Sunday, December 29, 2013

worshipping Him


tahukah anda, ada 3 perkara yang kita sebagai manusia di disqualified dan adalah sangat tidak layak untuk mempertikaikan dan berfikir lebih lebih pasal 3 perkara ni.

#1 Sifat Allah
haa? cena tuu?
Allah mempunyai 20 sifat wajib. contohnya, salah satu sifat Allah daripada 20 sifat tersebut ialah Wujud yang bermaksud Ada.
toingg toingg, pastu kita sebagai manusia yang lemah ini berfikir, "eh, cane Allah boleh wujud eh? takkan Allah tiba tiba ada je?". nih contoh ea. aku tak kata ea.

haaa~ tuan tuan dan puan puan, sebenarnya perkara ini adalah diluar fikiran manusia ye. pemikiran kita pun ade tahapnye. kalau kita cuba fikir pun, memang tak kesampaian. daripada kita fikir "eh, cane tu, cane ni", baik kita fikir tentang diri kita ni yang tak diketahui bakal berakhir dimana dan bila. apakata kita tingkatkan lagi keimanan. haaa, hebat kan idea tu :D

#2 Takdir Allah
aiii? guano pulok hok nii?
kalau yang ni pulak, seandainya anda sedang bermusafir, dengan takdir Allah, kereta anda rosak ditepi jalan yang suram, yang jauh dari bandar.
pastu anda pun, "apehal la takdir aku cenggini? takboleh ke kalau Dia rosakkan kereta aku dekat dekat dengan sumber pendapatan ke cane ke? ni tepi jalan. apehal laaa~" contohnya.

puii~ buruknye perangai kalau cakap gitu =='' mempertikaikan takdir. bila jadi sesuatu kat kita, mesti tak pernah lari dengan perkataan "kalau, kalau, kenapa, kenapa". kenapa ye? suka sangat nak tanya kenapa. suka sangat dok kalau kalau.
perjalanan hidup kita nih mana kita tau. Allah tau mana yang baik dan buruk untuk hambaNya. kadang kadang, Dia bagi kita ujian, bukan sebagai penghinaan, tapi sebagai tanda ingatan Dia kepada kita agar kita ni belajar sesuatu dan mampu kuatkan lagi iman kita. REDHA sahaja.

anggaplah kita ni macam seorang watak dalam sebuah novel yang telah ditetapkan jalan ceritanya. pernah tak masa kita baca novel, tiba tiba watak hero tuh cakap, "ooii penulis, aku taknak storyline cenggini, mohon tukar ye". ade tak? kalau ade, sila bagitau novel ape. teringin nak baca :D

#3 Syari'at Allah
kes ini amat sensitif. apa yang aku kaitkan di sini, takde kaitan dengan mereka yang hidup apatah lagi yang sudah mati ye. jadi sape yang terasa, mohon dipujuk hati agar terus bersabar dan teruskan membaca ye ^^

contohnya: "kenapa Allah suruh orang perempuan pakai tudung?? kenapa Allah perintahkan hudud bagi orang yang buat jenayah?? kenapa Allah suruh kita solat?? kenapa kena ambik wudhu' sebelum solat?? kenapa kena gi haji??". lagi sekali, ini contoh je ye.

itulah namanya syariat. dan apa hak kita sebagai hamba untuk mempertikaikan semua tu? dah nama pun hamba, kalau dah diperintahkan, semestinya wajib dibuat tanpa apa apa sungutan dan rungutan dopp?

katakanlah kalau bos suruh anda siapkan kerja yang bertimbun dan suruh siapkan esok. kalau tak siap, anda akan dipecat, kalau siap, gaji naik. amboiii, mesti anda bertungkus lumus siapkan kerja tuh kan? sampai sanggup taktido malam sebab nak gaji naik dengan takut kena pecat.

tapi, Allah perintahkan solat 5 waktu sehari semalam, dijanjikan syurga sape yang buat dan neraka bagi yang tinggal, tu pun ade yang tinggal dan takbuat. lagi takut bos daripada takut Allah. gi pertikaikan pulak syari'at Dia. tak sedar yang diri nih cuma sekerdil kuman je. eh. bukan anda. orang lain ;)

so, sama sama memperbaiki diri, jiwa dan hati kita.
supaya bebas daripada segala penyakit yang menyakitkan.

aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan ALLAH!

have a nice day.
pen off.