![]() |
| siapa puasa, sila tutup mata. understand? |
ini satu cerita. bosan punya cerita :)
pagi pagi, mak pesan suruh goreng ayam untuk abah. mak dah masak main dishes, just kena goreng ayam je. so i just keep that in mind, or else i will forget. dalam pukul 8 pagi, aku pun dengan senang hati dan riang ria pergi dapur.
panaskan kuali dan minyak. nampak minyak macam dah panas, so letak lah ayam. ahak. tengok tengok tak panas sangat lagi. panas tu memang lah panas, cuma tak sesuai lah nak mula goreng lagi. siap siap aku cakap, aku memang fail bab bab menggoreng. haha. nak goreng ikan pun, lepas ikan selamat masuk kuali, aku akan lari 150m kebelakang.
kalau ada orang yang nampak aku lari masa menggoreng tu, taksah kalau dapur tu tak bergema dan bergaung dengan hilai ketawa ala ala pontianak A class -_- 'elehh, macam hebat sangat kau menggoreng, nak gelak kat orang pulak. sat lagi, kau jugak aku goreng kang!' gaya busuk hati punya jawapan aku bagi kat orang tu. tapi mak bagi aku cap 'penakut!'. ambik kau. sedap punya cap aku dapat.
oke, back to the ayam.
aku biar je lah seketul ayam selamat dalam minyak yang 50-50 panas tu. lepas dah minyak tu menyanyi shuu shuu tanda dah panas, tiga ketul lagi aku campak, errr, bukan campak, masukkan. masukkan dalam kuali. dah selamat empat ketul masak, tinggal lagi dua ketul. so, yang ni yang best tau. hahaha.
lepas dua ketul ayam masuk berendam dalam minyak, aku pun pegi kat depan. gi usha usha facebook, konon sekejap. tengah usha usha, Tommy si kucing mengada sedap sedap gi naik atas keyboard laptop. ewahh Tommy. ingat ni dancing pad ke? then aku pun gi kerjakan Tommy. eh eh, aku main ye dengan dia. bukan gi tabuh ke ape.
lepas beberapa ketika, aku bau something yang 'ewaahh, kalau bau rasa terus nak terbang ke syurga -_-'. baru teringat, ayam!! dapur dah berasap gaya 1000 orang merokok kat dapur. berlari marathon aku ke dapur. tengok tengok dalam kuali tu kalau nak panggil ayam pun dah tade rupa ayam kot. hitam belegam. sedih je.
nasib baik empat selamat digoreng dengan cantik. Alhamdulillah. bila dah tengok dapur berasap gitu, abah pun tengok lah ape jadi. aku pun bagitau kisah ayam dekat abah. yang paling rasa nak gelak bergolek golek bila abah cakap, "ni ayam ke batu??"
hahaha. moral of the story, jangan tinggal ayam demi facebook pastu main dengan Tommy. make sure apa pun pekerjaan yang kita buat masa tu betul betul habis sepenuhnya. haishh, kan dah bazir dua ketul ayam. dahlaa sedap. uwaaaa T_T
mak penah pesan, "even bom meletop kat luar rumah, jangan tinggal apa yang kita goreng sendirian kalau tak nak dalam rumah yang nampak macam kena bom." oke, epik =="
