pada satu hari yang indah, anda sedang memandu kereta BMW di bandar yang semua penduduk memandu kereta cabuk je. mestilah rasa bangga sikit sebab kereta anda kereta mahal kan? muka pun dah jadi bajet dihiasi dengan spek mata hitam. achewwah, habis kool laa tuh? tiba tiba, bumper kereta mahal anda menjadi pilihan untuk dilanggar oleh pemandu kereta cabuk yang tertekan minyak secara tak sengaja. what??! whose that pokemon yang berani berani melanggar kereta mahal anda?
agak agak lah kan, apa anda nak buat? sila pilih antara dua:
#1. anda dengan muka bengang keluar menuju ke kereta cabuk kat belakang sambil mulut terkumat kamit mencarut carut dengan tangan kiri bawak penukul dan tangan kanan dikepal. gaya jalan pulak, fuhhh, gangster habis. tingkap kereta cabuk tu diketuk ketuk dengan penukul di tangan kiri sampai pecah berderai. kepala dijenguk ditingkap dan mata anda dijegil kepada pemandu tu.
"oii, pemandu
dush dush dush! anda pun kerjakan balik kereta tu dengan penukul di tangan kiri anda tu. macam Thor XD
#2. anda keluar dengan muka yang tenang dan tengok keadaan kereta anda. lalu anda mendapatkan pemandu tersebut.
"encik, encik oke ke?? ade cedera kat mana mana??" anda bertanya.
"eh, saya oke je. encik pulak?? maaflah, habis kereta encik saya rosakkan.dahlaa kereta mahal," konon laa si pemandu tu jawab macam tu.
"Alhamdulillah saya oke je. encik jangan risaulah pasal kereta saya ni. sikit je ni. takpe, insurans boleh cover. keadaan encik lebih utama :D"
dan begitulah berikutnya~
*maaflah, anda terpaksa berimaginasi benda yang pelik :D
haa, mana satu anda nak pilih?? silalah gunakan kebijaksanaan anda untuk berfikir.
pesan aku.. wahh, macam orang tua tua pulak :3
apa salahnya kalau kita memilih kata kata dan perwatakan yang lebih lemah lembut?? bukan ke hati kita lagi tenteram? orang lain pun lebih selesa.
mereka yang mampu bertindak sama seperti keadaan #2 ataupun lebih baik, memang aku tabik. bukan aku je, Allah pun sayang.
sebabnya, walaupun mereka ditimpa musibah, diorang lebih memikirkan kepentingan orang lain melebihi kepentingan diri sendiri.
haa, kan comel tu.
so, pilihlah perkataan yang baik dalam berkata kata. sebab apa yang kita sampaikan, melambangkan peribadi kita jugak.
eee, malulahh kalau orang nampak peribadi kita yang tak senonoh tu.
jadilah kita orang yang mengimarahkan muka bumi dengan sifat mahmudah.
dengan itu, untuk membentuk negara yang aman sejahtera, rakyatnya mestilah berakhlak mulia dan berbudi bahasa.
semoga Allah redha.
have a nice day.
pen off.
