Monday, March 3, 2014

big noise



baru baru ni, aku gi petra. macam nak show off je kan. nyampah je.
bukan aku nak hebah lebih lebih pasal aku gi petra. tapi, aku nak cerita je, apa yang aku dapat kat sana. hey, pengembaraan memberikan kita pengajaran oke. Alhamdulillah, aku dapat kesempatan untuk belajar dari pengajaran :D

kat petra tuh, seriyes cakap taktipu, banyak sangat kuda, unta dengan himar (keldai). lembu je yang takde. sampaikan aroma udara pun sangat 'harum'. kiranya, ade hikmah lah kenapa hidung aku tersumbat hari tu.

dekat petra nih ade tinggalan gunung ganang yang dipahat jadi rumah. tau kan kisah Kaum Tsamud yang diutuskan kepada mereka Nabi Saleh AS untuk diberikan peringatan? macam mana Allah bagi kekuatan dekat diorang untuk pahat gunung ganang jadi rumah? tapi sebab kesombongan diorang sampaikan diorang bunuh unta betina yang merupakan mukjizat Nabi Saleh AS, Allah pun turunkan azab keatas diorang. rumah rumah diorang dihancurkan, tapi ditinggalkan sedikit untuk menjadi peringatan kepada manusia. masyaAllah.

hebat sangat. tengok sendiri lagi terpegun. macam mana batu batu yang keras boleh dibentuk jadi rumah. takboleh nak bayang keadaan masa zaman dulu yang mana tempat tu dulu ada manusia melakukan rutin harian. takboleh nak bayang kat situ ada tamadun.

tengah jalan jalan kat situ, tiba tiba ade seekor himar ni, menjerit jerit. 'hik-hok-hik-hok'. lebih kurang macam tuh lah bunyi nya. mungkin sebab dia marah kat himar seekor lagi kot. entah, aku pun taktahu. kuat sangat bunyinya. sampaikan bergema dekat laluan yang kitorang lalu tu.

semua orang yang lalu kat situ, semua pandang belakang tengok himar tu. femes himar tuh. aku pun jadi macam 'waaaa. suara dia'. kalau ada artis menyanyi kat situ, dengan himar tuh menjerit kat sebelah, orang akan tengok himar tuh lagi rasanya.

lepastu, kakak aku cakap "hmm. betullah, kan Allah dah cakap, seburuk buruk suara ialah suara himar". terpegun aku.

subhanallah. akhirnya, aku boleh dengar secara live suara himar. sebelum ni dengar masa tengok national geographic je. suara dia, nyaring sangat. membuatkan aku teringat pesan Luqmanul Hakim kepada anaknya yang dinyatakan dalam surah Luqman:

"dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata kata), sesungguhnya seburuk buruk suara ialah suara himar (keldai)". [31:19]

see, awal awal lagi Allah dah ingatkan hamba hambanya supaya rendahkan suara bila berkata kata. nih keje nak jerit jerit je. kalau nak tahu betapa taksedapnya suara himar, mungkin kene dengar sendiri. baru tahu, kenapa himar dijadikan perumpamaan dalam al-Quran sendiri.

masyaAllah, subhanallah.