Thursday, April 24, 2014
door story
ini cerita merepek.
ini cerita merapu.
dah nama pun merepek.
dah pasti si story teller nya aku :D
#ahah, bijak tak aku buat pantun? muahaha. ehemm, kite seriyes oke, kite seriyes.
sehari sebelum birthday mak aku, abang aku dan isteri dia dan anak kecil dia balik kampung. means, balik rumah yang aku duduk dengan mak abah sekarang. hihi. sampai sekarang pun takbalik lagi. bila dia nak balik semula ke halaman rumah dia? jangan kata aku, dia pun taktahu lagi bila nak balik. nyett betol.
dah balik dengan anak kecil, mesti lah nak suasana yang aman damai dan sunyi sepi untuk si baby tido lena. however, untuk orang yang banyak cakap dan suka buat bising macam aku ni, kena duduk diam dan selalu kena "shushh! baby tido! mohon senyap!" memang rasa macam lifeless. tak lain tak bukan, rasa macam hidup dan tinggal dalam library.
tapi, selagi aku diberi anugerah untuk bersuara, selagi tulah rumah ni tak pernah nak ada suasana yang aman damai. kesian si kecil nusaibah, nak tido pun kena bawak lari ke bilik yang paling terpinggir semata mata nak lari dari aku yang hingaq ni untuk dia tido nyenyak.
yeah, but entry nih bukan nak cerita pasal 'aku-buat-bising-pastu-baby-bangun-nangis-dan-taknak-tido-dah!-dan-yeay!-baby-merajuk'. no way.
for the sake of his baby to sleep tight, si ayah sanggup buat ape saje. meredah lautan api, merentasi langit nan luas. selagi tak dilanda ribut dan badai, selagi tu takde istilah menyerah kalah. cewah, poyo je berfalsafah bagai. si ayahnya konfem konfem lah abang aku. but, aku ni suka cari gaduh, suka melawak tak cerdik, suka gelak kuat kuat dengan abang aku.
pokoknya, bila aku duduk dekat je dengan abang aku, kerja dia dalam meredah dan merentas dunia tu takkan terjadi. senang cerita, terkubur. nak buat cane, aku ni jarang jumpa dia. harapkan telegram dengan wassep mana sama dengan bersua. bajet sweet je, menyampah oke.
so, satu malam, disebabkan bilik yang dia duduk tu ade masalah teknikal sikit dan takbaik untuk si kecil nusaibah, dia pun kebas lah bilik adik aku yang bersebelahan dengan bilik aku. adik aku duduk asrama, and bilik tuh takde penghuni untuk sekian lama. pintu dia pun berkarat lah sikit pasal selalu tak bukak.
penjelasan sains mana aku guna ni? main aci hentam je. menangis Albert Einstein baca fakta sains aku. oleh sebab itu, engsel pintu tuh pun berkeriuk krekk krekk lah kebisingan. aku tension jugak mendengarnya. abang aku pun pusing lah satu rumah cari minyak yang orang selalu bubuh dekat engsel tu.
the problem is, minyak tu takde. disoal siasatnya mak abah tanya minyak tu mana. mengada je abang aku tu. macam biasa, aku selalu keluarkan idea bijak. 'letak jelah minyak masak. minyak nak kasi engsel gelincir je. no need minyak yang spesifik pun'. idea aku disokong hebat oleh mak tersayang.
tapi dia taknak, malas. macam sedap je aku cap orang malas. dia sendiri mengaku ye. 'alaa, nanti takut tangan berminyak'. hek eleh. eksyen kamen betol. sampai kan aku tengah sapu sapu marjerin kat roti pun dia datang bertenggek mintak teman dia gi kedai beli minyak untuk engsel pintu.
'takpayah. bazir je! nih ha, ambik marjerin nih sapu dekat pintu'. tau ape dia cakap? 'takpayah nak merapu lah. orang seriyes ni. kesian nunu (nusaibah) nak tido, pintu bising'. ewahh. manis bicara, indah tutur kata. sedap dia cakap aku merapu. 'oke fine. let's see what will happen if i put this thing to that door'.
aku pun dengan yakin ambik satu sudu kecik marjerin pegi kat pintu bilik adik aku dan terus sapu dekat engsel engsel yang riang menyanyi lagu sumbang. tak terkira banyaknya cap 'bongok' abang aku bagi dekat aku sepanjang proses menyapu marjerin dekat engsel pintu tu. takpe, kite sabar je oke.
lepas selamat engsel engsel tu disapu dengan marjerin, abang aku pun bukak tutup lah pintu tu. testing bagai. muka tu, sorok sikit mimik impressed boleh? ambik kau! dia gelak sekuat hati pasal pintu tu dah selamat dibisukan. 'bongoknya adik aku ni', macamtu lah cara dia ucap terima kasih dekat aku. seronok oke kena cap bongok.
the end of the story. so what kind of moral boleh dapat kat sini??
kalau pintu menyanyi lagu riang, sila letak marjerin. mujarab tau. akceli tu first time aku gi sapu marjerin dekat pintu. haha. macam tak cerdik je. tapi tak sangka hilang sungguh kriek kriuk sumbang si pintu.
Alhamdulillah, how genius i am :D
Monday, April 21, 2014
the dishes
masalah! ni no ni no ni no. kecemasan 999!! ade orang terbakar kat dapur sebab tak tahan api marah. oo saspen.
tahukah anda, dari sejak dulu kala lagi sampai dunia hari ini, orang perempuan takkan pernah lari daripada kerja membasuh. tak kira lah membasuh baju, membasuh rumah, membasuh otak (brainwash) dan yang paling penting sekali, membasuh pinggan. yea! ini serius. sumpah tak tipu.
habistu ape keje teruna atau gentleman nya?? bagi baju, bagi rumah, bagi otak dan bagi pinggan untuk diBASUH! harini aku menaip komputer dengan penuh emosi. jadi, awal awal aku mintak maaf andai tulisan aku bernada garang ataupun anda berasa takut and nak nangis bila baca entry kali ni.
MAKLUMAN: ini cerita benar. oleh itu, pihak penulis sangat berharap anda yang membaca dapat mengambil iktibar daripada kisah ini.
oke, lets get something straight. mungkin ade sesetengah yang tak boleh menerima statement yang baru aku nyatakan pasal orang laki ni kerjanya mewujudkan benda yang nak dibasuh. honestly, perempuan pun ade jugak. tapi bagi aku, mostly nya ialah keje lelaki! aku bengkek tak habis lagi ni, maaflah.
#kisah bermula. dan pastinya watak utamanya ialah aku.
once, aku baru habis je basuh segala mak pak nenak datuk kuali periuk pinggan mangkuk jag gelas cawan sudu garpu pisau. haa ambek kau. dalam sekali basuh. takyah cerita lah betapa jammed nya singki tu dengan segala harta karun yang berlumur dengan minyak. bukan nak brag aku rajin ke apa.
masalahnya, setengah jam kemudian, singki kembali penuh dengan pinggan. oke, takdelah penuh. dalam setengah singki gitu. masa tu aku rasa sangat nak menjerit dan letih. sape punya kerja?? rahsia. rasa macam nak tarik telinga si pelaku dan berleter laju laju. memang kena hantar sekolah belajar sivik balik rasanya.
satu, dahlah rajin makan pastu malas basuh.
dua, dah sedap buncitkan perut, buat muka takmalu hantar pinggan masuk singki dan lari.
tiga, bila suruh basuh, jawab "memang keje orang perempuan kan?"
empat, bila mak berleter kata singki penuh, si pelaku buat senyap macam taktahu ape ape.
nak kata takde sabun basuh pinggan, banyak lagi. sampaikan boleh nak mandikan 50 ekor gajah. nak kata takde tangan, sempurna je anugerah Allah bagi. nak kata alergik kat sabun, habistu yang mandi hari hari tu guna ape? nak kata takreti basuh pinggan, melampau sangat.
satu je yang mampu menjawab semua persoalan ni. MALAS. amboi. sedap badak lah macamtu. karang aku tade kat rumah, takkan nak suruh mak basuh pinggan? geram geram geram. anda! jangan malas malas basuh pinggan. jangan ade pun perangai tak senonoh ni! aku malas nak cakap panjang pasal nanti kata aku mengungkit pulak. free je pahala terbang.
but seriously, janganlah ade perangai camni. kita bahagia lah sebab lepas makan sedap, pinggan tinggal biar orang lain basuh. tapi masalahnya, menyusahkan orang tahu. kita yang tinggal pinggan biar penuh belana dalam singki, orang lain kena marah. heee, kalau aku jumpa orang camni, free je aku bagi lecture tau. takmau buat suami :p
lepasni mintak mak beli pinggan mangkuk periuk plastik je lah. makan dalam tu sudah.
malas lagi nak buang, taktahu lah nak buat cane lagi.
hantar zoo lah senang.
Saturday, April 12, 2014
diet
gedik kan title? haha. sejak aku balik dari jordan, kalau aku jumpa adik adik ribena dekat sekolah, ayat paling femes diorang sebut, “kak sanah makin tembam laaa. kak sanah makin chubby laa.” dushh dushh. rasa macam nak lari jauh jauh dari junior junior yang insurans mulut diorang ni bapak mahal nak mampus. dah lah sebut kuat kuat pulak tu. mana malu pun oke.
oleh sebab tu, keluar lah idea yang bernas dari akal anugerah Allah kepada aku yang lemah ni, get started to a new life with a healthy diet. achewahh, gegeh je. padahal bukan gemok gedempol sampai tak muat masuk pintu pun. masih slim ye.
yang tension sekali, bila time makan, orang tanya, “taknak makan ke?” pastu bila jawapan ‘no thanks. i’m on diet’ diberi, mula nak lekeh lekehkan orang pulak. “ececece, diet pulak dia. dah ‘kurus’ camni pun diet lagi”. oke, mocking. kalau tak diet pulak, bila makan banyak, cakap pulak “hoii hoii. kau makan ape banyak banyak. dah lah banyak kalori. nanti naik berat yang dah sedia berat”. maaflah, aku suka over sikit kalau bab bagi contoh ni.
kalau ade orang cakap camtu, jangan teragak agak untuk cakap dekat dia, “saya cuma menikmati rezeki yang Allah kurniakan pada saya je” dan jangan lupa senyum. biar ngilu sikit hati orang yang cakap camtu. ini pengajaran oke, aku belajar dari pengalaman sebab suatu ketika dulu aku pun tergolong dengan orang yang suka mocking orang diet. parah hati aku kot bila dapat jawapan camtu. sentap! terdiam sepuluh tahun tau. hihi
samalah pun macam situasi orang yang nak berubah. konon lah kita tegur si dia, “kau ni, keje balik lewat, tido lewat, bangun lewat, datang lewat. keje lewat je. cu awal sikit”. pastu si dia pun terdetik lah nak berubah. and then, satu hari, si dia paling awal. balik awal, tido awal, bangun awal, datang awal. haa, si dia la tu. tengok tengok kita pun cakap, “eh awal hari ni? mimpi ape semalam? ke terlanggar tiang lampu tepi rumah tu? aku tengok tiang tu bengkok semacam je”.
ape perasaan si dia agak agak? terguris? kecewa? kalau aku lah kan, hancur semangat yang gilang gemilang tu. yelah, dia nak berubah, pastu bila dah mulakan perubahan, dia dapat macam tu pulak. sedih kan. kalau dia buat jahat, kita pulak yang lebih lebih berleter pong pang pong pang. so, ape pilihan yang dia ade??
apa salahnya kalau kita bagi semangat yang boleh jadi pemangkin untuk dia terus istiqamah dalam perkara dan amalan yang mahmudah, solehah dan hasanah? ehek. nama sendiri pulak :3 takpun, diam je. lebih baik lagi kalau kita doakan dia.
sebab tu lah masyarakat kita nak berubah pun teragak agak sebab terlalu bimbangkan kemungkinan apa yang orang nak cakap. oke, mungkin tak semua. tapi majoriti. so, aku cadangkan, kalau ada orang sekeliling anda nak berubah atau sedang berubah, bolehlah anda jadi cheerleader bagi semangat dia berkobar kobar. mana tau, mungkin kita dapat jugak saham untuk ke syurga.
go, anda go :D
selamat berdiet untuk orang yang gegeh macam aku :)
*membantu
tak?? hihi.
Subscribe to:
Posts (Atom)


