Tuesday, May 6, 2014

I have a cousin ....

sila abaikan orang setengah itu =="


PESANAN dari penaja: pos kali ni, sumpah panjang dan bosan. so, siap siap aku cakap, kalau taknak tertido masa baca, silakan tekan butang X diatas window itu ye. tapi kalau nak baca pun, no problem. risiko bukan di bawah tanggungjawab kami :D terimakasih.

I have a cousin and her name is Wahidah binti Mohd Aris.

"she is an one-in-a-zillion cousin."- Hasanah Abdul Rahman

dari kecik sampai sekarang, aku dengan dia tak pernah berjauhan. masa dekat Klate lagi [read: Kelantan. satgi kau baca Ke-Let pulak, pastu ingat dekat London ke German ke. mana tau kan ], aku memang dah rapat sangat dengan dia. main main dan berlari lari dan bersembang muhong macam kanak kanak comel bersama.

dia duduk dekat Kedah. tapi sekali kalau dia visit Klate and datang rumah, aktiviti pertama yang kitorang buat ialah sumbatkan longkang dengan pasir. yelah, masa dulu tengok mak abah tanam bunga dalam pasu, and then kitorang nak tiru lah kan. dah tade pasu, longkang yang berbentuk U pun boleh. comelkan kitorang dulu? muahaha.

and then, masa aku akhir tahun darjah dua, kitorang satu family pindah ke LoqStaq [read: Alor Setar, Kedah]. kalau nak lari dari exam, silakan berpindah randah. sebabnya, aku tak ambil exam akhir tahun oke. dekat sekolah lama, exam tak start lagi, tapi dekat sekolah baru, exam dah habis. kan selamat dari exam? :D

kesan dari berpindah tu, lagi lah rapat sangat. her family is the one and only family belah abah yang ade dekat Kedah. so, every sebulan sekali mesti jumpa dia. kadang kadang, dia menetap di rumah aku. kadang kadang, aku menetap di rumah dia. memang masing masing saling mencalas bantal busuk :D

start dari form 1, dia duduk dekat rumah aku sebab rumah aku 200m je dari sekolah. dekat je oke sekolah aku. naik basikal 1 minit pun dah sampai. kes kena lintas jalan bagai, dari 1 minit jadi 5 minit. tapi, walaupun rumah-sekolah dekat, mak abah still hantar ambik pagi petang. nak buat cane, takut kulit putih bertukar jadi hitam. [read: sunburn] haha. rumah dia dekat jitra. so dalam 30 minit gituu dari jitra ke sekolah.

sampai form 3 kitorang duduk sekali, walaupun masa form 3 tu aku dah pindah jitra jugak. tapi memandangkan compare rumah aku dengan rumah dia, jarak rumah-sekolah lagi dekat dari rumah aku, so dia stay rumah aku la. haha. detail tak cerita aku nii? :D so, segala rahsia, segala masalah, segala suka duka penat letih, nak taknak kena bersama lah. aku jahat sikit masa form 1 sampai form 3. suka buli dia. suka buat jahat kat dia.

bila sampai sekolah, kitorang tak tegur sangat sebab kelas lain. just akan jumpa bila nak balik sebab nak tunggu mak kitorang akan melepak di tempat yang sama kitorang duduk hari hari sambil gosip "ape jadi dalam kelas harini". tapi bila ingat balik, aku rasa masa kat sekolah tu, jarang lah aku buat baik dekat dia. my dear cousin, i'm sorry T_T

lepas PMR, bila dah buat keputusan nak pindah, aku pun sedih la. satu, nak tinggalkan sekolah dan kawan kawan aku yang takberapa nak betol. dua, aku kena duduk asrama. tiga, aku dah takboleh melepak dan menggedik dengan sepupu aku. so, aku cerita kat dia pasal aku kena pindah, dan dia pun babai babai aku gaya halau. haha.

adelah sekali masa chat dengan dia, dia tanya aku, "anah, awak bawak ape ea nak masuk sekolah tu?". aku pun jawab lah "bawak diri sendiri, bawak baju, bawak baldi, bawak sabun, bawak duit". pelik jugak kenapa tanya gaya macam dia nak tolong belikan semua stuff tu kan. tapi masa tu malas fikir, pasal sedih kena masuk asrama.

pastu, bila hari pendaftaran, mana terkejut pun tengok dia ada kat situ. alasan dia "idah nak hantar anah masuk sekolah". oke, punyalah sweet. lepas habis segala taklimat maklumat tu, masa nak daftar, dia beratur sekali sambil pegang borang daftar daftar tu. lepas fikir fikir, baru aku dapat grab. ceyh! tak senonoh punya cousin. kau cakap jelah kau masuk sekolah tu jugak, ini mengaku kata nak hantar aku konon. buat penat aku terharu je -_-

jadinya, kami pun sekolah lah di situ lagi dan duduk di asrama yang dorm sekali dan dalam kelas yang sama. yang pasti, untuk 3 tahun kami berpenat lelah dekat sekolah tu. conclusion is, six years we had been together facing everything together. rahsia dia dan aku, sedih dia dan aku, gembira dia dan aku, semuanya dalam poket dia dan aku.

kalau nak tahu rahsia aku, bolehlah culik dia :D
dan sekarang, dah tiba masa untuk bawak haluan masing masing. isk isk isk. dia dah pun masuk universiti mengejar impian. uwaaa. semoga berjaya dunia akhirat, idah. sayang idah muchuk muchuk.

sedih oke, sedih. oh yes, kitorang memang cakap "anah-awak, idah-awak". memang ramai yang cakap "guna hang-aku takboleh ke?". sukahati lah kan. asalkan kitorang comel sentiasa. ahahaha. 6 years kot kitorang membesar dari ambang remaja sampailah ambang dewasa.

all this long, aku belajar untuk menghargai orang yang sentiasa berada di sisi. bayangkan, when they're gone, only the memories remain. dan memori yang bermain takmungkin sama dengan dia yang berada depan mata dan saat bersama mencipta memori.

dah rindu dia sangat sangat T_T

dia sebelum masuk U asyik mention 'nak kawen' je. so, kalau berkenan or ade abang or adik or sedara or kawan yang sesuai, silalah hubungi saya di talian 013@%#$&*! telefon tau. hihi