Saturday, December 14, 2013

talks about love


berikut adalah conversation aku dengan seorang sahabat yang baik :D diubahsuai sikit mengikut kesesuaian para pembaca, hii~ obviously, aku yang mulakan dulu.

"bila awak nak kawen? target kawen umur berapa?"
"bila sampai masanya. umur tu, biarlah rahsia. awak pulak?" kata dia.
"bila nak kawen? esok!! yeay! haha, taklah. bila sampai masanya. umur tu, biarlah rahsia :D" sajelah aku melawak.
"==" umur berapa?" dia tanya.
"umur ....." aku jawab.
umur tu, biarlah rahsia. hehe. bukan itu kisahnya kali ni.

kenapa aku masuk pasal kawen pulak nii? dah gatal sangat ke? taklah, aku cuma nak berkongsi hari ni tentang CINTA~ yeay. topik yang hangat dan sensasi, haha. oke, merapu. bila kata pasal cinta, semestinya sinonim dengan perkahwinan. haa~

nama pun manusia, takkan pernah lari dari cinta. bagaikan dah sebati dalam jiwa dopp?
keluarnya Nabi Adam AS dari syurga pun, kerana cintanya kepada Hawa. MasyaAllah~
jadi, manusia tanpa perasaan cinta, bagaikan pokok yang kering dan takde bunga. jelas dan takpayah kene suluh lagi, kehidupan yang bahagia, memerlukan cinta.
persoalannya, cinta kepada siapa??

haaa, jeng jeng~
asalnya, cinta manusia sesama manusia itu taksalah. tapi macamana yang boleh jadi salahnya??
1. apabila cintanya membawa kepada terjadinya perkara haram.
2. apabila cintanya melalaikan daripada kewajipan yang lebih utama.
3. apabila cintanya sesama sejenis.
dan sebagainya~

haa, ada buat salah satu?? ke ada buat tiga tiga?? hehe. taklah, anda kan baik.
bagi aku, untuk mencintai seseorang, biarlah dengan kawalan. kawalan yang macam mana? kawalan dengan iman agar cinta kita tak melampaui batas.
kadang kadang, kita cakap kita cinta dia, tapi hak dia kita tak hormat, ketenteraman dia kita tak jaga, sampaikan dia pun naik bulu dengan kita. kenapa? boleh jadi sebab kita fikir kebahagiaan kita sorang.

sedang kita asyik mencintai manusia, kita lupa ada cinta yang lebih utama yang mengatasi segala galanya. uihhh, ape tu??
cinta kepada Allah. dah namanya cintakan Allah, pastinya kita akan mencintai apa sahaja daripada Allah. ye dopp?

tapi manusia harini, lebih pentingkan cinta kepada manusia semata mata. lebih suka memikirkan kebahagiaan dunia saja daripada memikirkan kebahagiaan dunia dan akhirat. tipulah kalau diorang kata cinta diorang suci. sebab cinta yang suci, datangnya dari Allah semata mata.

bagi anda, semailah cinta agung anda kepada Dia terlebih dahulu sebelum kepada si dia. sebab dengan anda mencintai Dia, anda akan mencintai dia. so, dapatlah anda bercinta sampai ke syurga~ buat diriku yang lalai dan leka ni jugak.

ke arah mengejar cinta yang lebih hakiki, suci dan qudsi. jadi, hanya Allah di hatiku.

have a nice day.
pen off.