Saturday, December 21, 2013

grateful people never regret


hari ni, aku merapu dan bersiar siar di MukaBuku dan Pencicit.
macam biasa. demam result PMR masih belum reda. dan aku yang tak demam ni, terkena tempiasnya.
jadinya, selsemalah aku.[?]

oleh itu, aku menulis untuk menyuntik sedikit vaksin yang tidak diketahui berkesan atau tidak untuk adik adik aku yang tercinta lagi tersayang yang sedang patah dan hilang hati yang taktahu bila bakal tumbuh dan berganti.[?] untuk kakak kakak dan abang abang yang nak membaca, tiada masalah, sebab boleh kot diambik buat peta. tapi risiko tersesat, tanggung sendiri :p

dah menjadi adat, bila ada peperiksaan, mesti ada yang berjaya dan gagal. itu biasaa~
tapi, dah menjadi lumrah, bila dah gagal semestinya sedih sampai menangis pun bertangki tangki.
mata pun gaya macam baru lepas lawan dengan Bruce Lee. wacchhaaa!! :D

sekali lagi, tahniah buat mereka yang berjaya mendapat stret A atau yang banyak A.
even dah wish dalam post yang lepas =="

buat mereka yang tidak berjaya mendapat stret A,
senyum dulu. buat peace sikit. sikat rambut kemas kemas. goyang kaki sikit. tarik nafas. hembus nafas. buat stretching. okay, bersedia untuk disuntik vaksin ye~ jangan cemas. bertenang je. muahahaha XD

sisters and brothers,
gagal tak bermaksud anda bodoh. dan gagal jugak tak bermaksud anda takmampu. dan gagal jugak tak bermaksud anda gagal sampai bila bila.
cumanya, mungkin usaha anda yang sesuci safi dan semurni shurah tak cukup. lagi satu, kadang kadang, kegagalan yang anda nikmati harini, mungkin ade sesuatu yang Allah nak anda belajar. ataupun, mungkin sebagai satu ujian untuk anda.
mungkin untuk uji, mampukah anda bersangka baik kepada Dia?
mungkin untuk anda belajar, supaya lebih bersabar dan tingkatkan usaha.
siapa dan mana tahu :D

well, aku bukanlah insan yang selayaknya untuk bagi nasihat.
result PMR aku pun biasa biasa je. tadelah tip top pom pom pom macam orang lain.

tapi kalau bercakap berdasarkan pengalaman, mungkin aku boleh cerita sikit.

masa PMR, aku sangat harapkan untuk dapat 9A. ya, macam orang lain, dengan skrip yang sama, aku nak buat mak ayah aku bangga dan bahagia dengan result aku.
kalau sekadar mengharap, bagi motivasi sebanyak gunung ganang dan lautan sekalipun, tanpa usaha tetap jugak takdapat capai harapan dan impian. yes aku mengaku, masa PMR, memang aku main main. aku masih berlari macam budak budak belakang rumah, main bola dengan abang aku, siram pokok bunga, belajar menggunakan MukaBuku dan hidup macam ni berterusan sampai lah sehari sebelum exam.

masa tuh, baru nak kerah segala otot dan sendi untuk meningkatkan penggunaan otak semaksima mungkin dan mula lakukan aktiviti menyelak buku. dan kesannya, masa exam aku tergaru garu macam anak monyet yang gatal.
habis je PMR, uuu~ dalam hati ada taman yang mengharapkan aku dapat 9A.
ehhe, dasar syok sendiri dan hidup dalam angan angan. tapi aku takrasa aku dapat 9A.

dan, result pun keluar.

bukan nak bajet bagus, tapi memang aku cool je. achewwah. sebab, aku tau usaha aku memang sikit. dan bila difikirkan balik, kalau aku dapat 9A dengan usaha aku yang secubit garam ni, perangai last minute aku mesti akan berkekalan hingga hujung nyawa dan mesti aku akan ambil mudah segala benda.

see, ada hikmahnya. untuk adik adik yang aku kasih & sayang dengan infiniti kasih sayang,
jangan sekali kali cuba atau fikir atau nak putus asa! dan jangan nangis nangis atau sedih sedih macam anak hilang mak. kehidupan kita masih panjang dan berliku. tak semestinya dengan lulus PMR, anda dah dijamin dengan masa depan yang cerah dan terang benderang mengalahkan matahari.

terimalah seadanya dan yakin saje, Allah tentukan semua ni utnuk kebaikan diri anda sebagai hambaNya. jangan lupa jugak, banyak serahkan diri kepada Dia.
bila semua sedih camni, kemungkinan untuk mensyirikkan Allah adalah sangat tinggi. jadi perbanyakkan istighfar dan muhasabah diri.

inshaAllah tak rugi.
dan jangan lupa senyum.
malulah besar besar pun nangis lagi.

have a nice day.
pen off.