Sunday, May 11, 2014

what are you talking about?


dulu, aku banyak gila bengg sangat cita cita kes setiap tahun cita cita aku akan berubah. you name it, semua ada. ehem, semua yang berfaedah dan inshaAllah diberkati je yang aku pernah bermimpi nak jadi oke -_- and one of my ambition is, aku nak jadi penterjemah bahasa or tourist guide.

its kind of interesting tau sebab kita boleh berkomunikasi dengan pelancong asing dengan menggunakan bahasa asing. disamping boleh berjalan merata riti menjelajah dunia kan. haaaaaa~ so, dari kecik aku pun berusaha lah sedaya upaya improve kan English dengan Arabic aku yang sampai sekarang pun masih di tahap ciput cikai je lagi. jangan kata English dengan Arabic, bahasa melayu pun tunggang langgang.

tapi kalau nak tanya "how are you? what is your name?" atau "keifik? shuu ismik?" tuh memang jaguh lah kan. muahaha. oke dah, mengarot ==" lepas tu, aku bermimpi nak belajar bahasa Perancis, German, Spanish, Greek, Korea, Jepun, India, Mandarin and semua bahasa yang wujud kat dunia. tapi yang paling aku rasa nak belajar ialah bahasa Rusia.

ahak. sumpah mengada ==" memang ramai cakap, belajar lah Arabic or English sampai jaguh dulu. at least, for those language, aku ada jugak basic kan. but when we are talking about Russian, ape yang kita tau pasal bahasa dia? at least bahasa lain ade jugak di eja dengan ABC. kalau tengok sendiri bahasa Rusia, ape yang kita faham?? nothing oke ==" German dengan Perancis dan yang seangkatan dengannya pun same.

 я люблю шоколад.

haa? ni aku cakap ape ni?? cari gune Cik Gugel ye. hihi. tengok lah huruf dia, ape yang kau tau? terror baca dok? oke jangan bincang soal terror baca lagi, kita cakap pasal, boleh baca tak? mehehehe.

that's why aku nak sangat belajar bahasa bahasa ni, at least, kalau orang mengata kita, boleh tau dia cakap ape kan. satgi dia cakap 'awak gemok' pastu senyum kat kita, yang kita ingat dia cakap 'awak cantik' so kita pun jawab 'oh, thank you'. yeay, seronok sangat --"

teringat masa nak balik dari butterworth ke alor setar lepas mukhayyam dengan adik adik ribena, kitorang melepek beramai ramai sementara tunggu bas sampai. kebetulan ada dua orang budak cina, seorang tinggi dan mungkin abang, seorang pendek dan pakai spek macam nerd dan mungkin adik.

diorang main bola dekat tempat kitorang melepek tu. dan si tinggi tu lah yang monopoli bola tu, buli si pendek takmau kasi bola. si pendek tu jerit jerit lah dalam bahasa cina dekat si tinggi. dan, si tinggi pun balas balik sambil gelak gelak. pastu sorang pakcik cina pun jerit macam marah dekat budak budak tu. kitorang tengok jelah even tak paham ape ape. 

tapi, ade seorang adik ribena, dulu dia sekolah dekat SK(J)C so dia tolong translate ape yang budak budak tu cakap. si pendek tu cakap "bagi lah. nak bola, nak bola. takmau kawan". si tinggi balas "kalau boleh, ambiklah. pendeklah kau ni ! haha". pakcik cina tu pulak sebenarnya marah si abang "jangan lah buli budak tu dah!". 

lebih kurang lah. ni base on adik ribena tu translate. kalau adik ribena tuh kelentong, maksudnya aku pun kelentong jugaklah. hehe. adik aku pun cakap, "macam comel je orang cakap cina pastu kita faham." haha. sumpah memang buruk lah aku gelak lepas adik aku cakap macamtu.

adik aku jugak pernah cerita tau, ustaz bahasa arab dia cakap, "yang hampa ni belajar bahasa arab fusahah sampai tunggang terbalik, padahal nanti hampa pi belah belah sana, bukan guna pun. hampa cakap bahasa arab 'ammi (bahasa arab pasar) cek!". lepas ustaz cakap camtu, ramai lah protes. "takkan kot?!".

so ustaz tu cakap, "kalau hampa pi pasar, cakap kat ammu dekat situ, "ya 'ammu, urid hadzha, wa hadza" sama macam hampa cakap "wahai pakcik, saya mahu itu dan itu". skemanyaaaa. padahal senang je kalau cakap "biddi hai !" - "aku nak ni !". tu baru betol".

adik aku cerita dengan gaya sekali memang lawak lah kan. tapi kalau tulis ni memang takleh nak rasa kelawakan dia. mungkin anda nak kata 'ape ustaz ni, takbagi motivasi langsung kat budak budak ni.' tapi, sebagai insan jakun yang pernah ke negara arab, itulah hakikatnyaa yang takboleh kita selindung bawah selimut busuk.

dulu aku selalu ingat yang semua orang boleh cakap English tau, so aku pun kalau nak cakap dengan orang, ikut suka hati bedal je cakap English, padahal orang tu bukan faham pun.

masa kat airport Riyadh, memang susah lah kau nak cari kedai makan yang kau boleh order, pastu duduk makan macam dekat KFC ke or medan selera. restoran fast food pun takde oke. yang ade, dunkin donut. sape nak makan donut tengah malam oii. kedai yang ada makanan berat pun aku rasa dah pupus masa aku transit kat situ. jangan kata Riyadh, airport Jordan pun lebih kurang.

so, aku pun tanya lah makcik arab yang ada kat situ. achewwah. "Excuse me, do you know any right place to buy food??". rasa macam, wahh, boleh komunikasi dengan orang :D pastu makcik tu cakap "aku tak faham" dalam bahasa arab. aku jadi macam, 'mehh? motip lah aku ni pun.' nak taknak, aku pun terpaksa guna kemahiran bahasa arab aku yang sumpah terangkak rangkak macam baby. sepuluh minit jugak nak habiskan ayat bagi makcik tuh faham. last last, makcik tu jawab, 'kat sana ada jual roti.'

nak tanya punya panjang berjela, jawab sikit je. haha. tapi nasib transit 5 jam je kan. so gagah lagi lah nak tahan perut. hang tau dak roti dia SR 10? :X bapak, aku boleh dapat 3 keping roti macam tu dengan harga yang sama kalau dekat Malaysia oke. demi adik aku yang mengadu kelaparan macam tak makan dua tahun, aku pun beli jugak satu share dua. boleh lah alas perut. aku ni apehal yang melalut serong sangat sangat nii??

oke dah. so, the conclusion is, aku nak sangat belajar bahasa. and even our beloved Nabi Muhammad pun sangat menggalakkan kita mempelajari bahasa asing supaya Islam itu lebih tersebar dengan luas. mungkin one fine day InshaAllah. semoga Allah redha.

konon nak belajar bahasa lah kan, dapat TESL aku tolak mentah mentah pasal abang aku kata, budak yang ambik TESL semua tak betul. ihiks.