Wednesday, March 5, 2014

cannot

난 상관 없어
gegeh je kan buat caption bahasa korea. jeles lah tuh :p

dalam melalui hari hari sepi, fikiran aku tiba tiba melayar ke lautan memori antara aku dengan mak abah aku. perasaan rindu yang menggunung ku pendam. membiarkan diri terus hanyut dalam arus ombak ingatan yang tak putus putus menerjang. ayat A+ doo.

ingat dulu dulu. kalau dah duduk asrama ni, biasalah kalau 2 minggu sekali mak abah datang jenguk. kalau rajin lagi, seminggu sekali. achewahh, padahal aku yang mintak mak abah datang kan. abaikan sifat gegeh aku. lagipun mak abah aku datang dengan rela. aku takpaksa oke. mak abah cakap, 'biarlah nak datang tengok anak sendiri. kat rumah pun ade mak abah je. tomi [kucing aku] pulak keje merayau'. sedih pulak dengar nye.

tapi tahun lepas, mak abah jarang datang jenguk. masing masing busy, kadang kadang kursus, kadang kadang pegi merantau, outstation, kenduri dan sebagainya. dan aku pulak balik sebulan sekali je. yelah, nak SPM lah katakan. so bila mak abah datang, wajib lebih dari dua jam sebab berlakunya sesi brainwash untuk si anak yang nak SPM tapi malas belajar.

and, aku teringat nasihat mak abah aku, yang membuatkan aku nak tergelak setiap kali aku cakap 'cannot a.k.a takboleh'.

bergelar calon SPM, memang sangat pack jadual harian kitorang. habis sekolah pukul 4.30. lepastu, ade kelas petang start pukul 5 atau 5.30 sampai pukul 7. lepastu, makan malam dan solat maghrib. pukul 8 atau 8.30 ade kelas pulak sampai 10.30 atau 11.

balik tu, kene berebut dengan budak budak nak iron baju. sebab waktu bila lagi yang ada nak iron baju? tapi masalahnye, asrama pulak ade peraturan, lepas pukul 11, iron dan semua lampu wajib ditutup kecuali pelajar PMR dan SPM, dibenarkan guna lampu sampai pukul 12 atau 1.

gila kan? ade jadual macam ni memang makan semua tenaga anda. so harapan 'balik je dari kelas malam, aku nak study' takkan ter-realisasi. yang realisasinya hanyalah pengembaraan untuk ke alam mimpi. memang penat. bila bangun pagi, rutin yang sama berulang. rasa lifeless tau.

bila mak abah datang jenguk, aku pun cerita lah masalah aku kat asrama. aku takboleh study, sebab takde masa. aku takboleh nak concentrate. aku takboleh study sebab mengantuk. aku takboleh study sebab peraturan asrama yang pelik. dan aku takboleh study sebab bla bla bla.

pastu, tau ape abah aku jawab?
"kalau dah semua takboleh, cuba awak korek lubang, masuk dalam tu, lepastu kambus. baru tahu ape sebenarnya 'takboleh'. takboleh makan, takboleh minum, takboleh nampak, takboleh bernafas, takboleh gerak. cuma satu je yang boleh, jumpa malaikat maut."

end. ganas kan abah aku bagi nasihat. yelah. bila ingat balik, semua tu alasan je. kita boleh buat sebenarnya. tapi, sebab suka sangat nak cari alasan bila rasa takmampu nak buat, jadi macam tu lah. semua takboleh sebab, takboleh sebab. memang persekitaran dan keadaan tak mengizinkan, tapi apa guna perkataan 'mencari penyelesaian' tu wujud kalau kita tak guna? betul tak.

so, aku pun usaha jugak nak study walaupun badan almost give up dengan arahan dari otak.
tension oo. sape kata seronok. habis berkedut muka aku. nasib baik ade orang orang yang memberi kekuatan dekat dengan aku, kalau tak, aku akan hapdet belog dari hospital TR je tau.

last words for today, aku nak kongsikan apa yang dikatakan Nabi Ya'akub AS kepada 10 anak lelakinya selepas Bunyamin ditahan dekat Mesir sebab konpirasi yang dibuat oleh Nabi Yusuf AS untuk bersama dengan saudara yang baginda sayang. dengar berita tu, Nabi Ya'akub AS sedih sangat sampai mata baginda bertukar jadi putih atau bahasa mudahnya, buta.

dan, Nabi Ya'akub AS pun suruh anak anak baginda cari Nabi Yusuf AS dengan Bunyamin. ape kata baginda? dinyatakan dalam surah Yusuf:

"(Nabi Yaakub) menjawab: 'sesungguhnya aku hanyalah mengadu kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah, apa yang kamu tidak ketahui. wahai anak anakku! pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. sesungguhnya, tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah melainkan kaum yang kafir." [12:86-87]

mengadu semua kesusahan dan dukacita hanya kepada Allah, dan jangan sekali kali berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah. dapat? ini manual yang Allah dah ajar untuk hamba hambanya apa yang kena buat bila susah, sedih, serabut, tension, despair dan sebagainya.

so, takde istilah takboleh a.k.a cannot dalam hidup.
roger that?

Monday, March 3, 2014

big noise



baru baru ni, aku gi petra. macam nak show off je kan. nyampah je.
bukan aku nak hebah lebih lebih pasal aku gi petra. tapi, aku nak cerita je, apa yang aku dapat kat sana. hey, pengembaraan memberikan kita pengajaran oke. Alhamdulillah, aku dapat kesempatan untuk belajar dari pengajaran :D

kat petra tuh, seriyes cakap taktipu, banyak sangat kuda, unta dengan himar (keldai). lembu je yang takde. sampaikan aroma udara pun sangat 'harum'. kiranya, ade hikmah lah kenapa hidung aku tersumbat hari tu.

dekat petra nih ade tinggalan gunung ganang yang dipahat jadi rumah. tau kan kisah Kaum Tsamud yang diutuskan kepada mereka Nabi Saleh AS untuk diberikan peringatan? macam mana Allah bagi kekuatan dekat diorang untuk pahat gunung ganang jadi rumah? tapi sebab kesombongan diorang sampaikan diorang bunuh unta betina yang merupakan mukjizat Nabi Saleh AS, Allah pun turunkan azab keatas diorang. rumah rumah diorang dihancurkan, tapi ditinggalkan sedikit untuk menjadi peringatan kepada manusia. masyaAllah.

hebat sangat. tengok sendiri lagi terpegun. macam mana batu batu yang keras boleh dibentuk jadi rumah. takboleh nak bayang keadaan masa zaman dulu yang mana tempat tu dulu ada manusia melakukan rutin harian. takboleh nak bayang kat situ ada tamadun.

tengah jalan jalan kat situ, tiba tiba ade seekor himar ni, menjerit jerit. 'hik-hok-hik-hok'. lebih kurang macam tuh lah bunyi nya. mungkin sebab dia marah kat himar seekor lagi kot. entah, aku pun taktahu. kuat sangat bunyinya. sampaikan bergema dekat laluan yang kitorang lalu tu.

semua orang yang lalu kat situ, semua pandang belakang tengok himar tu. femes himar tuh. aku pun jadi macam 'waaaa. suara dia'. kalau ada artis menyanyi kat situ, dengan himar tuh menjerit kat sebelah, orang akan tengok himar tuh lagi rasanya.

lepastu, kakak aku cakap "hmm. betullah, kan Allah dah cakap, seburuk buruk suara ialah suara himar". terpegun aku.

subhanallah. akhirnya, aku boleh dengar secara live suara himar. sebelum ni dengar masa tengok national geographic je. suara dia, nyaring sangat. membuatkan aku teringat pesan Luqmanul Hakim kepada anaknya yang dinyatakan dalam surah Luqman:

"dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata kata), sesungguhnya seburuk buruk suara ialah suara himar (keldai)". [31:19]

see, awal awal lagi Allah dah ingatkan hamba hambanya supaya rendahkan suara bila berkata kata. nih keje nak jerit jerit je. kalau nak tahu betapa taksedapnya suara himar, mungkin kene dengar sendiri. baru tahu, kenapa himar dijadikan perumpamaan dalam al-Quran sendiri.

masyaAllah, subhanallah.

day maker


satu pagi, aku bangun tersenyum sorang sorang. gaya macam orang takbetul dah kot.

just imagine, you wake someone up and then, out of nowhere that someone smiling at you. grrr, creepy. kalau aku, habis pasu bunga aku ketuk kepala orang tu, tapi itu takkan terjadi kalau aku sendiri yang bangun pagi, senyum sorang sorang.

tau, aku mimpi indah. aku mimpi jumpa sahabat lama aku yang aku sayang dan rindu setinggi gunung. woaa, rasa macam jumpa depan mata kot. yelah, sebelum ni aku usha gambar dia je. dah bangun tu, terus aku teringat kat dia. nak gosok gigi pun teringat dia. pastu nama dia aku sebut banyak kali. macam kisah cinta terlarang oke.

pastu, aku yang gedik ni bagitau la dia yang aku mimpi dia semalam, pastu dia pun cakap, 'because i miss you'. ewahh ayat. kalau laki cakap camni, mau terbang aku kebahagiaan. tapi ini perempuan oke. tiba tiba sayu pulak teringat kat dia. lamamamama sangat tak jumpa dia. almost 4 tahun kot TT_TT lepas form 3, pindah sekolah without a proper farewell. masing masing bagi mesej 'aku pindah sekolah' je.

akceli, night before, aku teringat sangat sangat kat dia. entah kenapa. gedik je feeling feeling buat teringat kat orang malam malam.

another story, aku scroll contacts kat wassep. saje tengok tengok, cari kerja nak dibuat walaupun aku tau tak berfaedah pun. and then, my fingers stopped at a very familiar name. uuu, bila tekan, history shows, last aku contact dengan dia is last year. rindu. tu yang aku rasa. hati membuak buak nak tegur dia. tapi takut ganggu pulak. yelah, kot dalam dewan lecture ke. satgi henpon vibrate vibrate, kan dah tak concentrate. takmau lah jadi punca kegagalan orang lain.

yang indah sangat, esoknya dia tegur aku. waaaa. sumpah rasa nak nangis. aku baru je teringat kat dia. so, we exchanged stories and wishing each other a bright future.

dan banyak je orang yang aku baru teringat, tiba tiba tegur aku. call aku. masuk mimpi aku. dan sebagainya.

the point is, aku sangat sangat terharu. why? because aku baru je teringat kat diorang, dan diorang pun datang. mungkin dalam bentuk yang berlainan. nih yang orang cakap, kemanisan dalam berukhuwwah. 'mungkin dia rasa apa yang aku rasa' that's what i think. membuatkan aku rasa lagi nak sayang kat diorang.

masyaAllah. hebatkan Dia dalam menghubungkan hati hati manusia ni.
so, hargailah sahabat anda. hargai setiap masa yang diluang bersama. sebab kita taktahu, bila hari terakhir kita boleh bersua. jangan jadi macam aku, dah terpisah baru nak rindu. sebelum berpisah takrindu pun. hoho.

and you, my friend. you are the best 'cause you make my day brighter. love you!
note to: ms. syahmi, huda, kiera feb, nisaa halif, idah yoyot and eberiwan.
sayang anda semua.