Thursday, December 12, 2013

a short visit left a valuable lesson

hari hari tu, aku pegi Ajloun dengan Jerash.
first impression aku, takmampu nak digambarkan dengan kata kata.

aku nak cite pasal Ajloun. excited nihh nak cite :D
ade ape dekat Ajloun nih sebenarnya?
ha! Jeng jeng~

dekat Ajloun ade Qal'at Ar-Rabad ataupun Ajloun Castle. wow, istana :D
tapi istana nih bukan sebarangan istana. bukan istana macam tempat raja bersemayam.
tapi, istana nih memainkan peranan sebagai kubu pertahanan. lebih kepada ketenteraan sebab kedudukan dia sangat strategik.
dari atas ni boleh nampak Palestin, Syria dan ade lagi beberapa country, tapi tak ingat XD hehe.
istana nih dibina sebanyak 3 peringkat. jeng~

peringkat pertama,
dibina oleh seorang jeneral tentera yang juga anak saudara kepada Salahuddin Al-Ayyubi bernama Izzuddin Usamah. dari sini, Salahuddin Al-Ayyubi berjaya tawan Kota Jerussalem, Palestin. hebatkan? Subhanallah.

peringkat kedua,
ade tambahan binaan menara oleh Aibak bin Abdullah. sejarah dia cari sendiri :D hehe. tak senonoh~

peringkat ketiga,
istana ni diambil alih oleh Salahuddin Yusuf bin Ayub dan masa ni jugak ada beberapa tambahan menara. Tapi, masa ni tentera Monggol berkuasa dan cuba untuk tawan istana ni. Kekuatan tentera Islam dan istana ni sebagai kubu pertahanan mampu perlahankan tentera Monggol. Selepas tu, tentera pimpinan Saifuddin Qutuz dan Baybars berjaya kalahkan tentera Monggol yang masa tu diketuai Hulagu Khan di Ayn Jalut.

ha, tu je lah kot pasal Ajloun Castle. reka bentuk dia sangat awesome! memang sangat terperinci lah binaan dia. setiap dinding mesti ade celahan. untuk apa celahan tu? untuk memanah~ tak nampak dari luar. uuu, hebat ^^ dekat setiap pintu masuk, dekat atas tu ada satu tempat. untuk tuang minyak atau air panas yang mendidih gelegak gelegak tu atas musuh yang cuba pecah masuk.

haa~ memang strategik and terperinci lahhh. kalau tak caya, datang tengok sendiri.
dekat Ajloun ni jugak memang sejuk. angin dia, uuuii MasyaAllah, mau beku kaki yang melangkah ni :D Alhamdulillah takpegi masa salji, macam ada sorang tu nak buat. hehehehe. kalau tak, jadi ais laa~

kebanyakan struktur istana ni banyak dah rosak sebab gempa bumi~

nampak tak celahan kecik kecik tuh? haa, tu lah tempat memanah tu :D

lain pulak ceritanya dengan Jerash.
Jerash ni, kota tinggalan Rom. memang nampak laa ketamadunan Rom kat situ.
Rom jatuh selepas tentera Islam menang Perang Yarmouk. Ha, kalau tak silap, kerajaan Turki Uthmaniyah berjaya tawan kota ni dan jadikan salah satu kota Islam.

dekat sini, ada teater, kuil, pasar, air terjun dan macam macam lagi. memang cantik lah seni bina dia.
kan tamadun rom ada jugak sumbangan dalam bidang seni bina. eceyy, mentang mentang baru lepas SPM, masuk habis sejarah form4. hiii~

masyarakat Rom ada merata rata tempat. salah satunya dekat Jerash. setiap masyarakat Rom percayakan dewa dan setiap masyarakat ada dewa pilihan masing masing sebagai penjaga. dekat Jerash, diorang pilih dewa Artemis yang diorang percaya sebagai dewa memburu dan kesuburan. so, dalam reka bentuk binaan diorang ada konsep panah dan telur.
macam merapu sikit, tapi semua ni fakta ^^

air terjun dekat pasar dia asalnya bentuk octagon, tapi selepas puak Kristian ambil alih kota ni, ditukarnya bentuk air terjun tu jadi bentuk salib.

nih laa bentuk air terjun tu lepas Kristian ambil alih
memang best sebab dapat tengok tinggalan tamadun diorang. lagi best kalau tengok sendiri :D

ni namanya Hadrian's Gate
konsep panah dan telur dalam seni bina
tempat rakyat berkumpul
central fountain
pentas teater
audiences' seat
Artemis' Temple
sekian melaporkan :D
sejuk kot kat sini. sekarang dah 5'C~
brrr.

have a nice day.
pen off.