![]() |
| yeay, terjun ! |
Alhamdulillah.
akhirnya, setelah agak lama aku menyepi. taksangka, balik je malaysia, bertimbun bergunung benda nak kena settle. perghh. kalau balik bulan 6, taktahu lah ape jadi.
so, Alhamdulillah, setelah merentasi satu per tiga dunia, dengan izin Allah, mampu lagi aku menjejakkan kaki di tanah air tercinta. even dah nak dekat sebulan aku kat Malaysia, sukahati lah aku nak gitau pun :p
but, bermula hari pertama aku dekat Malaysia, bermacam macam berita dah aku dengar melibatkan tanah air sendiri. kemarau, hutan terbakar, jerebu ditambah pulak dengan berita MH370. ujian Allah untuk Malaysia. masyaAllah. jelas bahawa kita si hamba yang tak mampu melawan kudrat dan iradat Allah TT_TT
dah dah, jangan sedih sedih, kita masih perlu bergerak ke hadapan. yang masih bernyawa, kita ada perjuangan yang belum sampai ke titik penamatnya. selagi Islam tak kembali ke tempat asalnya, yakni disanjungi dan dijiwai, kita tak layak untuk berehat dan berputus asa, tau! ingat tu.
20 Mac 2014.
p/s: kemungkinan besar anda yang membaca akan rasa menyampah, sebab aku nak cerita pasal result SPM :D jadi, untuk peringatan dan kesihatan anda sendiri agar tak muntah muntah, boleh lah letak minyak angin or sediakan plastik banyak banyak. [ peringatan pun panjang berjela. buang masa je nak baca. nak baca nota kecik ni pun buang masa -_- ]
aku bangun dalam keadaan fikiran aku kosong. 'oke. hari ni Allah masih beri aku peluang untuk menghirup oksigen, Alhamdulillah'. lepastu, keluar bilik, kakak aku kata, 'eh eh, harini result SPM keluar'. eee kakak aku ni, kacau mood tenang orang betol. seriyes, muka aku memang muka orang buat donno, tapi jantung yang berdenyut ni tibe tibe nak berdenyut dengan pakej berdebar pulak.
takpasal pasal, sebab taktahan dengan debaran jantung yang bagi aku tak berapa nak selesa ni, aku pun menjerit lah kat dapur gamak macam orang kena minyak panas, padahal tengah basuh tangan je kat sinki. err, aku jerit untuk aku je dengar. satgi aku jerit dengan suara hyper sonic, satu kampung terbangun.
sampai lah breakfast, aku duduk dengan taktenteram dekat meja. abah aku pun agaknya boleh rasa aura taktenteram dari aku, so abah aku pun mula lah berbicara.
"awak jangan lah risau sangat dengan result awak. because, if u know that u had tried ur best, so why should u feel worried? eventhough result tak gempak sangat pun, takbermakna awak takberjaya. itu semua rezeki dari Allah. ade hikmah kenapa orang tu dapat banyak, orang tu dapat sikit. semua aturan Dia. banyak orang yang takberjaya masa SPM, tapi lepas tu, menara gading pun diorang conquer. bukan kejayaan dunia yang kita nak sekarang, tapi kejayaan akhirat tu. kejayaan yang hakiki di sisi Allah".
oke, rasa nak nangis. seriyes cakap, kalau ikutkan aku, aku tak kisah even result aku takhebat mana. sebab aku percaya kita masih punya harapan. okelah, mungkin kedengaran macam aku ni memandang enteng soal result, tapi yelah, macam ayah aku cakap, ketentuan Ilahi tak dapat kita duga kan?
mentaliti masyarakat zaman sekarang yang suka memandang orang yang dapat straight A's tu semua bijak bijak. dan yang dapat sikit tu, takbijak! sungguh tak adil untuk yang lain. pandang straight A's tuh bagaikan diorang punya harapan yang cerah, akan berjaya sampai bila bila. aku sungguh taksetuju. semua orang berlumba lumba untuk dapat A tu, bukan ilmu yang diorang belajar. sedih betul.
tapi akhirnya, bukan Allah pandang pun result SPM tu untuk masuk syurga. takut je, dalam sibuk mengejar A yang berlambak, tapi pada tu, kita gagal nak mengutip amalan biar sama sama berlambak. tak ke rugi? na'uzubillah.
back to ape yang aku kisah. aku kisahkan perasaan mak dan abah aku. yelah, mak abah semua nak anak anak dia berjaya. walaupun abah cakap, abah tak kisah, tapi aku kisah. pengorbanan yang mak abah buat masa aku struggle nak SPM, takkan penat lelah diorang aku nak bagi dengan result 1B 2C 3D 4E? rasa macam fool sangat je.
sampai je sekolah, semua orang yang aku salam, cakap tangan aku ketar dan sejuk. yes! i'm very nervous. taktahu kenapa. macam gegeh pun ade. even lepas dah tahu result, still nak ketar ketar, sejuk sejuk -_-
result aku? Alhamdulillah. tak banyak pun, tapi takdelah mengecewakan. boleh lah nak bagi mak abah menghela nafas lega :D aku pun lega. tahniah ye semua batch aku dekat sekolah :')
so now, jom berfikir sejenak.
nak ambik result sampai ketar ketar sejuk sejuk sampai beku. how about judgement day nanti? masa semua manusia berkumpul di padang Mahsyar untuk dinilai sama ada syurga atau neraka tempat kita? macam mana keadaan kita haritu ye??
TT_TT Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha illallah, Allahu Akbar.
semoga kita tergolong dalam hamba hambaNya yang soleh.
amiin.
