Wednesday, December 25, 2013

the most important facts!


25 Disember.
Christmas.

kecoh dekat MukaBuku dengan Pencicit pasal krismas, either boleh wish or not dekat mereka mereka yang menyambut perayaan ni.
siap gaduh gaduh, gaya macam boleh bukak gelanggang wrestling dah kot =="

sekali lagi, dalam bulatan gembira, kami membincangkan isu ini, yang boleh dikatakan panas jugak.
eh, kira panas lahh sampai boleh mencetuskan api kemarahan sesetangah individu.
ini kes seriyes oke. bukan cerita lawak.
oke, buuuuu :D

sedikit sebanyak tentang sambutan krismas yang aku faham, akceli sambutan ni diadakan untuk menyambut ulangtahun kelahiran Jesus yang dikatakan anak tuhan diorang. katanya, pada 25 Disember lah Jesus dilahirkan. at that day, semua orang akan bersuka ria sebab dikatakan, pada hari ni, all wishes will come true. aichewaahh. perayaan ni, ofkos lah disambut oleh mereka yang beragama Kristian.

so, bulatan gembira kami pun berbincang kemaslahatan yang berkenaan dengan perkara ini, sama ada kita yang Muslim, boleh tak gedik gedik nak gi wish kat diorang "Merry Christmas"?

sebelum tu, sape sebenarnya Jesus nii?
sebenarnya, Jesus ialah Nabi Isa AS.
aii? yeke?? yelah! cuma Jesus tu dalam istilah diorang gitu.

macam buah berangan la. kenapa kita panggil buah berangan, tapi mat saleh panggil chestnut??
takde kaitan eh?? oke salah aku ^^

kenapa dia dikatakan anak Allah oleh mereka yang Kristian? sebab, Nabi Isa dilahirkan daripada rahim seorang 'abidah yang sangat taat beribadah kepada Allah yang bernama Maryam.
semua tahu, kelahiran seorang bayi bermula daripada persenyawaan sperma dan ovum. tapi, Nabi Isa AS dilahirkan takbermula dengan semua tu tetapi dengan kekuasaan Allah yakni Ruhul Qudus. dalam erti kata lain, Nabi Isa AS tiada ayah.
hebatkan?? subhanallah.
sebab tulah, akibat terlalu memikirkan, "tak logiklah kalau bayi lahir takde ayah! mesti ade ayah punye", jadi mereka yang Kristian mengatakan bahawa Nabi Isa AS merupakan anak Allah.
astaghfirullahal'azim.

jadi apa kaitannya dengan takboleh wish kat diorang??
haaaa. ini klimaksnya. jeng jeng~

pertamanya, memang terang benderang tak usah disuluh dengan lampu suluh lagi bahawa Allah yang Maha Esa memang TIADA anak!!! huuh, semangat nii!
nak bukti? dalam surah yang paling senang, even orang yang tak hafal Quran pun boleh baca, iaitu surah Al-Ikhlas ayat 3, Allah berfirman yang bermaksud:
"Dia tidak beranak dan tidak diberanakkan"

haaa, jelaskan tu? takkan tak nampak lagi?
sebab tu kita takboleh menggatal meringankan mulut wish wish dekat diorang.
seolah olah kita memperakui bahawa agama diorang celebrate ulangtahun-kelahiran-Jesus-anak-Tuhan tu adalah benar. bahaya tuu =="

keduanya, jom kaji kisah Maryam ketika nak melahirkan Nabi Isa AS yang diceritakan dalam surah Maryam bermula dari ayat 22.
apabila dah sampai masa untuk Maryam bersalin, sebab terlalu sakit, Maryam bersandar dekat sebatang pokok kurma dan berkata: "kalaulah aku mati sebelum ini, dan dilupakan dan tidak dikenang kenang". lepastu, malaikat Jibril datang, menyampaikan berita gembira daripada Allah kepada Maryam, "janganlah kamu bersedih hati, Allah telah menyediakan sungai yang mengalir dibawah kamu. dan goncangkanlah pohon kurma itu supaya jatuhlah buah buah kurma yang masak. maka makan dan minumlah dan bergembiralah". selepas tu, Nabi Isa AS dilahirkan. -wallahu'alam-

secara logiknya kan, kalau ada pokok kurma yang ada buah kurma yang masak dan segar, semestinya masa tu musim panas atau bunga kan? eh, cuba lah cari kurma yang fresh masa musim sejuk. tengok jumpa ke tak. yang fresh ye! bukan yang dah dikeringkan.
maksudnya, Maryam melahirkan Nabi Isa AS pada selain daripada musim sejuk. -Allahu'alam-
so, kalau kita tengok balik, krismas disambut pada bulan berapa dan masa musim ape??
haaa, tak ke bulan Disember dan masa tu musim sejuk kan?

ohoii, nampak tak tentangan fakta disitu??

sebab tulah, kita takboleh main main wish je. sekali lagi diulang, seolah olah kita memperakui kebenaran agama dan fahaman diorang.
fatwa yang dikeluarkan oleh ulama' ulama' dan mufti jugak menyatakan bahawa HARAM kalau kita nak wish diorang.

kalau nak wish sangat, memang mati lah kalau tak wish dekat diorang, cakap je lah, "selamat selamat". contohlaa =="

kalau diorang nak ucap Selamat Hari Raya kat kita takpe pulak?
ouh yes! memang takpe. sebab agama Islam sememangnya agama yang telus dan benar sedari dulu lagi. agama yang sememangnya datang dari Allah. seolah olah diorang memperakui kebenaran agama kita :D

nampak tak?? betapa indahnya dan osemnya Islam dalam menjaga penganut penganutnya.
haaa, kan best jadi seorang Muslim dan Mu'min :D
jom jadi Muslim dan Mu'min sejati yang cintakan Allah semata mata.
go~~~~

have a nice day.
pen off.