangis. masa mak aku sakit lagi dah banyak kali aku nangis. harini air mata aku dah tak mampu keluar. dah kering.” betapa kuatnya dia. kitorang pulak yang over nak nangis bagai. lepastu dia cerita detik detik sebelum mak dia menghembuskan nafas yang terakhir. kitorang ni punyalah shuu shuu air mata turun, dia punya rilek je cerita dengan tak nangis langsung.

after that, solat jenazah. hero hero malaya sekolah aku semua solatkan jenazah makcik. bagus kan diorang huahuahua alhamdulillah. bukan setakat solat jenazah, sampai ke kubur diorang iring. lepas mak dia masuk van nak ke kubur, kitorang yang perempuan ni terus balik.

sampai rumah, terus aku pandang mak abah aku. betapa aku perlu bersyukur sebab Allah masih lagi bagi aku peluang untuk aku luangkan masa dengan mak abah. tapi, saat saat ekslusif yang allah bagi tu, adakah betul betul dihargai. ada mak abah pun kadang kadang buat jahat jugak. rasanya belum sampai tahap jadi penyejuk mata dan hati mak abah pun lagi. dah besar pun macam budak kecik lagi lagi. aduhaii.

jadi mulai harini, zahirkanlah kesyukuran tu bukan hanya sekadar sebut alhamdulillah, tetapi dengan tindakannya sekali. tindakan yang macam mana? hormat, sayang dan taat.

wuu. lepas balik dari ziarah tu, terus rasa insaf. sesungguhnya kematian itu pasti. satu kepastian yang tiada nanti nanti.

Tuesday, November 10, 2015

Untitled


assalamualaikum and hi.
dah habis stpm ni mungkin la belog ni akan sentiasa ada entry baru haha yelah tu. takboleh dipercayai jugak aku ni pun. bila dah cuti 9 bulan ni aku taktau la apa akan jadi kat aku. 9 bulan setengah orang kata sekejap je. pejam celik pejam celik lambung lambung golek golek. tapi bagi aku yang berada di permulaan cuti ni, aku akan kata 9 bulan tu lamaaaaaaaaaa sangat. bak kata aku dan kawan kawan yang lain, kalau kawin mungkin dah dapat anak sorang kohkohkoh.

entah entah masa aku banyak habis untuk mereput dalam bilik je kot. jadi pembuka kilang menghasilkan peta dunia yang paling berjaya kat dunia haha. bagus. otak pun berkarat ==" aku ni pun makin besar jadi makin semua benda malas. sampaikan nak balas mesej orang pun malas. betapa teruknya kan. kiranya aku ni boleh la hidup zaman gua nunn. haha

so yeah. habislah cerita pasal aku. nanti nak pos banyak banyak. baca lah sampai muntah cerita cerita yang aku pendam selama berbulan-bulan ni ye :)

nantikanlah dengan hati yang tenang dan sabar.

Monday, July 20, 2015

Stranger



wohooo~ seronok kan tengok ada entry baru lepas dah lama bukak asyik hambar je. ramai yang meroyan suruh aku update belog, ada yang menangis, ada yang sampai stress suruh aku update haha oke aku gurau je. manade sampai camtu pun. sumpah aku malas tambah tak sempat. nak kata busy takde lah busy yang amat sangat pun. biasa-biasa je. so kesimpulannya, lebih kepada malas nak update. malas tu macam-macam. malas bukak laptop, malas nak taip, malas nak mengarang dan segala macam malas yang tak patut dicontohi. okey uols?

so this time aku nak cerita pasal S.T.R.A.N.G.E.R. stail kan? panjang pulak tuuu hihi. alang alang tengah rajin ni, biarkan je panjang panjang. idea mencurah woii. selamat membaca.

maka tersebut lah sebuah kisah~ 

satu hari dalam bulan ramadhan, aku balik rumah dari sekolah. dah la driving about setengah jam dekat jalan yang ramai pemandu pemandu yang drive merapu meraban, tengah puasa pulak. to make it worst, cuaca haritu a little bit panas dari biasa. nak hujan mungkin. kesimpulannya nak cakap balik dari sekolah dalam keadaan penat. tu je. punyalah kemain describe pepanjang hihi. then, masuk rumah nampak mak dekat ruang tamu. letak beg dalam bilik pastu keluar lepak dengan mak. aku kalau dah masuk bilik alamatnya memang seharian lah tak jumpa mak. memang pengsan tu dah takde istilah sedar semula. to make it safe, baik aku duduk dengan mak dulu. nak pengsan pengsan, kejap lagi. apepun better berbasa basi, sembang sembang, cerita cerita dan gelak gelak dengan mak dulu.

tengah sembang sembang tu mak pun bagitau, “awak, hari selasa sebelum raya nanti ada dua orang kampuchea datang rumah. diorang akan duduk dan tinggal sini dalam 3 minggu camtu”. okey, siapa yang tak terkejut dengar mak cakap camtu. jantung ni bagaikan terhenti berdegup seketika. acewahh hahaha .“kenapa diorang datang, mak?”. bunyi macam samseng je soalan yang ditanya atau lebih tepat lagi, bunyi macam tak rela kohkohkoh. mak pun jawab “diorang datang nak kerja. orang susah. budak budak kolej, kesian nak belajar tade duit. bila cuti sem ni, diorang nak kerja, cari duit bayar yuran kolej.” sayu pulak hati.

pertanyaan yang pertama dah terjawab. sekarang persoalan yang kedua pulak. “diorang duduk bilik mana, mak?”. good question kan? mestilah soalan tu wajib di tanya. dan jawapan yang aku dapat pun boleh tahan good nya. “sorang duduk dalam bilik awak, sorang duduk dalam bilik abang awak sebab yang datang ni sorang lelaki, sorang perempuan”. okey bilik aku. masa tu perasaan aku berbelah bagi. 

**selingan sikit. sebenarnya semua adik beradik aku ni hidup asobiah sikit sebab semua ada bilik sendiri. tiga dah kawen kena ade bilik sendiri la. takkan nak share pulak. even dah kawen, semua nak jadi anak manja duduk dengan mak abah lagi. pastu selebihnya yang bujang. sebab tu aku ni dah berapa tahun duduk bilik sengsorang. yelah, dah bujang duduk sorang lah kan hahaha. oh ya, and kira kira setahun yang lepas, kakak aku hire sorang bibik and bilik abang aku yang bujang tu kena jadi bilik bibik. besides abang aku kat mesir, bilik pun tak berpenghuni. so bila abang aku balik cuti sem ni, bilik adik aku kena bagi dekat dia sebab adik aku pun duduk asrama. jarang ada dekat rumah. kalau bagi bilik aku memang bukak gelanggang silat lah. takmau aku keluar, dah la dengan buku lagi, baju lagi. lagi pulak aku ni boleh kata penghuni tetap rumah mak abah sebab kalau datang je rumah ni muka aku In shaa Allah wajib ada. faham tak? tak faham sudah. tak penting pun untuk dihadam. hee~ 

di pendekkan cerita, bilik orang bujang ada dua sahaja. so nak tak nak, memang kena terima diorang masuk bilik aku jugak. kalau tak, nak duduk mana lagi kan? mak pun brainwash lah aku suruh aku letakkan diri aku dalam situasi diorang, suruh terima. hati siapa yang tak berat? aku tak sekuat dan sehebat golongan Ansar yang sangat berbesar hati terima golongan Muhajirin masa penghijrahan zaman Rasulullah saw dulu. mungkin ni satu pentarbiyahan dari Allah untuk aku supaya aku belajar dan hayati sikap golongan ansar yang hebat tu. biar sebati dalam jiwa. ibarat ayam kalau kena perap dengan rempah, sampai ke tulang tulang boleh rasa rempah. haa cenggitu.

lagipun aku dah ada pengalaman gelap yang aku rasa nak je aku tanam dalam tanah sampai ke kerak bumi atau lempar jauh jauh sampai dasar laut. pengalaman gelap yang berkaitan orang luar datang kerja dekat rumah mak abah. ada yang malas, ada yang buat kerja tapi macam tak buat kerja, ada yang suka menjawab, ada yang kekurangan hasam dan macam macam. sampaikan rasa hati ni dah tak larat nak pendam rasa sakit hati. hanya mampu bersabar dan buat buat tak nampak atau pekakkan telinga. itu dalam rumah sendiri orang buat perangai. taktau lah tempat mana lagi yang selamat dari orang macam ni.

esoknya, aku pegi sekolah meluahkan perasaan aku dekat kawan baik aku yang duduk sebelah aku yang suka cakap banyak tu haha. tau tak, jawapan dia untuk pujuk hati aku sangat deep. 

dia kata:
“hang nak pegi sambung belajar oversea kan nanti? bayangkan nanti kalau hang takmau susahkan parents hang, pastu hang nak cari duit. yelah oversea punya kos sara hidup belum tentu kita mampu tanggung. pastu ada orang yang sanggup ambik hang kerja kat rumah dia. tempat tinggal, makan minum majikan hang yang tanggung. mesti hang bersyukur sangat kan? bila hang dah pegi sana, anak-anak majikan hang tu tak suka hang. orang orang kat situ tak terima hang. apa yang hang rasa? mesti hang sedih kan? camtu jugak kalau depa. hang kena berkorban sikit. sikit ja, tak banyak pun. mana tau nanti orang akan mudahkan hang sama macam hang mudahkan depa. sabar”.

tipu lah kalau kata kata dia langsung tak menyentapkan. it brings my feet back to the ground. and Alhamdulillah, as the time passed, diorang pun datang. MashaAllah diorang sangat baik. sangat bagus dan rajin. sopan santun pulak tu. aku pulak yang jadi malu sebab fikir macam macam and belum apa apa lagi dah ada fikiran tak elok pasal diorang. jahatnya aku. Astaghfirullahal’aziim.

the moral of the story, berbesar hatilah dan jangan takut buat pengorbanan untuk orang lain. sebab bila kau korbankan sesuatu untuk kebahagiaan orang tu sendiri, takde apa lagi yang kau rasa melainkan rasa bahagia jugak. In shaa Allah aku sedang usaha, kau bila pulak? hehe samseng terrr.

anyway, selamat hari raya aidilfitri :) andai aku ada buat kau terasa atau terseksa dengan penulisan kanak kanak aku ni sama ada secara langsung atau secara tak langsung, aku mintak maaf banyak banyak okey. maaf zahir dan batin. ampunkanlah aku yeeee [nangis air mata bercucuran]