Tuesday, December 31, 2013

be in pain, then you gain!




belajar untuk faham. faham dan faham lagi.

semuanya buat aku termangu sorang sorang. mengenangkan dosa dosa yang aku sedang, akan dan dah buat.

aku nekad! nekad senekad nekadnya, yang aku nak BERUBAH.
bukan setakat 45’, 60’, 90’, 120’ atau 180’.
tapi 360’.

kehidupan macam ni, takpernah bagi aku ketenteraman. takpernah bagi aku ketenangan. takpernah bagi aku kebahagiaan. yang tenteram, tenang dan bahagia hanya nafsu aku, dan bukan jiwa aku.

aku dah penat hidup dalam keluhan resah.

kata dia, “insan yang telah didedahkan dengan kebenaran islam, keindahan islam dan segalanya tentang islam, tapi dia lebih sayangkan selain daripada segala kesempurnaan yang islam anjurkan bagaikan dia yang hampir lemas dan ada yang menghulurkan tangan untuk menolong, tapi dia lebih memilih untuk lemas.”

ouh tersentak! terkaku! terkedu! semua ada.
menghantar fikiran aku untuk bermuhasabah diri.

orang yang buat dosa sedangkan dia tahu apa yang dia buat tu memberatkan poket dosa dia lagi, umpama orang yang sedang berjalan dan ikut arah yang salah walaupun dia tau dia ikut jalan yang salah dan hanya jumpa jalan mati.

ouh, sentap lagi.
mangalir air mata.

kecewa?? ya! sangat kecewa dengan diri sendiri.~ sebab terlalu senang mengikut telunjuk nafsu. sebab terlalu  mudah kecundang dengan bisikan syaitan.
sedang aku buat kejahatan, sikit pun tak bagi aku kebaikan. yang seronok terlompat lompat macam katak cuma syaitan.

ini azam aku.
aku taknak lagi buat benda yang merosakkan diri aku lagi. yang merosakkan dan menjauhkan lagi hubungan seorang hamba dengan sang pencipta.

astaghfirullahal’aziim.
titik dan noktah kepada mukamad.

have a nice day.
pen off.