Wednesday, March 5, 2014

cannot

난 상관 없어
gegeh je kan buat caption bahasa korea. jeles lah tuh :p

dalam melalui hari hari sepi, fikiran aku tiba tiba melayar ke lautan memori antara aku dengan mak abah aku. perasaan rindu yang menggunung ku pendam. membiarkan diri terus hanyut dalam arus ombak ingatan yang tak putus putus menerjang. ayat A+ doo.

ingat dulu dulu. kalau dah duduk asrama ni, biasalah kalau 2 minggu sekali mak abah datang jenguk. kalau rajin lagi, seminggu sekali. achewahh, padahal aku yang mintak mak abah datang kan. abaikan sifat gegeh aku. lagipun mak abah aku datang dengan rela. aku takpaksa oke. mak abah cakap, 'biarlah nak datang tengok anak sendiri. kat rumah pun ade mak abah je. tomi [kucing aku] pulak keje merayau'. sedih pulak dengar nye.

tapi tahun lepas, mak abah jarang datang jenguk. masing masing busy, kadang kadang kursus, kadang kadang pegi merantau, outstation, kenduri dan sebagainya. dan aku pulak balik sebulan sekali je. yelah, nak SPM lah katakan. so bila mak abah datang, wajib lebih dari dua jam sebab berlakunya sesi brainwash untuk si anak yang nak SPM tapi malas belajar.

and, aku teringat nasihat mak abah aku, yang membuatkan aku nak tergelak setiap kali aku cakap 'cannot a.k.a takboleh'.

bergelar calon SPM, memang sangat pack jadual harian kitorang. habis sekolah pukul 4.30. lepastu, ade kelas petang start pukul 5 atau 5.30 sampai pukul 7. lepastu, makan malam dan solat maghrib. pukul 8 atau 8.30 ade kelas pulak sampai 10.30 atau 11.

balik tu, kene berebut dengan budak budak nak iron baju. sebab waktu bila lagi yang ada nak iron baju? tapi masalahnye, asrama pulak ade peraturan, lepas pukul 11, iron dan semua lampu wajib ditutup kecuali pelajar PMR dan SPM, dibenarkan guna lampu sampai pukul 12 atau 1.

gila kan? ade jadual macam ni memang makan semua tenaga anda. so harapan 'balik je dari kelas malam, aku nak study' takkan ter-realisasi. yang realisasinya hanyalah pengembaraan untuk ke alam mimpi. memang penat. bila bangun pagi, rutin yang sama berulang. rasa lifeless tau.

bila mak abah datang jenguk, aku pun cerita lah masalah aku kat asrama. aku takboleh study, sebab takde masa. aku takboleh nak concentrate. aku takboleh study sebab mengantuk. aku takboleh study sebab peraturan asrama yang pelik. dan aku takboleh study sebab bla bla bla.

pastu, tau ape abah aku jawab?
"kalau dah semua takboleh, cuba awak korek lubang, masuk dalam tu, lepastu kambus. baru tahu ape sebenarnya 'takboleh'. takboleh makan, takboleh minum, takboleh nampak, takboleh bernafas, takboleh gerak. cuma satu je yang boleh, jumpa malaikat maut."

end. ganas kan abah aku bagi nasihat. yelah. bila ingat balik, semua tu alasan je. kita boleh buat sebenarnya. tapi, sebab suka sangat nak cari alasan bila rasa takmampu nak buat, jadi macam tu lah. semua takboleh sebab, takboleh sebab. memang persekitaran dan keadaan tak mengizinkan, tapi apa guna perkataan 'mencari penyelesaian' tu wujud kalau kita tak guna? betul tak.

so, aku pun usaha jugak nak study walaupun badan almost give up dengan arahan dari otak.
tension oo. sape kata seronok. habis berkedut muka aku. nasib baik ade orang orang yang memberi kekuatan dekat dengan aku, kalau tak, aku akan hapdet belog dari hospital TR je tau.

last words for today, aku nak kongsikan apa yang dikatakan Nabi Ya'akub AS kepada 10 anak lelakinya selepas Bunyamin ditahan dekat Mesir sebab konpirasi yang dibuat oleh Nabi Yusuf AS untuk bersama dengan saudara yang baginda sayang. dengar berita tu, Nabi Ya'akub AS sedih sangat sampai mata baginda bertukar jadi putih atau bahasa mudahnya, buta.

dan, Nabi Ya'akub AS pun suruh anak anak baginda cari Nabi Yusuf AS dengan Bunyamin. ape kata baginda? dinyatakan dalam surah Yusuf:

"(Nabi Yaakub) menjawab: 'sesungguhnya aku hanyalah mengadu kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah, apa yang kamu tidak ketahui. wahai anak anakku! pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. sesungguhnya, tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah melainkan kaum yang kafir." [12:86-87]

mengadu semua kesusahan dan dukacita hanya kepada Allah, dan jangan sekali kali berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah. dapat? ini manual yang Allah dah ajar untuk hamba hambanya apa yang kena buat bila susah, sedih, serabut, tension, despair dan sebagainya.

so, takde istilah takboleh a.k.a cannot dalam hidup.
roger that?